>

Sunday, 15 June 2014

Ayahku bukan ayah yang derhaka

Assalamualaikum

Ayah aku adalah ayah yang baik, yang soleh. Ayah aku bukan ayah yang derhaka kepada anak-anaknya. Ayah dah pilih pompuan yang solehah dan jadikan dia seorang isteri sekaligus ummi kepada anak-anak ayah. Ummi aku lemah lembut, menutup aurat, terlalu sayangkan anak-anak dan rajin baca al-Quran. Bukankah itu cukup menunjukkan ummiku seorang wanita solehah? 

Selain itu, ayah aku juga dah bagi nama yang baik untuk kesemua 8 orang anak-anak ayah, alhamdulillah.

Ayah aku juga dah ajarkan secara tak langsung kepada kami Al-Quran. Dari kecik kami dah dihantar mengaji, lepastu masuk sekolah rendah pergi kelas kafa untuk belajar dengan lebih meluas, then masuk sekolah menengah pun masih diajar Al-Quran. Siapa yang bayar untuk semua tu? Tentulah ayah! (mungkin dengan sokongan ummi. Aku taktau sangat sistem kewangan keluarga kami huhu). 

Demikian menunjukkan ayah aku dah lengkap dengan ciri-ciri bukan ayah derhaka. Tu belum lagi aku cerita pasal banyak benda ayah aku boleh buat. Belum lagi aku cerita pasal ayah yang tak ajar kami makan depan kawan tanpa pelawa, ayah yang suka tanam pokok, ayah yang suka call tanya aku nak hadiah apa masa kecik kecik dulu tiap tiap kali birthday, ayah yang tulis surat cinta suwit suwit dengan ummi yang aku dengan kaklong accidentally jumpa dan baca lepastu gelak takmau mau hahahah, ayah yang suka buat lawak merapu dan banyaaak sangat lagi.

Kenapa tetiba ja ni tulis pasal ayah bukan derhaka?

Diceritakan masa zaman Khalifah Sayyidina Umar al-Khattab, ada sorang laki mai ngadu dekat Sayyidina Umar tentang anak dia yang derhaka kat dia. Sayyidina Umar sebagai seorang yang adil dan takkan bertindak melulu tanpa usul periksa pun panggil anak yang dikatakan derhaka tadi tu. Lepastu anak tu tanya Sayyidina Umar, "Boleh dak sorang ayah derhaka kepada anaknya?" <-- soalan lebih kurang macam ni. Anak tu tanya hak seorang anak la kiranya. Sayyidina Umar pun jawab "Boleh". Anak tu pun mintak explanation yang lebih. Sayyidina Umar pun kata, 

"Seorang ayah boleh jadi derhaka kepada anaknya kerana 3 perkara. Yang pertama, jika dia pilih seorang isteri yang tidak solehah untuk diletakkan benih di dalamnya. (Bahasa mudahnya, kalau ayah tu tak cari pompuan yang solehah untuk dijadikan isteri sekaligus ibu kepada bakal anak-anaknya). Kedua, kalau ayah tu namakan anak dia dengan nama yang tidak baik. Ketiga, kalau dia tak ajarkan anak dia baca al-Quran"

Lepastu anak tu pun kata , "Kalau begitu, ayahku telah menepati 3 kriteria bapa derhaka tersebut. Ayahku telah memilih seorang wanita yang tidak baik, ayahku telah memberiku nama yang bermaksud kelawar, dan ayahku tidak mengajarkanku al-Quran"

Selamat Hari Ayah, Ayah! Thanks for everything and never forget that we love you so much. <-- ayat tipikal tapi ikhlas dari sorang anak kepada ayah yang soleh.






8 comments:

  1. Assalamualaikum..saya baru tahu kriteria ayah derhaka tu. Mcm tu rupanya. Alhamdulillah dikurniakan ayah yang bertanggungjawab. :)
    Salam singgah ^_^

    ReplyDelete
  2. teringat abah kt umah.. lelaki misteri.... tp ada taman lm hati...
    buat abah,,, i <3 u so much...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg ramai ayah2 mcm tu. tak byk ckp compared to mak, garang, tp dlm hati dia Allah ja tau

      Delete
  3. tabik pada ayah ecan
    ayah ecan kalau baca ni pun tentu dia bersyukur dapat anak macam ecan.
    nice entry dear ecan =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. rindu momoy. dah lama momoy tak tulis entry yang happening. huu

      Delete