Assalamu’alaikum
Hai. Memandangkan malam ni aku
takda nak kalut kalut dengan assignment kelas, jadi aku membuat keputusan untuk
menulis. Ni kira assignment peribadi la since aku memang stress kalau lama-lama
tak menulis. Rasa stress tu macam stress assignment tak setel. Over tak aku?
Hihi. Padahal menulis blog sendiri ja pun. Doanya supaya nanti bila dah keja passion
menulis semakin kuat. Dan semoga passion aku ni jadi jambatan menuju ke syurga
Firdaus. Amin..
Siang tadi keluar result SPM. Tu topik
aku nak sembang harini.
Aku dulu masalah teruk masa tahun
SPM. Teruk yang amat sampai totally lost focus dalam pelajaran. Teruk akademik
dan disiplin. Memang out lah. Rasa macam mayat hidup. Menghitung hari nak keluar sekolah. Muka aku mungkin nampak
kosong, nampak biasa ja. Tapi dalaman Allah ja yang tau tahap seksa macam mana
nak habiskan persekolahan. Sampai keterukan tahun tu membawa kepada result SPM
yang teruk. 3A 3B and the rest is history.
Keluar keputusan UPU, ya as
expected, memang aku tak dapat mana-mana tawaran IPTA.
Keputusan matrikulasi : Aku
dapat, tapi pure sains (SPM aku pun sains) so aku memang tak nak hadap dah.
Tambahan sebab aku tolak matrik adalah sebab aku dapat tau ramai kawan-kawan
sekolah dulu masuk matrik yang sama. Aku betul-betul taknak hadap muka-muka
zaman sekolah dah. Terlalu perit nak rasa situasi yang sama. Aku nak move on. Aku
nak lupakan cerita lama. So kalau nak senang move on suasana kena berubah. Sebab
tu aku taknak tengok muka-muka budak SMKAK dah masa tu. Aku nak move on betul
betul. So, matrik aku tolak.
Tawaran STPM, pun aku tolak.
Sebab sains. Aku trauma dengan akademik teruk sangat masa Form4 Form5. Rasa
macam taknak ingat apa apa dah yang berkaitan sekolah.
Ayah suruh apply macam-macam.
Bukak paper, ada iklan segala kolej/university, semua ayah suruh apply. Swasta
tak swasta tak kira dah. Asalkan nak tengok aku sambung ngaji. Thanks ayah I love
you forever. Ummi too!
Sampai satu hari tu aku dapat
tawaran masuk Kolej Profesional MARA Indera Mahkota, Kuantan dalam jurusan
Diploma in English Communication. Since aku memang suka English. SPM pun English
A. Jauh di Kuantan. Takda kawan-kawan SMKAK disitu. Yuran terlalu murah. Tiada
pinjaman langsung (bebas hutang 100%). Totally supported by MARA. Elaun bulanan
dapat. Aku boleh mula hidup baru yay Alhamdulillah! J
Sambung di KPMIM, hidup tak
semudah yang disangkakan. Ada ja orang pikir “English ja pun..kos senang..”
Eheh. Jangan pandang rendah weh. Bukan English SPM. Aku pun mungkin jenis boleh
menulis, tapi nak bercakap tu tergagap-gagap sebab kat rumah tak practice
English. So, dapatlah CGPA only 3.06 masa grad diploma.
Tapi sungguh, bila direnung
balik, bukan result tu yang aku nampak hasil daripada belajar di Kuantan. Allah
dah tetapkan jalan hidup seseorang tu kan. Aturan Allah tu sangat indah bagi orang yang berusaha. Alhamdulillah, dekat Kuantan lah aku
semakin mematangkan diri. Dekat Kuantan aku mula hidup baru sebagai pelajar
biasa, bukan pelajar bermasalah lagi dah. Dekat Kuantan aku makin nampak dunia
sebenar ni macam mana rupa dia. Dan paling penting, dekat Kuantan lah permulaan
aku mula berubah ke arah yang aku harapkan Tuhan redha. Duduk sekolah agama 5
tahun langsung tak terdetik nak bertudung labuh berstokin berhandsock, dekat
Kuantan juga rupanya makcik Hidayah piat telinga aku.
Alhamdulillah!
Adik-adik,
Bukan result, bukan kos, bukan
kerja yang Allah nak nilai kita sama ada pass masuk syurga atau tak. Allah
jadikan kita ni untuk beribadah kat Dia. Makna kata hidup kita ni semuanya
berbalik kepada Dia jugak. Takda guna result gempak jawatan besar kalau buat
kita semakin jauh dari Tuhan.
Alhamdulillah. Aku bersyukur
sangat. Macam ni rupanya jalan cerita hidup aku masa lepas SPM. Walaupun SPM
teruk sangat, walaupun tak sambung ke IPTA femes, walaupun kos ‘cuma’ English,
tapi melalui jalan ni la aku buka langkah mendekati-Nya. Asalkan jangan give
up. Move on!
Kos apa pun yang kita ambik,
kembalikan kebaikan tu pada agama Allah. Contohnya, sekarang kan aku dah
sambung degree kat UNISEL dalam Masscomm majoring Journalism. So, target aku pasni
adalah nak kerja kat syarikat pengeluar majalah ke apa (Karangkraf contohnya).
Aku nak menulis benda yang bermanfaat pada manusia. Pada agama. Nak dakwah. Semoga
Tuhan redha dengan kerja aku.
