>

Monday, 22 December 2014

Sedikit sebanyak mengenai UNISEL

Assalamua’laikum

Sejuk harini. Dari pagi sampai petang pun masih juga sejuk. Nak keluar bank in duit. Tapi ada keta ayah block. Malas nak alih. 

Bukak laptop. Update belog.
Lain kali lah bank in. 
Hee.. procrastinate..as always.

So, di petang yang sejuk ni, dengan memakai jacket putih acah acah korea untuk memanaskan badan, dengan secawan teh panas di tangan, dan beralaskan meja jepun kecik baru beli semalam, aku memilih untuk menunaikan janji 4 bulan lepas iaitu cerita pasal UNISEL. Ceritanya sekarang ni ramai kawan-kawan tanya pasal UNISEL. Dan aku pun saja nak tolong kalau-kalau ada orang nak tau serba sikit pasal UNISEL, macam aku before masuk UNISEL dulu jenoh gugel nak cari info. So, hope this will help!

Disebabkan tak tau nak mula macam mana, dan terlampau banyak nak diceritakan, dan kalau cerita secara random konfem melalut tak nampak point dan end up anda semua menekan butang X kaler merah di penjuru skrin atas belah kanan tanpa menoleh walau sesaat pun, maka moleklah kiranya aku asing-asingkan cerita ikut point. Haa before tu aku nak mintak maaf sebab takda gambar LANGSUNG. Aku malas amik gambar, kena faham bukan aku duduk sorang-sorang kat hostel tu, so privacy orang kena jaga jugak. Tapi aku cuba describe sejelas mungkin bagi anda semua boleh bayangkan. Imaginasi tu kena asah sikit k hadek hadek sekalian.

Ehem. 
So, kita mula dengan cerita pasal hostel. Ok gaiss?

1) Hostel UNISEL (Wisma MAIS)

Masa awal-awal nak masuk UNISEL aku dah puas gugel “hostel UNISEL” dan juga “asrama UNISEL” sebab aku takut sangat dapat bilik buruk yahamat. Dah terbiasa hostel kat KPMIM dulu selesa. So dengan gigihnya aku gugel segala. Sekali jumpak gambar kat blog siapa tah masyaAllah buruknyaaa weiiiii hostel UNISEEEELLLL. 

Aku pun tanya kawan aku budak UNISEL. Tapi dia UNISEL kampus Bestari Jaya. Aku nak masuk kampus Shah Alam. Dia cakap dah buat baru kot. Rasanya tak dah yang buruk tu. Lega hati aku. Mulanya aku dah nekad takmau UNISEL. Dah bagitau ayah aku. Beliau tanya kenapa, aku pun jawabla hostel buruuukkk. Terus kena marah manjew manjew. So bila kawan aku cakap camtu aku pun sedapkan hati masuk UNISEL.

Masa hari pendaftaran, the moment aku langkah kaki naik tangga nak ke tingkat 3 memang dah tak seronok. Tengok tangga tu aku terbayang sarang penagih kat abandoned building. Serious weh. Dengan bau hancing kucing sikit-sikit. Pastu jarak antara pintu rumah dengan pintu rumah depan cuma dalam 2 meter, or less. So kawasan nampak sempit la. 

Cari rumah aku, jumpa, masuk rumah. Amagadd amagad amagadd!!! (baca dengan nada Lisa Suriram eh Surirumah dalam cita Istanbul Aku Datang)

Ok. Ini dah macam rumah flat yang aku tengok dalam drama Melayu yang penghuninya hidup miskin anak remaja terabai. NI LAH MACAM DALAM GAMBAR AKU TENGOK DALAM BLOG MASA AKU GUGEL HARITUU!!

Ok fine.
Redha.

Bila masuk bilik aku, ada sebuah katil double-decker, sebuah meja, sebuah almari dua pintu. Bilik sangat kecil, sesuai untuk dihuni sorang ja. Tapi kami disumbat 2 orang dalam bilik tu. So memandangkan rumet aku dah amik katil bawah, so aku terpaksa akur dan memilih katil tingkat atas. Katil besi kurus kaler hitam tu ya anak-anak. Dan bila rumet aku katil bawah secara otometiknya meja dalam bilik tu dia yang punya sebab meja tu kat hujung kaki dia (peraturan sendiri-sendiri paham walau tanpa dokumen bertulis). So meja study aku di luar bilik which is sangat membebalkan aku sebab macam mana aku nak study meja kat ruang tamu dan berada di tepi TV god please!! 

