>

Wednesday, 23 April 2014

Dobby is freeee

Assalamualaikum

Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah!

boleh klik untuk tumbesaran unggul


Alhamdulillah sekali lagi! 

Pheww. Aku rasa baru sangat ja aku ngadu dekat kawan kawan aku pasai nebes nak pi praktikal, pasai aku serabut sebab taktau nanti dapat keja apa, takdak kaitan dengan English macam mana? Nak bukak niqab ka tak? Dapat keja yang aku langsung tak reti macam mana? Kalau ada yang nak masuk minang macam mana? Eh. Macam kisah benar ja ni. HHAHAHA k tak lawak ecan, tak lawak. 

Sedaq tak sedaq dah 4 bulan lebih berlalu. Cepat sangat. Tutptup dah habis praktikal, tuptup dah habis buat report. Punyala aku bizi 2,3,4 hari lepas dok pulon buat report. Sampai budak Ilma tu berapa kali mai tanya "banyak lagi ka keja kakcikk". Pastu dok tak dok kiss pipi aku. 1 malam tu berapa kali entah dia kiss aku. Makan pun dah tak makan sesama. Kalau tidak dia mesti nak ajak makan sama sama. Kalau aku takmau makan lagi dia tunggu jugak aku. Dah makan nak sekali, lauk pun kena sama. Suka tiru aku amik lauk apa, lauk tu gak dia nak. Tidoq pun selalu sekali. Tapi 2,3,4 hari lepas aku macam tak tidoq malam ja. Sampai dia kata kesian kat aku dah berapa hari tak tidoq. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul wahai adindaku. Tskk tskk.

Sekarang ni semuanya dah berlalu. Tinggal submit report esok then Dobby is freeeee~ Inshaallah kalau yang ni lulus maknanya habis dah la diploma aku. Alhamdulillah. Tunggu grad bulan 9 kalau tak salah aku. Alhamdulillah. Lepasni aku boleh fokus sepenuhnya untuk jadi surirumah, blogger dan bisneswimen jengjengjenggg. Bersusun dah plan aku. tolong doakan semoga Allah permudahkan segalanya. Eh kenapa bosan sangat entry kali ni. Eleh macam la entry sebelum ni best. Kata hampa di dalam hati. Haa kan kan kannn. Wajiiiaaaqq. Tak best tak best pun hampa baca gak kot :p

K, malam ni nak naik bas balik Kuantan, aku langsung tak packing apa lagi. Malas packing tapi eksaited nak balik Kuantan. Rindu kawan-kawan, Paul Frank, rindu kolej. Bapak cepat eh 3 tahun berlalu. Nanti sedaq tak sedaq dah 3 taon lagi pulak. Tau tau kakcan dah dukung baby. Hahahaa. Aminn. Nak cepat cepat kumpul duit itew nak kawennnn. Hihihi.

Dahla weh, aku nak kemas baju. Eh btw tolong doakan aku dan kawan-kawan aku selamat pi dan balik. Tolong gak doakan kawan sebatch aku, Hanis Muhidzir yang eksiden kemarin ka tadi entah masa otw ke Kuantan gak la. Dengaq cerita report dia habis hancoq. MasyaAllah. Eksiden dengan trailer kalau tak salah orang yang cerita kat aku. Alhamdulillah dia stabil. Doakan dia cepat sembuh okay. 

ni report aku yang cost RM78.
esaimen terakhir untuk diploma, inshaallah


May Allah bless us all, wassalam. 

3 comments:

  1. Alhamdulillah. Ecan dah grade lah...
    mahal tu yang atas tu.
    mesti Ilma tu dah tahap rindu kakcik dia yang dulu
    hoho...baca pun dah boleh bayang llma tu mesti kecik, comey, perangai pun kiut miut mcm tu
    memula tu mcm happy juga , tumpang gembira ecan dah habis LI, lepas tu ending rasa sedih baca coursemate ecan accident T_T
    semoga dia cepat sembuh . Amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin. ilma tu jenis byk ckp ya rabbi. sembang potpetpotpet haha

      Delete