Ingat tau adik-adik, jangan
sangka orang yang berjaya cuma adalah orang yang jadi doctor, engineer, pilot
atau kerjaya glamour yang lain. Tak. Semua orang ada kelebihan kekurangan
masing-masing tau. Contoh sorang kawan aku. Dulu dia straight As SPM. Sambung degree Biomolecular. Graduated dengan first class degree. Kira mantop lah sebab kos susah kan. Pastu dia sambung pulak degree dalam Journalism, sama macam aku. Last sem result kami sebijik sebjik. Padahal dia budak bijak, aku cuma 3A SPM. Tapi result sama ja. Bukan aku lekehkan dia. Tak. Dia memang hebat sains. Tapi mungkin dia kurang sikit dalam seni bahasa Inggeris ni. Setiap orang ada kekurangan. Dan aku nampak dia usaha atasi kekurangan dia tu. Semoga kami sama-sama berjaya, amin!
Bidang kerjaya ni terlalu luas tau adik-adik.
Jangan sempitkan dengan kata yang bukan doctor tak berjaya. Tak. Dunia ni kena
balance. Manusia perlukan macam-macam nak hidup. Kena ada mekanik, kena ada
usahawan, ada nurse, ada TNB dan macam-macam lagi.
Apa-apa hal pun, jadikan kerjaya
kita tu bermanfaat untuk Islam. Dan jangan cuma pandang tempat kita belajar
sebagai tempat dapatkan sijil. Jangan. Pandanglah dengan lebih meluas. Target tinggi lagi, iaitu syurga! Macam
cerita aku tadi, aku tak kecewa dapat masuk KPMIM ‘saja’ berbanding kawan-kawan
lain yang masuk university hebat-hebat. Sebab aku nampak sesuatu yang jauh
bernilai daripada CGPA aku. Kat situlah tempat aku diheret dan dileter makcik
Hidayah. Kat situ lah aku amik langkah pertama untuk berhijrah. Kat situlah aku
berjaya jadi orang baru. Taknak bersyukur lagikah aku?
Alhamdulillah!
Lastly, doakan aku berjaya di
dunia dan akhirat ya. May Allah bless us all.
p/s : As usual, tajuk entry aku letak mesti tak best/tak tepat dengan isi entry. Lemah betoi weh nak bagi tajuk tajuk nih adoi
Alhamdulillah, mari same2 mntapkn diri.. :)
ReplyDeleteBg je tajuk ape2. Asalkan isinye mantop ;)
ReplyDeletetotally agree! rezeki ada di mana-mana, usaha dengan tak usaha ja. good luck!
ReplyDeleteAlhandulillah. rasa terkesan dlm hati. momoy doakan dear ecan berjaya gapai apa yg ecan impikan.
ReplyDeleteAssalamualaikum... Saya najihah..saya nak tnya...saya bru dpt tawaran utk temuduga English for communication dkt kpm...jadi,saya nak tanya,akak dulu ada tak kena temudga? Tq :)
ReplyDeleteWa'alaikumussalam. :)
DeleteAkk dlu takda temuduga dik. Seingat akk lah.
same with meee 🤒
Deletesame with meee 🤒
Deleteassalammualikum..boleh saya nak tahu tentang peraturan kpmim?
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteakak nak tnya, smkak tu smka kerian ke smka kedah ? hee saya smka kerian, smbung kpmim kos english jugakk !uhuhu excited ciket
ReplyDeletesaya smka kedah dulu. pernah jugak dengar smka kerian sebab kawan2 pernah buat lawatan ke sana dulu. hehe.
Deletebaca lagi.. tengah down nih. semoga momoy dapat buat juga mcm ecan. kalau tak dapat banyak. sedikit pun momoy bersyukur. thx dear ecan dengan tulisan yg ikhlas dari hati
ReplyDeleteHello, i'm currently a DEC student at KPMIM. I'm really amazed by your story. You're right. cgpa, course and institute doesn't determine your future. What determine your future is your relationship with Allah S.W.T xD
ReplyDeleteboleh tak saya nak tahu, kalau pergi interview soalan apa je yg dia tny
DeleteAssalamualaikum
ReplyDeleteHye akak nak tanya sy budak dec last sem ...sy nk mintak pendapat akak psl internship sy tk thu nk apply mana.. . Kalau boleh sy nk avoid writing im more to communication
bole saya tau kalau interview soalan apa je yg ditanya?
DeleteAssalamualaikum kak saya tanya boleh ke lepasan DEC nak SAMBUNG degree in masscom kat uitm?
ReplyDeletewaalaikumussalam. boleh je. ada kawan2 DEC akk yang ambik masscomm uitm. kebanyakan lepasan dec mmg akan further in communication jugak. ada masuk uitm, usm, uia, unisel. merata rata lah. good luck!
Deleteassalamualaikum kak apa pendapat akak tentang course ni susah tak?
ReplyDeleteSalam kak. Kalau mcm saya ni nk ckp english gagap bertulis pun grammar tk bagus. Agak² boleh servived tk dlm DEC ni?
ReplyDeleteSurvived*
Deletewaalaikumussalam. sorry saya baru baca komen ni. inshaallah saya rasa boleh survive kalau tak putus asa. Saya sampai sekarang pun tak lah fluent sangat. Sebab nak excellent dalam bahasa, kita kena selalu cakap dalam bahasa tu. dan surrounding saya pulak bukanlah fully in english. jadi bila tak cakap sangat, jadilah tak fluent. jangan rasa down. awak akan belajar kat sana. watching movies dengan subtitle english and dengar lagu pun banyak membantu. kalau rajin baca novel pun membantu. usaha dan doa selalu!
DeleteAslkm. Sy nk tanya kalau kita dpt pointer rendah setiap sem, kita kena bayar balik ke yuran pengajian dan elaun yg diberi?
ReplyDeletewaalaikumussalam. tak perlu bayar balik kalau pointer rendah. cuma perlu bayar balik kalau sampai diberhentikan saja.
Delete