Tapi takpa ecan. Chill. Aku dah besar kan. Dan aku memang takda pilihan dah. Then aku tengok pulak almari. So, dalam fikiran aku japgi depa akan bagitau kena amik almari kat mana-mana dan dalam hati aku dah redha kalau almari pun aku kena letak kat ruang tamu. Namun monolog dalaman aku terhenti bila aku nampak ada nombor dekat setiap pintu almari tu. Pintu kanan No 1 dan pintu kiri No 2. Kemudian aku terpandang katil. Tingkat bawah ada sticker tulis No1 dan tingkat bawah tulis No2. Sel-sel otak mula berhubung….yahh!! pffttt!!! Almari ni kena amik sorang sebelah! Almari berkeluasan 5 jengkal X 4 jengkal tu kena share sorang sebelah ecaann!! Terus pandang barang-barang aku. Istighfar panjang. Mata berair. 

Then round keliling rumah. Satu rumah ni ada 3 bilik. 1 bilik tu dihuni 4 orang. 1 lagi bilik 3 orang. Dan bilik aku 2 orang. Bersyukur sangat aku dapat bilik 2 orang. Tak la rimas sangat dengan keadaan sempit tu. Then ada dapur, siap peti ais, rak kecik untuk letak barang makanan dan rak pinggan mangkuk. Singki pun ada. Kat dapur tu ada ruang untuk sidai baju. Tapi tersorok lah. Awal awal aku dah cakap dalam hati memang tak ah aku nak sidai baju kat sini, nanti hapak. Then ada 2 toilet. Toiletnya biasa-biasa ja. Kalau jaga elok elok tak geli la. 

Semuanya memang teruk, tak dapat dinafikan. Tapi, bila kita dah duduk situ, dah sapu habuk habuk, dah susun barang kita elok elok semua, semuanya tak seburuk yang kita nampak untuk kali pertama. Sungguh. Hampir 4 bulan aku kat situ aku takdala rasa down sebab rumah. Efek aku sikit part meja kat ruang tamu tu dengan almari jelah. Sampaikan aku cuma guna meja tu untuk letak buku and alat tulis ja. Tak study pun. Tak selesa dengan suasana terlalu terbuka tu. Almari pulak aku dah berjaya memohon belas ihsan abang aku untuk belikan aku drawer hihi. Thanks Bamet! Jasamu dikenang. Lain dari meja dan almari tu, alhamdulillah semua okay. It’s not that bad. Buat aku berfikir, habis orang yang merempat bawah jambatan tu macam mana? Lagi terok. Ni dah kira selesa la tuu. Alhamdulillah. K habis cerita dalam rumah. 

Bawah asrama pulak banyak kedai. Bab makan jangan risau. Kat bawah hostel tu ada beberapa buah kedai makan. Kalau dah muak, boleh seberang jalan (dekat sangat ja) ke bangunan seberang sana pulak. Ada lagi kedai makan, ada 7e. Aku suggest anda semua merayau di belakang bangunan tu akan jumpa restoran D&R. Makanan sedap, kedai selesa, harga standard. Kalau dah muak jugak makan kat area situ, anda boleh jalan kaki ke food court Seksyen 2. Situ penoh orang, penoh kedai makan. Dan situ harga makanan memang student price lah. Rasa makanan sama dengan harga. Aku suggest gerai Sabariah untuk makan tomyam, dan gerai hujung sekali ada claypot. Yang femesnya kat food court tu ABC. Aku suggest kedai apa tah yang jual ABC Coklat. Tu feberet aku la tu. Hihi. Kalau teringin jajan pun ada kedai runcit area hostel. Coolblog & HotnRoll ada kat Caltex. 

Selain kedai makan, area hostel tu ada dobi, kedai photostat, ada library MAIS, badminton court, surau dan ATM Bank Islam. Library tu memang port aku. Ok panjang cerita pasal hostel.

