Assalamu’alaikum
Siapa-siapa yang dah lama baca
blog aku, ingat lagi dak aku penah tulis kat sini dulu yang aku dapat sekotak
besar hadiah dalam tu ada macam-macam? Hee. Bapak best masa tu gila ah tak
expect langsung. Thank you so much Momoy!
Manusia mana tak suka hadiah kan.
Pompuan mana tak suka barang macam-macam kan. Memang dah nafsu ke arah tu. J
Haa kan aku ada cerita salah satu
barang dalam kotak tu adalah traditional home made scrub jenama Kosmo. Pastu aku
janji nak buat blogpost pasal scrub tu. Peristiwa tu berlaku hampir setahun
berlalu dah wahahahaa. Teruk nau aku ni. Hihi. Dah lama nak tulis tapi mood tak
sampai. Semalam guna scrub tu baru dapat feel.
Yang aku dapat tu adalah scrub
kopi and santan.
Cara guna dia senang ja.
1. Amik
satu bekas kecik. Mangkuk pun takpa. Dan juga sudu besar.
2. Masukkan
serbuk kopi 2 sudu ke dalam bekas. Jangan segunung sudu sebab nanti lebih
banyak. Sesudu biasa biasa ja.
3. Masukkan
2 sudu santan.
4. Kemudian
gaulkan pakai sudu tu hingga sebati.
5. Tonyoh
kat semua kawasan yang nak discrub. Biar jap dia meresap dalam kulit.
Konon-konon la. Aku imagine camtu.
6. Bilas
and tadaaa! Siap. Gerenti terus obsess dengan kulit sendiri like seriously.
Bau dia terbaik lah. Betul-betul
bau kopi and santan. Tambah lagi si kopi tu. Bau sangat-sangat. Cuma bila dah
guna takdala lekat bau kat kita. Taakk. Pelik pulak kan kalau keluar
jalan-jalan orang bau kopi kat kita. Atau bau santan -_-’ Just bila bukak botol
and bila guna tu memang bau pehh kekopian yahamat. Bau tak lekat badan ya.
Aku ni jarang-jarang guna scrub
tu. So maybe bila lama tak scrub sel-sel kulit mati pun menebal atas kulit
kita. Maybe la. That’s how I imagine based on pembacaan-pembacaan pasal fungsi
scrub ni. So, bila sel-sel kulit mati banyak, kulit kita pun tak rasa smooth
la. Sebab tu kita kena scrub. Bagi hilang segala kulit mati tu di samping boleh
guna sental segala jerawat pasir ke apa kat kulit kita. Ramai kan orang ada
masalah jerawat kat badan, kat bahu, belakang. Sebab tu kena scrub
sekali-sekala. Haaa
Lepas scrub serious ah jadi obsess
dengan kulit sendiri. Kita akan keliru adakah ni kulit kita atau kulit bayi. Kita
akan rasa sebak sebab tak siapa pun pernah bagitau yang kita mampu untuk dapat
kulit macam bayi. Rasa macam impossible. Tapi pehh jadi betul-betul weh. Tu pun
kalau anda scrub dengan gigih la. Betul-betul tonyoh seikhlas hati. Lepas bilas
serious terbaik. Aura kebayian meresap kedalam jiwa katang. Yang si kopi
bertugas untuk menyental segala kekotoran. Si santan pulak bagi lembap. Pehh.
Nora bagi 5 bintang!
Tapi efek betul-betul bayi tu cuma
rasa beberapa jam jela. Lepastu rasa biasa balik. Maybe sebab santan dah hilang
kot. Tssk. Tapi kira okay la kan sebab sel-sel kulit mati dah dibuang. Jerawat
pasir blackhead whitehead pun semua dah kena sental. Boleh buat sendiri kat
rumah pulak tu. Sesuaila untuk manusia-manusia macam aku ni yang jenis taknak
habiskan duit untuk spa.
Sebotol tu aku tak pasti tahan
berapa lama. Sejak dapat dulu aku rasa ada dalam lima kali jugak aku guna tapi
sampai sekarang tak habis-habis lagi. Kat bawah ni aku masukkan sikit info kat botol dia. Apa-apa hal, nak beli ke apa, nak tanya apa-apa, sila contact Momoy ya. Kat sini pulak ada kalau anda nak tengok produk-produk D Home Spa yang lain.
Lulur Mandi Biji Kopi: Mengandungi Anti Oksidan yang tinggi untuk menyegarkan badan, melembutkan, memutihkan kulit, menghilangkan kesan hitam pada celah paha dan menghilangkan keletihan (stress).
Gel Mandian Santan Kelapa : Lulur santan yang dirumus secara semulajadi tanpa menggunakan bahan kimia berperanan untuk menyingkirkan sel kulit mati, merangsang keanjalan kulit dan memberikan kelembapan. Disamping itu, lulur santan berkesan mengurangkan risiko kulit gelap akibat terdedah kepada cahaya matahari. Lulur santan yang mengandungi asid laurik berkesan merangsang pertumbuhan kolagen dalam sel kulit dan bertindak melindungi kulit daripada jangkitan kuman.
Produk tidak menggunakan sebarang bahan kimia merbahaya atau pengawit. Sesuai untuk semua jenis kulit.
Kopi : RM15.90 (SM) RM19.90 (Sabah & Sarawak) Brunei/Sgd $11.00
Santan : RM12.90 (SM) RM14.90 (Sabah & Sarawak) Brunei/Sgd $8.90
No comments:
Post a Comment