>

Sunday, 20 July 2014

Apa yang kita boleh buat untuk bantu Palestine?

Assalamualaikum

Aku sayang waktu-waktu tidur aku dalam bulan Ramadhan ni. Tu alasan kenapa aku menghilang 16 hari. Jarang sangat aku diam takda berita lama sampai macam ni. Waktu-waktu busy macam ni aku prefer update dekat FB and IG sebab lebih pantas dan efisien. Aku tak cukup masa nak update blog. Tapi malam ni nekad nak tulis sikit pasal Ghazzah. Dah lama pun aku bertangguh. Semoga entri ni bermanfaat. Okay, takda belok-belok mana dah. Straight ke solution. 

So.. apa yang boleh kita buat untuk bantu Palestine?

1) DOA : Ada ka yang bosan dengar suruh doa, doa, doa? Please pujuk hati anda supaya jangan bosan untuk berdoa, minta pada Allah supaya hancurkan zionist, doa Allah pelihara rakyat Palestin dan bagi bantuan kuat pada Briged Al-Qassam, doa menangkan Islam ke atas mereka, bebaskan Palestine. Doa adalah senjata umat Islam yang boleh digunakan oleh semua. SEMUA. Yang miskin boleh doa, yang tua boleh doa, yang cacat boleh doa. Semua mampu berdoa as long as dia sendiri mahu. So, doa! 

Jangan sombong wahai manusia. Bayangkan anda ditempat mereka, anda pasti sangat sangat sangat mengharapkan doa dari saudara-saudara seIslam. Semoga Allah dengar doa kita. Inshaallah, Islam akan menang tak lama lagi. Sekurang-kurangnya nanti bila Islam dah menang kita boleh bersorak gembira tumpang bahagia sebab kita juga bagi bantuan banyak kepada mereka di sana. Bantuan apa? Hari-hari kita berdoa! :)

2) BOIKOT : Isu ni jadi sensitip gak la bagi aku. Aku sangat sensitip bila orang kata taknak boikot sebab produk Israel tu sedap (mekdi & nestle contohnya). Ada juga yang kata produk kecantikan depa pakai dah sebati dan paling kena dengan jenis kulit depa (L'Oreal contohnya). Ada pula yang dengan muka tak tahu malu slurrpp slurrpp koka kola tanpa rasa bersalah walau sikit pun berbuku di dada. Maaf ya, aku dah bertahun lancarkan perang boikot ni semampu aku. Aku tak boleh tolerate dengar alasan-alasan bodoh dari manusia selfish. Pehh kasaq gila hang kakcan oii! 

Masakan tidak. Adik-adik aku, makcik pakcik abang kakak aku kat sana kena bunuh macam nyawa depa langsung takda harga. Apa kalian masih buta? Sanggup bantu Israel semata-mata sebab mekdi tu sedap? sebab syampu L'Oreal tu yang paling best? sebab dah minum MILO sejak lahir lagi so takleh nak tinggal dah? Pfft. Okay, let say zionis beralih arah ke Malaysia (nauzubillah). Dia mula serang Malaysia. Adakah hampa akan still support barang-barang Israel?? Adakah hampa masih akan kata "takleh tinggal MILO sehari sebab dah biasa. Oligo koko tak sedap hukhuk" Aku yakin tidak! Aku yakin hampa boleh serta merta boikot! Kenapa? Sebab duit tu akan disalur untuk bunuh hampa balik, untuk bunuh family hampa sendiri, kawan2, sekolah, masjid. Memang kecacatan otak kekal lah kalau hampa still support bila depa nak bunuh hampa sendiri kan. So terbuktilah bahawa manusia yang tau hakikat ni tapi still tak boikot adalah manusia yang sangat selfish. Dia tak boikot sebab bukan kena kat dia sendiri. Dia tak rasa apa-apa tengok nyawa rakyat Palestin yang setiap hari melayang bagai takda harga. Sebab bukan family dia. 

for more info : CLICK HERE!