UPDATE : Last semester (January-May 2016) hostel telah diupgrade. Katil dah tukar dari katil kurus besi hitam jadi besi gemuk sikit dan nampak lebih kukuh. Locker pun dah ubah dari locker kayu jadi locker besi standard kebanyakan asrama tu. Cuma tak pasti upgrade ni dah siap bagi semua rumah or belum. 


2) Kemudahan di Kampus UNISEL SHAH ALAM

Okay. Bila tengok kampus ni mungkin ada sesetengah student baru yang akan rasa kurang motivated sikit. Sebab kampus ni kecik. Tak nampak macam university. Dah hampa pi compare dengan UiTM tu sapa suruh. Agak-agak la pon. Ni swasta. Lagipun kampus Shah Alam ni bukan main campus. So agak kecik lah. 

Setakat ni bagi aku kampus ni okay-okay lah. Kelas semua ber air-cond, kadang ada kelas aircond rosak biasala tu. Meja kerusi standard. Whiteboard standard. WiFi ada, cuma certain kawasan tak berapa dapat so bengang jugakla kadang-kadang huhu. Overall just nice, alhamdulillah. Surau pun okay, ada air-cond dengan wifi but still aku rasa kalau besarkan sikit surau tu inshaallah lebih selesa. Sebab surau jadi port orang baring tunggu kelas seterusnya bila ada gap, so waktu rehat tu memang penuh ya rabbi. Penuh dengan manusia bergelimpangan. Kafe pulak aku tak komen sangat sebab aku jarang makan kat kafe UNISEL. Sekali dua ja pernah. Aku prefer makan kat kedai-kedai area luar kampus tu. 


3) Akademik

Yang ni jadi isu sikit. Ramai petikai pasal akademik ni sebab swasta konon kurang kualiti le choiii, dan orang kata UNISEL ada isu. Tapi aku sendiri taktahu menahu isu apa. Setakat aku belajar 4 bulan ni, lecturer Alhamdulillah okay-okay belaka. Untuk kos aku amik ni mostly lecturers adalah ex journalists. Kiranya bukan ajar ikut silibus ja tapi pengalaman para pensyarah ni sendiri. Tu yang best tu. Eh ini bukan bodek tau gais. Lecturer-lecturer aku taktau pun pasal blog aku ni haha.

UPDATE : Sekarang aku belajar dah dua tahun pun belum terasa ada isu apa-apa berkaitan akademik. Alhamdulillah semuanya berjalan macam biasa. Wallahua'lam kalau ada yang aku tak tahu. Aku cakap berdasarkan pengalaman sendiri dan kawan-kawan sekeliling sahaja.


4) Aktiviti-aktiviti lain

Yang ni depends kelab yang kita join. Nasihat aku, aktifkanlah dirimu. Bagi muslim aku suggest joinla Persatuan Pembangunan Islam (PPI). Tu antara kelab teraktif kat UNISEL Shah Alam ni. Ada usrah, ada iftar jam’ie, Ladies Night untuk pompuan saja (haritu aku jadi AJK hihi. Jemput Diana Amir & Da’ie Adibah), memanah (aku shoot tepat buah oren weh eksaited gila masa tu haha) dan lain-lain lagi. Kelab lain pun hidup jugak. Tapi aku join PPI ja huhu. Tu pun mula-mula dah tak menang tangan. Meeting itu ini. Terasa penuh jadual hidup aku. Kalau join lagi banyak lagi lah busy hidup. Busy, tapi puas.

UPDATE : Sekarang aku baru join Peers Guidance Club. Best! Ada banyak aktiviti yang dirancang. Last sem kami jadi fasi bagi program di sebuah sekolah menengah. Next sem inshaallah volunteering di Zoo Negara, family day etc. 


