>

Thursday 22 November 2012

Tips untuk mengawal kemarahan anda :)

Assalamualaikum

Hai. di malam yang sepatutnya aku bermati-matian hadap buku sampai muntah nasik belauk Mariah, tapi sekarang, saat ni, aku mengadap laptop update blog. tak plan pun. ni cuma salah satu cara aku untuk alihkan jap palotak yang mula nak sewel akibat kemarahan terlampau. 
wahai sang pemilik hati, kuatkanlah hatiku ini untuk terus bersabar menghadapi karenah manusia yang sangat menduga kesabaran. kuatkanlah aku ya Allah!!!
ohh *taip entry dengan jari yang terketar2. konfem tulisan buruk T.T*. so, adik2 sekalian, harini kak ecan nak share sikit tips untuk mengontrol jiwa yang sedang dirasuk nafsu amarah angkata syaitonirrajim!! Pehh marah ni marahh

1) baca astaghfirullahalazim banyak2 kali. baca jugak auzubillahiminassyaitonirrajiim. aku pun tak baca tadi. nak tulis entry ni baru sedar diri. baca sat. dan baca juga doa ini :

klik gambar untuk tumbesaran yang unggul

2) pejam mata and kata sabar2 kat diri sendiri. SABAR

3) cakap dalam hati. aku tak suruh hampa maki, tapi tapi kalau ada nak cakap apa2, cakap dalam hati. tu lebih selamat. sebab hang tengah bengang, takut terkata macam2 dan jadi panjang cerita pulak dah. ingat, terlajak kata takleh nak undur dah.

4) try selesai masalah tu dulu. cari punca dan try selesaikan. kalau setan celaka tu still dok hasut orang yang hang marah tu bagi sakitkan hati hang lagi, try bersabar. sebab kalau hang marah lagi setan sronok. try tanya elok2 kenapa, bagaimana nak selesaikannya. apa keputusannya~

5) try melawak sikit. means buat2 macam hang tak serius pun tadi tu. try melawak2, cakap baik2. cara ni berkesan jugak. aku dok buat selalu. memang bengang sebab kita tengah marah tapi kena buat2 gelak2 sebab takmau burukkan lagi keadaan. well, terpaksa. for the sake of the relationship. jangan dok main perli2 plak. jangan simbah petrol kat api yang tengah membara. cewah

6) kalau dia still nak sakitkan hati hang, macam dia tak profesional, stop argument tu dulu. biar masing2 dah cool down baru bukak cerita balik dan selesaikan. tu pun kalau kena selesai lah. kalau tak, buat2 lupa dahla. kalau masa hang nak stop dia still pum pang pum pang abaikan ja. or bagi penampaq sedaih. baru tahwan. haha. lawak ja weh

7) buat aktiviti yang boleh alih fikiran hang dari benda alah yang menyakitkan hati tu. kalau macam aku sekarang ni, aku update blog. patutnya hang baca la al-Quran ecan oi. Inshaallah akan cool balik. Takpun hang tidoq. Bak kata Rasul sallallahualaihiwasallam kalau tengah berdiri, dudukla. Kalau tengah duduk, baringla. Inshaallah kurang rasa marah tu. 

8) jauhkan diri anda dari manusia2 dan barang2 kesayangan. ni takut nanti lost control tak pasal2 ada henfon melayang kot tingkap. pastu pagi esok menyesal tengok henfon yang dah terburai dalam longkang. pffft

9) minum air banyak2. minum sampai lemas. minum banyak banyak banyak. serious berkesan. Kalau tengah sedih pun berkesan gak tip minum air ni. at least berkesan untuk aku la hihi. Tapi minum air kosong k. jangan air kencing setan pulak. kalau tak hang seolah-olah lagi hina dari setan celaka tu. 

10) berimaginasi. bayangkan muka manusia yang hang sakit hati tu, bayangkan dia dalam keadaan apa2 yang menggembirakan hati hang. contoh macam aku, aku bayangkan aku toreh muka dia dengan pisau, then perah lemon atas luka tu, tabur2 garam, then garu-garu luka tu pakai garpu sekuat hati aku. Entahla berkesan ka tak kat orang lain. Tapi bagi aku agak berkesan. Sampai kadang kadang aku tegelak sorang sorang sebab aku dok berimaginasi ni la haha. Pastu bila orang yang aku marah mai cakap dengan aku aku rasa macam kesian dia.. sebab dalam imaginasi aku dia dah luka parah dah huhu. 

11) Apa-apa pun ingat, JANGAN MEMAKI HAMUN, JANGAN BERTUMBUK. Tu bukan Islam ajar. BIG NO!


sekian tips dari si ecan yang cuba jadi penyabar


p/s : keep praying for Palestine. hancurkan zionis ya Allah!! menangkan islam ke atas mereka!!


4 comments:

  1. haha, instinct aku kuat gila kata meecan update blog :P ❤

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum (^_^) datang follow blog ni. Follower yang ke- 259 .

    Nanti jikalau ade kelapangan , awak tinggalkan jejak link blog awak di sini ya Exchange link

    nanti saya dapat Blogwalking awak selalu (^_^)

    Hope dapat jadi rakan yang sejati dalam blogger ni ya , kita gunakan peluang ini sebaiknya untuk mengeratkan lagi hubungan antara 2 blogger (^^_)
    Salam perkenalan ; ) sekali lagi dari Fariz Reza .

    From: Fariz Reza [Dot] Com

    ReplyDelete
  3. kalau momoy rasa nak marah. momoy pergi mandi sebab air dapat tenangkan jiwa amarah momoy

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan...air sejuk boleh bagi fresh balik..air suam boleh bagi relax tenang jaa..

      Delete