Assalamualaikum
Ramadhan haritu aku pi sekolah melawat cikgu-cikgu. Dan melalui perubahan penampilan aku yang jauh berbeza daripada zaman sekolah aku dulu membuatkan sorang cikgu bertanya "What makes you change, Ihsan..?" Otak aku pun mula lah throwback, pikir apa punca aku mula proses mengimprove diri. Lepas beberapa ketika aku pun jawab, "Mati. Saya pikir mati. Takut azab".
Pastu cikgu aku pun dengan penuh ketelusan dan inginkan jawapan sebenar, beliau pun tanya, "Dulu tak pikir mati?" And I was like... ooookaaayyyy hahahahaha sentap nyaris nyaris nak pitam. Dulu pun sedar diri ni akan mati. Tapi bertangguh. Malas nak pikir dalam dalam, seolah-olah nak lupakan kenyataan tu. Buat tak sedar diri. Alhamdulillah belum mati. Allah tu penyayang. Dia bagi chance nak bertaubat dan memperbaiki diri.
Ironi kan. Mengingati mati tu boleh menghidupkan jiwa yang mati. Disebabkan pikir mati ja membuatkan aku berubah sangat jauh berbeza. Aku tak penah sangka pun akan mampu improved sampai jadi macam sekarang. Tak, jangan sangka aku dah cukup baik. Aku nak habaq yang aku improve dari dulu. Dan motivasi aku adalah kematian. Pikir mati yang buat aku kekal istiqamah mengimprove diri.
Bila pikir azab Allah, kita memang tak sanggup nak hadap. Kalau ada yang pikir dia sanggup pun, dia takkan mampu tanggung. So kita cuma ada sikit masa untuk berusaha agar tak kena azab tu. Masa yang kita ada cuma sebelum kita mati. Dan mati tu tak tahu bila. Mungkin esok, mungkin lusa. So takkan nak bertangguh lagi untuk memperbaiki diri? Sedangkan kita cuma ada masa sebelum kita mati, dan mati tu taktau bila. Tak cukupkah itu sebagai motivasi untuk bertaubat sekarang jugak dan istiqamah dengan perubahan?
Ada aku tengok sahabat-sahabat yang aku sayang, ada yang dah bergerak melakukan perubahan. Alhamdulillah, aku hepi sangat. Tahniah untuk yang istiqamah. Kekalkan perubahan. Pikir, letih yang kita dapat dalam usaha nak perbaiki diri ni tak lama. Inshaalllah nanti kat sana kita boleh berehat sepuas-puasnya. Apa salahnya korbankan sikit keduniaan demi kebahagiaan yang takda kesudahan.
Tapi malangnya ada jugak aku tengok yang dah improve, tapi kemudiannya jadi hangat-hangat taik ayam. Takziah aku ucapkan bagi yang kecundang di tengah jalan. Tolong selamatkan dirimu sebelum terlambat. Pikir balik apa niat asal kita nak berubah. Kalau sebab dunia (pujian manusia, trend semasa esp dari segi perubahan pakaian), betulkan niat tu.
Di akhir zaman ni terutamanya, makin ramai orang berubah ke arah kebaikan. Allah pilih mereka untuk diselamatkan. Ada pula yang dibiarkan sesat. Tak mau ka kita jadi sebahagian dari yang diselamatkan? Memanglah Allah yang pilih hati-hati yang Dia nak selamatkan. Tapi takkan kita nak menyerah macam tu ja "Allah tak pilih aku" tanpa langsung kita usaha untuk cari hidayah tu? Ingat, Allah tak pernah dan tak akan aniaya hambaNya. Kita cari, inshaallah kita dapat.
Siiru a'la barkatillah
Wassalam.
p/s : kepada semua yang aku pernah dan akan buat salah, tolong maafkan aku please
p/s : kepada semua yang aku pernah dan akan buat salah, tolong maafkan aku please
selamat malam..singgah jalan2 sini :)
ReplyDeleteindeed sangat entry ni ecan. Okay momoy cuba slow-slow. Tapi slow sangat kah Momoy nih ?
ReplyDelete=(
Fuhhhh
ReplyDelete