5) Kewangan

Yang ni adoii la jawabnya. Aku terpaksa buat pinjaman PTPTN. Boleh nak mintak pinjaman lain. Aku aim MARA tapi kos aku MARA taknak cover. So aku nak amik Karangkraf, tapi aku terlalu melengahkan sampai last minute aku terpaksa mintak PTPTN, takut tak sempat mintak nanti mana aku nak cari duit nak setel untuk sem1. Yuran kos aku untuk 3 tahun adalah RM34k. Rahang jatuh? Ok tu lah hakikatnya. Aku pinjam PTPTN RM30k. Aim aku nak skor tinggi-tinggi setiap sem so that takyah bayar atau cuma bayar sikit. Doakan aku, please! (Update : Aku dah grad with first class, so free PTPTN yeay alhamdulillah! All the best guys)

Ok, aku rasa dah nak muntah hadap laptop beberapa jam tanpa stop. Apa-apa hal nak tanya boleh cari aku di...

Eh wait..

sebelum tu nak warning dulu; nak tanya tu SOALAN BIAR BERTEMPAT okayy?? Tolongla jangan sampai niat murni aku nak tolong sikit sebanyak jadi perosak mood aku balik. Huwaaa. Kecewa weh baca soalan mengarut macam tu.

JANGAN tanya aku berapa yuran anda kena bayar untuk kos anda. Like seriously, kenapa tanya akuu?? Kalau anda, anda hafal ka semua yuran untuk setiap kos di uni anda? Brrr.

JANGAN tanya MARA or any other biasiswa ada provide tak untuk kos anda. Sekali lagi, not in my concern la untuk ambik peduli pasal tu. Kos journalism mungkin logik jugak nak tanya aku. Itu pun aku taktau sangat sebab aku dan kawan-kawan semua ambik PTPTN :)

JANGAN tanya macam mana payment bagai. Maaf, aku taktau. Aku dah lupa masa aku dulu macam mana.

Ok, anda boleh tanya soalan di komen bawah ni. Kalau aku tau dan aku rajin, aku jawab ya. Kalau aku taktau jangan marah pulak. REMEMBER, aku cuma seorang student biasa, bukan MPP, bukan pekerja. Aku terlalu biasa. Banyak yang aku taktau pasal UNISEL pun.. cuma aku offer soalan untuk sesiapa yang nak tanya benda yang aku MUNGKIN tahu. Okay :)

Till then.

p/s : doakan aku dapat result cemerlang untuk sem1 ni. Nak dean's list!!! (Update : sem 1 ni aku tak dean's list ahaha)


129 comments:

  1. Kalau course diploma in civil engineering boleh buat pinjaman mara and e pendahuluan mara tak ? Unisel shah alam.

    ReplyDelete
  2. salam kak.. sy ni baru nk masuk unisel s.alam... semua pelajar wajib tinggal di asrama ke? ada gambar bilik asrama? ty :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak wajib. boleh pilih utk cari rumah sewa terus 😀

      Delete
  3. salam, sukan futsal wanita ada tak kat unisel shah alam?

    ReplyDelete
  4. Assalammualaikum .. akak amik course ape ye? akak degree ke diploma ye? knpe mahal ye?
    please reply .. sbb dah ogos ni nak kena masuk dAh kena masuk dah ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya akak amik degree..aku 42k untuk civil eng (degree)

      Delete
    2. a'ah akk dgree :) hehe dah reply kat alyf ni kat instagram

      Delete
  5. Salam akak, kalau new intake mmg wajib kene duduk hostel ke ? sy dapat kos deg. in journalism jugak .intake october nt .. harap dpt beri tunjuk ajar sedikit sebanyak .. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam. tak wajib :) pilihan masing2 nak masuk hostel ke tak. ada kwn akk org shah alam jugak dia tak dok hostel. ulang alik dari rumah ja. slalunya sem2 org bru cari rumah sewa sbb time tu dah kenal kawan2, boleh sewa sekali kan. inshaallah ktorg senior2 akn tlg sdikit sebanyak :)

      Delete
  6. salam akak, kalau untuk kos perakaunan ada x untuk intake oktober? please reply or whatsapp me 0195682580

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumussalam. ada. both diploma and degree ada untuk intake oktober for accountancy. boleh refer sini http://www.unisel.edu.my/programmes.html

      Delete
  7. salam akak nak tanya untuk kos ijazah sarjana muda pengurusan sumber manusia ada tak intake untuk oktober ni ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumussalam. ada. boleh refer sini ya:

      http://www.unisel.edu.my/programmes.html

      Delete
  8. salam kak, kalau masuk intake oktober ini utk degree program, itu short sem ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. berapa fees utk short sem?