3) DERMA : Dah tengah kemuncak peperangan Gaza-Israel ni, banyak la NGO-NGO yang jalankan tanggungjawab mengutip derma untuk rakyat Palestin. Always remember that duit yang kita ada sekarang bukan jadi milik kita lagi. Duit tu kita guna, habis. Habuk pun tak tinggal. Tapi harta kita yang sebenar adalah harta yang kita dermakan. Sebab dengan harta tu kita dapat pahala. Tu la harta yang sangat berguna di akhirat nanti. Alhamdulillah ramai yang menderma di Malaysia ni. Semoga besar saham akhirat anda. Inshaallah. Kepada yang belum menderma, belum terlambat. Ni akaun rasmi Aman Palestin :


Selain dari derma melalui akaun bank, kita boleh gak derma melalui SMS. Ya Allah senang sangat nak derma sekarang ni. Ada orang takda akaun bank yang boleh transfer melalui internet kan. So depa rasa malas nak kena keluaq bank in bagai. Nak mudahnya Aman Palestin dah buat satu sistem lebih mudah untuk bagi orang senang derma. Just SMS!

Type PALESTIN<space>JUMLAH WANG

Yang available untuk JUMLAH WANG tu cuma 1/3/5/10 Ringgit Malaysia

and send to 39111

Contohnya : PALESTIN 10 , kemudian send ke 39111.
Kalau dah berjaya depa akan hantar mesej "Terima kasih kerana menderma untuk Tabung Aman Palestin".

4) PERANG SIBER : Ada gak yang kata "Eh yang kakcan tu kemain sakan lagi suruh boikot boikot boikot. Die takdela pulak boikot FB. Kanke FB ni yahudi punya? Eh hipokrit gilew sih kakcan!". Banyak dah isu ni timbul dan dah dijawab oleh ramai yang lebih arif pasal isu boikot ni. Kesimpulannya adalah : Kita jadikan medium media sosial ni sebagai senjata makan tuan. Ngerti kamu? Kita guna media sosial untuk sebarkan pasal isu Palestin. Kita ajak ramai ramai boikot. Kita share info terkini pasal krisis kat sana supaya lebih ramai bukak mata, lebih ramai akan mendoakan. Pendek kata kita gunakan supaya bermanfaat untuk Islam. Bagi pressure kat Israhell tu. Depa akan musnah tak lama lagi dengan izin Allah. 

5) ISTIQAMAH : Jangan sebab musim orang pakat update pasal Palestin, so kita pun kalut dok update. Pongpangpongpang dalam media sosial. In real life pula langsung tak berdoa. Atau berdoa jugak, tapi sekali sekala. Tu pun bila isu tengah hot. Bila dah reda sikit mula lupa terus untuk berdoa dan boikot. 

Okay, kawan-kawan. Janji dengan Allah okay untuk buat semua ni? Bukan untuk orang lain pun. Ni untuk saudara-saudara seakidah kita di sana. 


Smiff..smiff...bau apa yang kuat sangat ni ?

Bau kemenangan Islam!! 



p/s : Momoy, sorry sangat baru baca. Dah lama abaikan blog huhu. Untuk soalan Momoy pasal pelat tu jawapannya adalah takpa. Bukan sengaja. Dah bagus sangat dah sebab usaha jugak baca dan hafal. Abaikan apa kawan tu kata okay? Kita dah usaha tapi Allah yang cipta macam tu, so takpa :)

5 comments:

  1. Tengkiu ecan sudi reply. Baru terasa lega di hati
    huhu... kalau tak bermain teka teki pastu rasa takut

    ReplyDelete
  2. sekarang ni pun kalau ke kedai nak beli barang, mesti check dulu ni product zionist ke bukan. Momoy ni amal dah la kurang jadi tak mau dan tak sanggup nak sumbang duit untuk beli peluru untuk kudungkan budak-budak kecik kat gaza tu. Oh sungguh tak sanggup.
    rasa tak lalu dan mual jer bila dulu-dulu fikir makan mekdi . huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. so proud of you momoy :) keep it up. teruskan boikot sampai israel hancur @ sampai company2 tu dah tak sumbang ke israel

      Delete