>

Saturday, 26 January 2013

solehah

assalamualaikum

alhamdulillah sekarang ni dah makin ramai ibu bapa yang makin terbuka minda untuk nikahkan anak anak depa yang masih muda. nak banding dulu2 kalau mintak nak kawen ja selalunya mak bapak akan kata ''gatai aih nak kawen. ngaji bagi habih dulu baru boleh nak kawen apa bagai". tapi sekarang ni mungkin masyarakat makin berfikiran terbuka plus sedar yang godaan terlalu kuat zaman sekarang ni so better bagi ja anak anak kawen awai. 

lagi 1 mungkin disebabkan sekarang ni benda2 agama ni banyak sangat tersebar, mudah ja dapat ilmu ilmu dan membuka minda masyarakat yang selama ni tertutup pelik. contoh macam dulu aku dok pikir ''gila apa depa ni kawen awai nak mampoih. muda lagi dah kawen. kot2 nanti suka kat orang lain pulak macam mana'' tapi sekarang aku dah faham, kalau masing masing kawen bukan sebab nafsu, kalau depa paham agama, tau tanggungjawab masing masing, inshaallah semuanya akan baik baik aja. macam la orang yang kawen masa dah betol2 dewasa tu tak boleh nak berubah hati. ye dok ? 

pastu dulu aku pikir, ''macam mana kalau laki tu takleh tanggung bini dia. belajaq lagi dok nak kawen, konon nak elak maksiat, padahai duit pon takda. nak bagi bini makan apa?'' pastu haritu aku baca kat mana ntah. maksud dia lebih kurang gini (aku susun ikut ayat aku balik ) ''rezeki tu Allah yang bagi. setiap manusia ada rezeki masing2. jangan takot nak buat apa apa yang baik sebab dok pikir rezeki. rezeki tu kat tangan Allah.'' yang ni aku dapat masa aku cari pasal 'boleh tak nak rancang keluarga'.  lebih kurang gitu lah yang aku baca. pastu aku paham macam dia kata kalau nak jarakkan kehamilan sebab duit tak banyak tak boleh. sebab rezeki tu Allah yang bagi. pastu aku pikir dalam konteks kawen masa belajaq ni, betoi jugak kan. rezeki tu Allah yang bagi, dahtu dok takot taktau nak bagi bini makan apa. better lagi pilih yang ni sebab Allah redha. daripada buat maksiat tak tentu hala. 

pastu aku pikir lagi, ''dah bersedia ka nak didik anak anak tu. anak anak tu bukan takat nak bela bagi cukup makan ja, ilmu tu kena bagi jugak. dah cukup ka ilmu nak didik anak anak bagi cemerlang dunia dan akhirat?''. pastu sekarang aku baru pikir, umur berapa baru aku nak yakin boleh didik anak anak aku? umur berapa baru aku dapat semua ilmu ilmu yang diperlukan tu? mak aku dulu dah yakin ka boleh didik semuanya masa kawen dengan ayah aku dulu? ehem. so aku rasa semuanya ni bergantung kat orang tu sendiri la. tak kira la umur dia berapa pon, tapi kalau dia tau agama, semuanya jalan. kalau yang taktau agama ni, sampai umur 50tahon pon kalau ikot layak ka tak nak didik anak tu, memang tak layak. bergantung kat diri sendiri la semua tu. 

motif aku cakap semua ni ?

sebenarnya aku jeles gilaaaaaaaaaaaaaa yang tahap tak terucapkan kat Ema Rahmah ni. jeles jeles jeles. jeles sangat2. 

bukan jeles dia ada laki hensem! bukan jeles dia ada anak2 comey! tapi jeles sebab dia solehah gilaaaa. jeles sebab mak ayah dia bagi izin kawen muda muda lagi. jeles sebab mak ayah dia bagi kepercayaan kat dia. jeles sebab dia dah selesai masalah yang berkaitan dengan cinta cinta ni. tak payah pikir dosa lagi dah dalam bercinta. ya Allah, jelesnya. T.T

tapi tengoklah dia. dia memang layak kan untuk semua tu. pompuan sesolehah dia....untongnya suami dia. bukan dia ja yang macam tu. aku jumpak ramai lagi, mungkin kawan kawan dia, yang semuanya berniqab, yang dah kawen. bahagianya tengok. sejuknya mata tengok pakai macam tu. rasa betul2 dilindungi. aarghh taktau nak kata macam mana. aku jeles!! sumpah aku jeles!!

bila hang nak pakai macam tu ecan oii? urglp. 


berpurdah tu mungkin tak. sebab aku pon takla semenarik mana sampai nak tutup macam tu. tapi at least tudung labuh, ecan ?

p/s : pandangan pasal kawen muda yang aku tulis kat atas mungkin banyak yang salah, mungkin banyak yang perlu diperbetulkan. itu cuma pandangan dari sorang remaja 19tahun yang abang dia sendiri kata dia tak matured, yang dalam kepala otak masa tulis entry ni dok pikiaq jeles dengan orang orang yang kawen awal, dan yang masih mencari cari jalan penyelesaian bagi masalah yang sedang dihadapinya. so maybe banyak yang aku tulis tu banyak yang lebih kepada alasan lerr nak kawen awai. hehehee.

yang pasti, kawen tu bukan benda yang boleh dianggap ringan. tak semudah yang aku cakap kat atas. tak semudah tu ecan. 

4 comments:

  1. hehe.. biasa lah tu , dilema remaja macam kita.. :)

    ReplyDelete
  2. gatai nak menikah..hahahahaha
    1. banyak pasangan yg kahwin awal skunk nie sebab trend smata-mata
    2. majlis mereka terlalu bnyak pembaziran
    3. keberkatan hilang
    4. sekian

    ReplyDelete
  3. bang yat pun nakkk
    ilya pun nakkk
    ilma pun nakk jugakkk

    ReplyDelete