      Delete
    2. kalau degree short sem ni ..boleh apply ptptn tak akak ?

      Delete
    3. Boleh refer komen-komen diatas. Ada sy dh explain pasal kos short sem.

      Tak pasti short sem boleh tak apply pt. Sbb usually take time nak settlekan pt. And short sem is really short, like seriously.

      Delete
  9. Assalamualaikum kak. Nak tnye short sem kne byr sndri ke? Brape yea? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumussalam.

      yup, bayar sendiri.

      1 credit hour = rm300 (setahu sy la).
      so kalau 1 short sem tu amik 2 subjek, dan setiap subjek ada 3 credit hour, kiranya

      3 x 300 = 900 (per subject)
      900 x 2 subject = rm1800 utk short sem tu.

      kalau tak salah saya jugak, paling byk boleh amik dlm 1 short sem adalah 3 subjek.

      Delete
  10. Salam kak, akak tau tak biasanya beberapa hari atau jam untuk proses pembayaran melalui kaunter bank? Sebab kalau kat finance unisel, on the spot dah sahkan. Kalau online banking plak dlm 2-3 hari. Kalau kaunter bank Islam akak tau tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maksud awk yg yuran sem ke? Yg kena bayar before masuk sem? Kalau yg tu kat kaunter bank Islam terus bayar time tu, dan terus setel. Terus masuk system sbb dia mntak kita punya nama n I/c.

      Delete
  11. Askm..budak account lelaki ramai tak eh? Risau takde laki je huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam. budak2 fakulti business paling ramai. sy tak sure account ramai tak laki. alaa chill. kelas sy sorang je laki. boleh je dia survive. cemerlang pulak tu :)

      Delete
    2. Asalamualaikum saudara anas,awak da continue ke di unisel jurusan akaun?

      Delete
  12. Dekat unisel bj boleh free hair tak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat mana2 pun tak boleh selagi awak perempuan muslim.

      Delete
    2. Hehhee..jawapan yg plg terbaikk..hehe kat unisel bj ni berlmbk je muslimah yg free hair..so it depend on urself actually..

      Delete
    3. Hehhee..jawapan yg plg terbaikk..hehe kat unisel bj ni berlmbk je muslimah yg free hair..so it depend on urself actually..

      Delete
  13. Akak, kalau dpt score, bayaran yuran kurang eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. setahu sy lah.. ptptn bg kurang atau free terus kalau first class.. tak berapa sure details

      Delete
  14. Assalamualaikum Kak nk tnya intake untk diploma Ada berapa bnyk ?

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumussalam.

      1) saya ada dengar rumors ckp mulai sem ni short sem tak bayar sendiri dah. pt cover jugak
      2) 3x short sem. 1 tahun 1 short sem.

      Delete
  16. selamat sejahtera kak..tumpang tnya adakah pelajar diwajibkan tinggal asrama di kampus shah alam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam sejahtera :) tak wajib. ada yg ulang alik dari rumah sendiri. ada yg sewa rumah sendiri. ada yg tinggal di asrama. terserah masing-masing :)

      Delete
  17. salam akak.. sya nk tnya selain pt boelh x kita mohon mara.. untuk diploma study..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam boleh, tp depends on courses kot. Mungkin ada course yg Mara tak cover. Sbb dulu sy pernah tanya pasal Mara tp dorg ckp Mara tak cover kos journalism ni. Tp kawan sy amik diploma account dapat pinjaman Mara. So awk boleh refer Mara nak make sure course apa yg dorg cover

      Delete
  18. assalamualaikum akak,nk tnya?Unisel shah alam ad aktiviti apa lagi?dri segi sukan and kelab2 ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam. Banyak. Kelab peers guidance. Pastu yg panjat2 gunung tu apa tah nama kelab tu. Pastu gabungan pelajar semenanjung ka Asia ka apa ntah tak pasti nama dia. Kelab2 lain pun ada lagi tp sy tak aktif dlm kelab2 ni jd tak berapa tahu huhu -_-

      Sukan sy tak pasti. Tp sy perasan ada satu kelab tu selalu buat aktiviti fitness lah apa lah.

