>

Friday, 6 September 2013

Review Produk : Bioglo ClearPore Deep Cleansing Mask

Assalamualaikum

Hujan hujan lebat macam ni tetiba rasa macam nak update blog. Hihi. Tetiba rasa mood sangat elok nak menulis. Dengan cuaca gelap, bau bau hujan, sambil minum secangkir teh halia memang best. Pastu update belog. Hihi. Mood best gila! Rasa cam nak feeling gegels sangat. ~,~

K memandangkan aku takleh nak pikir apa lagi yang aku patut share dekat belog kecintaan ni, baik aku share benda benda gegels sikit muehehe.


Last week aku ada beli mask ni  kat Cosway. Ekceli lama dah nak beli sebab aku sakit hati gilaaa dengan blackhead and whitehead kat idong aku. Seriyes tensiii. Dahla kulit aku memang jenis biasa biasa ja, pastu saja kan dia buat perkampungan dekat idong aku. Saja kan nak mensabotaj kecomelan iols! So, aku pun dengan penuh kegeraman mula la mensurvey segala jenis mask untuk blackhead and whitehead.

Memula ingat nak beli yang pore strip cap Biore tu tapi macam tak berbaloi. Dahla sikit, pastu mahal lak tu. Pastu dulu aku penah pakai tapi takla best mana pun. Then aku teringin sangat nak Floral Mask yang Dian Pixie jual tu. Tapi mahal sangat bagi student macam aku, satu botol dalam RM60++ kalau tak salah. Maybe bagus, memang berkesan. Tapi serious aku kurang mampu nak afford harga camtu. Dan sebab aku ni spesis manusia sedar diri yang aku ni anak MARA, macam tak sopan aku beli tak beragak langsung kan mask sampai RM60 walhal duit MARA tu kan duit orang, so kensel yang mahal mahal. Kena berpada-pada. Inshaallah nanti banayk duit sikit aku beli la yang Dian Pixie pulak.

So, at last aku decide nak beli natang alah ni. Mula mula tanya auntie tu dia kata harga Bioglo Clear Pore Deep Cleansing Mask ni harga RM28 kalau tak salah. Aku dah berat hati. Elaunkuu wuwuwuuu~ Lepas tu aku tanya ada member price tak? Dia kata ada. Yeay! Dapatla RM21.50. Pastu dia kata lagi, kalau nak beli dua dapat RM37. Pastu Tira pun nak jugaak. Double yeay! (insert nada amat gedik here). So, untuk sorang aku just kena bayar RM18.50. Okeyla tuuu. Hihi. Alhamdulillah. So ingat, kalau nak beli silala pinjam number keahlian sesiapa then cari member nak share k.

Okay, bila dah dua kali pakai, komen aku kat benda alah ni adalah biasa biasa kearah positif ja. Aku bagi 2.8 pointer kat dia. Kiranya tak dean list lagi tapi lulus la hihi. Ada gak aku nampak whitehead melekat kat situ lepas dah tanggal, tapi yang blackhead tak nampakla sebab mask ni pun itam legam. Bila aku pakai aku mula keliru adakah ni muka aku atau pungkoq belanga. So, tak aci la kalau aku kata dia tak cabut blackhead kan. Yang aku pasti, hidung aku nampak berminyak and dekat mask tu pun berminyak lepas aku tarik. Maybe dia berjaya memujuk minyak minyak ketegaq tu keluaq kot. So aku gembira sikit kat situ yeayy \o/

Lagi satu yang best sebab dia kan jenis cair. Means that aku boleh sapu sesuka hati kat bahagian muka or belakang badan aku untuk buang bendasing bendasing durjana yang coba mensabotaj aku. Just picit dan sapu di mana mana tempat yang anda suka. Sesudah kering, sila la tarik. Tadaaa~ siap. Macam aku, aku suka boh bahagian hidung dengan pipi ja sebab kat situ yang ada benda bendasing tu. 

Tapi yang tak bestnya mask ni macam tak merelakan dirinya ditanggal dari muka aku. Kiranya sampai meleleh air mata aku la masa nak cabut natang alah ni tambah tambah area dekat idong. Memang leleh habis. Pastu penuh dekat mask tu nampak ceracak ceracak bulu roma muka aku. Wuwuwu. Bulu bulu muka ditarik dengan sebegitu kejam tanpa ada belas kasihan sikit pun. Oh rhoma hakim~ eh eh typo typo. Oh my bulu roma~


Lagi satu tak best adalah susah nak cabut. Sakit ati aku bila nak cabut. Yang bahagian tebal senang, tapi baki baki nipis yang bagai melukut di tepi gantang tu susah nak tanggal. Last last aku main sapu toner, sambil tonyoh tonyoh sikit kat situ pakai kapas muka toner, senang pulak dia cabut. Then lepas pakai toner, sapula moisturizer macam biasa. Tammat.

Kesimpulannya, bagi aku okey laa. Sesuai dengan harga. Inshaallah pasni kalau aku tak mampu lagi nak try yang mahal mahal, aku akan pilih lagi yang ni. So, that's it. Ta ta for now. Assalamualaikum! 


19 comments:

  1. mun pun ada banyak onar melekat kat atas hidung ni..hewhew..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa..bolela try kot2 la puas hati hehe :)

      Delete
  2. haha...musuh ketat whitehead
    bencii tau. isk isk

    tapikan lepas pakai cuci muka pastu nak pakai toner ke apa2 boleh lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni momoy tanya or momoy bagitau kata boleh? hihihi. tak paham

      Delete
    2. bagitahu. haha...
      ayat cam tanya eh. sowie sowie dear ^^

      Delete
  3. Pernah guna yang kakak punya.... Yang hazab bila nak buang.. Pedih oo dia tarik bulu roma sekali.. Keluaq ayaq mata..

    ReplyDelete
  4. dulu kita pun pernah pakai. tp sekali jer.. sbb kita geli tgok mask itam-itam nie.. hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuhuuuu apa salah hitam smpai awk geli tgk diaa T.T

      Delete
  5. jom join my 1st GA! http://sfaezah.blogspot.com/2013/09/mini-giveaway-by-sfaezah.html

    ReplyDelete
  6. wah...bijak berbelanja..hehe..kadang kadang tuh beli yang murah lagi berkesan dari yang mahal gedabak..nak share sikit..laki pon pakai jgk mask segala nih..nak nampak lebih kacak..eh! hehe..luqman pernah guna charcoal masak yang daiso punyer..5 hengget..bile dah kering tuh time paling syok..nak tarik mask tuh sampai bulu kening pon tercabut :P

    ReplyDelete
  7. setuju! harga floralmask dian pixy tu sgt mahal....

    ReplyDelete
  8. kenapa saye pakai tak berkesan pun . dah bape kali cuba . tak jadi ape pon .

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy pun taktau la. lain org lain kesan kan. huhu

      Delete
  9. klu jerawat blh x? huhuu…

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpayahlaa. tak jerawat pun sakit yg amat dah, kalau jerawat apatah lagi T.T

      Delete