Assalamualaikum
Disebabkan aku percaya bahawa pembaca blog aku paling muda pun dah sekolah menengah, jadi aku yakin sangat aku tak perlu habaq apa maksud tak-boleh-semayang tu. Kalau ada yang tanya lagi kakcan semekdown baru hang tau erti penyesalan.!
Baru tadi aku terpikir pasal nak buat entry ni. Sebab sedar, kadang-kadang diri sendiri pun macam lost habis time tak semayang. Seriyes rasa jauh dari Allah. Dahla emosi tak stabil, tambah pulak jauh dari Allah, memanglah rasa dahsyat tu jadi double triple punya ganda dahsyatnya. Semuanya gara-gara dah tak semayang, ibadah lain pun jadi tak berapa buat. So, lepasni harapnya kita lebih mendekatkan diri dengan Allah walau di waktu mana pun.
So, apakah ibadah yang dapat dilakukan ketika tak boleh semayang?
Ehem.
Pertama, kita boleh zikir!
Zikir ni waktu bila pon boleh buat. Time masak, time basuh baju, time kemas rumah, time jogging, time online, time sebelum tidoq dan lain lain lagi. Zikir la weh. Sesungguhnya dengan mengingati Allah tu hati menjadi tenang. Trust me, kalau hang rasa lost, rasa kosong, rasa sedih, rasa happy, rasa letih : zikir. Baca "Subhanallah" "Alhamdulillah" "Allahuakbar" "La'ilahaillallah" & banyak lagi zikir kita boleh amalkan. Baca Asma'ul Husna (99 nama Allah) pun boleh.
Kedua, kita boleh cuci hati dengan istighfar!
Istighfar tu inshaallah menghapus dosa. Sambil istighfar tu bayangkanla hati tengah diberus lembut-lembut bagi cuci. Seronok ja rasa, bayang macam tu hehe. So, istighfar lah selalu. Tak perlu ada masa tertentu. Buatla bila-bila pun. Asalkan bukan time hang dekat tempat maksiat (contohnya beristighfar sambil melepak dalam disko?!), dan bukan dalam toilet. Istighfar tu yang baca "Astaghfirullahal'azim".
Ketiga adalah berdoa!
Doa senjata kita. Doa tak perlu wang ringgit, tak perlu ada waktu tertentu. Boleh buat bila-bila masa. Kalau tak salah aku, amalan yang kita buat hari-hari, time period pun boleh buat. Contohnya hang dah biasa amalkan baca ayat Kursi, 4 Qul & lain-lain lagi ayat dari Al-Quran tiap-tiap malam sebelum tidoq. So, time period pun boleh teruskan amalan tu, dengan syarat niat sebagai doa, bukan sebagai niat baca Al-Quran. Tu yang aku paham. Selain dari tu, doa apa pun hang nak mintak time period, boleh ja.
Keempat, selawat ke atas Rasulullah sallallahu'alaihiwasallam.
اللهمَّ صلِّ على سيِّدنا محمَّد وعلى آلِه وصحبِه وسلِّم
Selawatlah sebanyak mana hang mampu. Kalau boleh seribu kali sehari pun takpa. Kalau tak mampu, kurang lagi pun takpa. Yang penting hang selawat. Tak malu ka nanti nak mintak syafa'at kat Nabi Muhammad sallallahu'alaihiwasallam padahal kat dunia ni hang jarang-jarang selawat kat baginda.
Kelima, dengar bacaan al-quran & ceramah-ceramah agama (majlis ilmu) & baca buku agama
Dahla emosi tengah bekecamuk, pastu takkan nak tambah dengar lagi lagu-lagu yang membuatkan kita lagi jauh dari Allah, ye dak? Tu kita kena dengar ayat suci al-quran, inshaallah hati tenang. Selain tu dengar ceramah agama, baca buku agama, boleh tambah ilmu, tambah iman inshaallah. Sia-sia hidup kat dunia ni kalau tak kenal agama.
Okay, banyak lagi yang kita boleh buat sebenarnya. Ni kira ibadah ibadah biasa yang boleh kita buat waktu bila pun. Contoh lagi adalah sedekah, buat kebajikan dekat orang lain and etc etc. Hampa semua boleh cari buku pasal "ibadah semasa haid atau nifas" kalau nak lebih sempurna dan details. Semoga lepasni kita tak sia-siakan waktu tak-boleh-semayang kita dengan alasan aku period so aku tak boleh ibadah. Kakcan tibai tanpa henti selama lima belas menit satgi haa.
May Allah bless us all
Wassalam
kakcan. entry kakcan semua membantu saya. thanks kakcan i love u *gigit kuku* - anonymous misteri
ReplyDeleteI love you too sengal. Kuku potong dak tu?
DeleteBoleh potong kuku sendiri dak time takleh smayang?
ReplyDeletetaktau
Deletesalam dear ecan. huhu,....momoy ada masa lebih kurang 10 minit so momoy buka blog. hoho
ReplyDeleteentry momoy yang lain tu semua schedule entri.
pasal entry ni, syukur ecan buat entri nih
memang dah lama duk cari2 kalau2 ada blogger yang cerita pasal nih
thx u ecan. nih sayang pada ecan tambah 20% lagi nih
kalau time tak boleh solat , momoy selalu amal zikir nih
Bismillahi-masihi-Allah
baca banyak2 tak kira masa
zikir ni boleh lindungi diri dari ganguan jin yang suka duduk dekat pompuan yang uzur
sebelum tido pula, tak lupa untuk ambil wuduk dan baca doa, surah 2 qul dan zikir tu lg
yang ni ustaz ajarkan . momoy tengok rancangan program apa ntah dalam tv (al-kuliyah kot) bebrapa bulan lepas. dia yang ajarkan.
hehe 20% tu yg takleh belah haha
Deletetapi momoy, ecan try gugel bismillahi masihi Allah tu sebab tak penah dengar. pastu gugel pun tak jumpa. ada jumpa yang paling nak dekat sama tulis "bismillahi masya Allah". Zikir tu untuk orang yang kena gangguan jin. lebih kurang la kot? huhu. taktau jugak. atau memang betul bismillahi masihi Allah, tapi orang ramai taktau so tak masuk dalam gugel. Wallahu'alam.
a'ah, berwuduk sebelum tidur atau sewaktu marah dibolehkan untuk orang uzur. :) betul betul. boleh amalkan.
thanks momoy sebab share ilmu :)