      Delete
    2. Kak court sukan apr yg ade eh??

      Delete
  19. Ada tak sesiapa dapat ijazah sarjana muda biotech kat sini di unisel yang akan bermula oktober 2016 nanti

    ReplyDelete
  20. Salam kak. Refund ptptn kene isi borang atau nanti dia auto-refund?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam. Sy tak sure sbb belum berpengalaman. Tp ada dengar2 ckp kita kena apply (isi borang).

      Delete
  21. apa beza kampus unisel (batang berjuntai) dan kampus unisel (shah alam) , mcm saya dpt kos ISM pengurusan sumber manusia untuk intake ogos xlme lgi? saya dimsukkan ke kampus unisel (batang berjuntai) or kampus shah alam ?thanks hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bj which is main campus so environmentnya sgt beza dgn shh alam..bj campus apartment hostel n look exactly like ipta.huge n comfortable.tp akademi btween shh alam n bj sama je..cuma ad program under bj n certain shh alam.progrm u under shh alam.

      Delete
    2. Bj which is main campus so environmentnya sgt beza dgn shh alam..bj campus apartment hostel n look exactly like ipta.huge n comfortable.tp akademi btween shh alam n bj sama je..cuma ad program under bj n certain shh alam.progrm u under shh alam.

      Delete
  22. hi akak...i dapat masuk diploma in seni reka grafik digital..kosnya pulak 14k..so mcm mane i tak phm..14k ni utk satu sem ke or overall???27 ni i kena join...

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  23. Assalamualaikum akak. Saya join unisel 27/8 ni kos degree digital grafik tapi kena temuduga kat kampus bestari jaya. Lepas habis temuduga kena datang kampus shah alam eh?

    ReplyDelete
  24. assalammualaikum..unisel ada intake januari 2017 tak??..nak masok blan 10 ni ada msalah skit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada jer intake untuk januari ni... 21 januari ni pendaftaran...kalau ada apa2 masalah boleh buka website unisel untuk call bahagian pemasaran

      Delete
  25. THANK YOU SISTER...IT HELP ME SO MUCH....NICE EXPLANATION ABOUT UNISEL

    ReplyDelete
    Replies
    1. happy that i can help, even just a little :)

      Delete
  26. Assalamualaikum kak. Hostel untuk students di Shah Alam campus, berhampiran dgn campus ke? And ada shuttle bus provided or kena drive/naik public bus?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam. Hostel tak dekat sgt dgn campus. Still possible utk jalan kaki. Tapi penat la nak jalan. Bas tak provided. Drive/public bus/taxi. Ada bus free setiap pukul brapa ntah sy dh lupa.

      Delete
  27. Salam kak saya dapat kos business agak2 total fees die bape ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Entahla wak. Sy pun taktau nak agak berapa.

      Delete
  28. Nak tanya sikit.
    Boleh tak kalau belajar di kampus shah alam tapi tak nak tinggal hostel?
    adakah wajib tinggal hostel?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak wajib duduk hostel. Terserah diri masing2.

      Delete
  29. nak tanya..yuran pendaftaran almost 2k kna..yuran untuk sem pertama kne bayar tros ke? or potong ptptn ?

    ReplyDelete
  30. Ada tak yang masuk degree intake oktober ni..

    ReplyDelete
  31. Ada tak yang masuk degree intake oktober ni..

    ReplyDelete
  32. salam kak...master part time ada x kt unisel?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam. ada certain kos ja yg ada master di unisel, tapi maaf sy taktau kos apa dan part time or full time ja.

