Ehem..
Assalamualaikum
dan haii =B
Dah lama aku nak buat entry pasal ni. Sejak last year punya
Ramadhan. Bapak lama aku kepam dalam palotak dan jiwa raga. K, sempena Ramadhan
yang dah nak dekat sangat2 dah ni,ibarat tetamu dah sampai depan taman, tinggal
nak belok masuk lorong rumah ja, dekat sangat2 dah, adik adik pun dah terkinja
kinja eksaitedd, saja la aku nak share benda ni. Ini cerita pasal perubahan,
atau kata dasarnya adalah ubah.
Dengan share pasal ni aku tak kata aku dah lengkap, perfect. No no no. Terlalu banyak lagi aku kena ubah untuk jadi macam yang sepatutnya aku jadi. Cumanya, dah banyak perbezaan kalau nak banding dulu dari segi pemakaian. So, aku share jelah. Mungkin bermanfaat, inshaAllah..
Dengan share pasal ni aku tak kata aku dah lengkap, perfect. No no no. Terlalu banyak lagi aku kena ubah untuk jadi macam yang sepatutnya aku jadi. Cumanya, dah banyak perbezaan kalau nak banding dulu dari segi pemakaian. So, aku share jelah. Mungkin bermanfaat, inshaAllah..
Taon lepas.
Aku ada minat gila kat sorang mamat ni. Dia boleh dikategorikan
sebagai budak baik la. Seriously. Jenis lelaki sopan anak soleh gituww, sebab tu aku berkenan pun. Ni bukan bekenan sikit sikit nih. Nih memang tahap minat gila babeng dahni. Gilo gilo punya. Pastu dah
aku suka dia kan, mulala berangan macam macam wahaha. Sampai satu tahap aku
pikir, dia dahla jenis baik macam tu, sesuai ka dengan aku ni? *tengok diri kat
cermin mydin* Baju cukup cukup makan ja, seluaq nampak bentuk kaki, tudung selimpang
atas dada. K, ecan, layakkah anda? Layakkah anda untuk berangan nak laki baik macam dia? Sadar donggg….!
kalau ikut yang ni, aku masa tu yang ke-6 |
Disebabkan terlaluuuuuuuuuu minat kat dia, aku pun berazam
nak jadi pompuan baik. Acewah. Kan Allah dah janji, lelaki baik untuk pompuan
baik, dan pompuan baik untuk laki baik.. makanyaa,, kalau hang betul betul nak dia, hang kenala jadi baik, sebab
dia lelaki baik ecan oii, janji Allah tu pasti! kata aku didalam hatiku.
Dan dalam masa yang sama, dekat fb ni kadang kadang aku
terbaca pasal mati, pasal kiamat, pasal azab seksa.. Ya Allah, aku takut.
Sungguh, aku memang takut dengan semua tu. Bukan hang
sorang ja yang takut, semua orang pun takut kot. Tapi sebelum sebelum tu, aku
asyik macam insaf jap, pastu alaaahhh nanti2lah aku ubah..nantilah..nanti…
Macam tu la lebih kurang perbualan dalam palotak aku.
Sampailah satu hari tu, Allahku telah mentakdirkan aku untuk baca novel Contengan Jalanan, by novelis
kesayangan ramai, Hlovate. Aku memang minaaaatttt semua tulisan si Hlovate ni
sebab..banyak sebab, abaikan yg tu..sampai aku jumpa satu ayat ni:
“The man who decided
to change on 12th died on 11th”
Translate ikot palotak aku: Orang tu, dia dah nekad nak berubah. Tapi dia nak berubah pada 12 haribulan. Takdan nak 12 haribulan, dia dah mati pada 11 haribulan. Kiranya takdan berubah la. Kenapa? Sebab dia
tangguh! Takdan berubah... mati... tangguh... matii.. takdan berubah.... MATI
Sentap! urglp ohok ohokkkk *tulang ikan lekat*
Aku paksa diri aku terima kenyataan, aku paksa diri aku
sedaq, mati semua tu tak tau bila, sampai bila nak “nantilah….nantilah….”!!
sampai bila ecan!! Haa… garang gila aku dengan diri sendiri.
Dan aku try.
so apa jadi dear, berjayakah?
ReplyDelete