      Delete
  33. Nourhatzryn yienz11 November 2016 at 02:29

    Salam..tumpang tanya..mmg kat website unisel xde fee structures ke atau saya yg x jumpa ye..kalau ade tlg screenshotkan atau post kat mana2 yg sya leh tgk..sy nak compare fees utk phd courses..thanks in advance

    ReplyDelete
  34. Kak sy intake jan 2017. Sy nk tnya ptptn cover kos pngajian dan fee hostel dalam kampus setiap sem ke. Atau fee hostel dalam kampus ditanggung oleh student snd. Sy mohon sngt2 pnjelasan dari akak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf sgt sbb lambat reply. Jumlah pinjaman ptptn dpt depends on gaji parent/penjaga kita. Ada yg dpt byk cukup utk cover semua kos pengajian dan boleh guna belanja sndiri (byar hostel fees,makan dll). Ada yg dapat kurang. Mcm sy sndiri total bayaran utk kos sy adalah rm35k. Tapi sy cuma dapat ptptn rm30k. So lg 5k kena bayar pakai duit sndiri, apatah lagi hostel/sewa rumah, makan dll. Semua duit sndiri.

      Delete
    2. Tima kaseh atas info yg akak bagi

      Delete
  35. assalamualaikum. Saya nak tanya pasal yuran.Kawan saya ada bagitahu yuran pendaftaran dan asrama hanya bayar rm 1000 dan selebihnya ditanggung oleh kerajaan negeri. betul ke?

    ReplyDelete
  36. assalamualaikum, kak nak tanya macam intake untuk mac 2017 memang xbanyak offer ye ? harap akak boleh bantu ye, tq :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xbyk sbb tu sem pendek..so klau nk kna tggu intake ogos lah..
      Nk masuk nnti sebut nma abam..hahaha

      Delete
  37. Wah, thanks atas info kak. Lega sikit hati bila bc blog ni tentang unisel. Sbb insyaAllah bln 7 ni sy akn masuk dkt unisel shah alam. Agak frustated sikit awalnya bila tau unisel bestari jaya lg nmpk cm ipta. But after bc blog ni, sy rasa lg bersemangat nk bljar kat sana. Tq so much 😊😊😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. amik course apa ye awak amsuk intake 7 ni?

      Delete
  38. Saya dapat tawaran kemasukan UNISEL dalam pengajian tahun asas (sains) tapi saya stay nak tunggu upu dulu but kat surat tawaran tuk suruh saya ws untuk pengesahan.. So dulu sis pun kena buat benda yg sama jugak ke?.. N course nie kat kampus mana? Kalau saya ws after dpt upu boleh ke?

    ReplyDelete
  39. saya nak tanya ramai tak lelaki ambik course business kat unisel? saya dpt tawaran intake bulan mei.. register kt bj but course business kat shah alam.. lepas register saya kene gi kapus shah alam ke?

    ReplyDelete
  40. Nak tnya hostel unisel shah alam tu yg tempahan rumah tu ke ?? Kene tempah awal2 kan awk . Sye msuk bulan 7 ni budak bru tk berapa faham la

    ReplyDelete
  41. saya nak tanya ni sorry sya thu akk dh ckp tapi biasiswa utk anak selangor ssh atau senang ye nak dpt? Kalau non-residents tu jauh ke dari UNISEL kalao jalan kaki ?

    ReplyDelete
  42. ape dah jadi dengan UNISEL sekarang.. aku belajar sana tahun 2005- 2008 diploma biotek dulu kat sana dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. same la aku belajar sana tahun 2005- 2008 diploma biotek jgak..ko sape ??

      Delete
  43. Salam akak...sy nk tnya...ad sy jumpa satu kos ni dia tulis rm20k lbih...so sy nk tnya rm20k tu utk stp sem ke or utk overall? Lps tu nk search kt mana ek psal pnrgn cth kalau asrama kena byr brpa kalau utk satu sem kena byr brapa ada x? Sbb sy x jumpa cari...Sori kalau soalan sy brbelit sikit hehehe

    ReplyDelete
  44. Replies
    1. Thank you! Now i dah graduate. Doakan dapat kerja baik2 ya 😊

      Delete
  45. Hai sorr6 ganggu sis yutan ditulis kene pengesahan kene byr before 15 hb ni ..mksd dia yuran semua ke pendaftaran+kolej kediaman ke..x phm..sorry hakak

    ReplyDelete
  46. dpt dean list yuran ptptn x yah bayar kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 3.50 dah dean's listed. Tapi untuk free pt kena first class iaitu 3.60 ke atas.

      Delete
  47. salam akak boleh saya tahu dimana laman web yang boleh saya tengok kelayakan spm untuk diploma.sebab saya cari tak jumpa

    ReplyDelete
  48. akak, kalau apply asasi unisel yuran pngajian free kan? pstu kene byr apa lagi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak. To be honest saya taktau pasal asasi. Cuba google atau call unisel tanya.

      Delete
  49. My dear, I hope you've got your dean's list as you wanted. I totally agree with you on the accommodation. Actually UNISEL is the best so far in terms of academy and fees structure. My son studied there and is very successful.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you so much auntie. Now I can say that i'm a proud unisel graduate, and i believe your son is too. I have graduated with a first class degree last November:D

      Delete
  50. Kak kalau markah merit 69 kira layak tak kalau masuk sini kalau ekotkan pendapat kak

    ReplyDelete
  51. unisel intake 1 tahun berapa kali?

    ReplyDelete
  52. Assalam akak,, sy dpt offer diploma in communication and media di unisel,, susah x eh course ni???

    ReplyDelete
    Replies
    1. course ni tk susah, lect sporting, tpi skrg x de kt shah alam dah.. ada kt unisel bestari jaya

      Delete
  53. salam anak saya dapat kos acct. Tapi saya risau sebab dia aliran sains.. takut x leh survive sbb dia x der basic acct. Apa pandangan u?

    ReplyDelete
  54. Kalau masuk unisel ni keluar degree dngn diploma . Senang dpt keje tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lihat pada pointer awak. Kalau pointer cgpa awak bagus mudah untuk dapatkan pekerjaan.

      Delete
  55. Kalau duduk unisel bj . Then nk pegi mall jauh tak? Brpr minit

    ReplyDelete
  56. Aslm.kak kalau ambil asasi dekat unisel lepastu degree nak ambil dekat u lain pulak. Boleh tak? Mohon pencerahan. Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. utk asasi percuma yng ditaja k'jaan ng, kene byr balik baru dorg bgi cert asasi utk pi degree u lain.

      Delete
  57. Hi dear ada tak kawan2 yg u kenal yg study or ad pengalaman dlm dip in pengurusan industri sukan. If ada can u drop their contact to sitisyafiqahkeris@gmail.com thank you 😊

    ReplyDelete
  58. salaam,kak area nk tgk wayang kat Unisel Shah Alam tu jauh tak.Saje tnya klau2 lah stress sgt dg assignment boleh released stress.

    ReplyDelete
  59. Assalam akak...blh ke klau mohon unisel buat kali kedua sebab sy dpt twrn ijazah bioinformatik.

    ReplyDelete
  60. Sbb
    sy minat sgt dgn kos komunikasi(kewartawanan) tapi x dpt

    ReplyDelete
  61. Untuk unisel shah alam...wajib tinggal asrama ke?

    ReplyDelete
  62. Assalamualaikum, nak tanya fees hostel Kampus BJ. Dah cari dkt Web unisel tak ada. Ada yang dah jumpa ke? Kalau ada SS please 😣😣😣😣

    ReplyDelete
  63. Assalamualaikum kak sy nk tanya kalau sy ni lepasan diploma unisel boleh tk mohon upu online pasal sy lihat unisel tk de dalam list uni goverment jd boleh mohon k??

    ReplyDelete
    Replies
    1. yo aku rasa kena contact uni yg ko nk masuk bukan sini. dan apa salahnya sambung dekat unisel degree, degree 30 ribu murah kot ada orang kata mahal???? aku contact 30 uni swasta semua intake yuran dekat 40 50 60 ribu average. setakat asrama ja buruk buat apa dah masuk tu aku sujud syukur ja

      Delete
  64. hi kak, nak tanya unisel ni ade elaun tak every month?

    ReplyDelete
  65. hi kak, nak tanya unisel ni ade elaun tak every month?

    ReplyDelete
  66. Hi, kak.
    Saya cuma nak tanya ttg etika pakaian di unisel. Bagi yg non-muslim punya...
    Lengan pendek boleh dibenarkan tak?

    ReplyDelete
  67. Salam kak, unisel ad tk elaun?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh mohon skim SELFA nanti dapat elaun RM 300/sebulan

      Delete