Aku ni suka sangat2 dengan bunga sebenaqnya. Dari dulu sampai sekarang aku cukup teruja dengan cerita spesis Barbie & the Diamond Castle yang depa ada taman bunga. Ya Allah bessttt sangat tengok. (I feel connected, protected~~ sapa ingat lagi lagu ni? haha dok duet dengan Kutikah dulu2) . Pastu masa kecik-kecik dulu aku la dok tanam bunga kat halaman rumah. Aku la yang ajak ummi shopping pasu, baja & bunga. Aku la dok berulang amik bunga kat rumah Pikah. Rindunyaaaa. Tapi sekarang macam dah kurang sempat. Hmmm.
So, sebab nak jugak ada bunga dekat rumah, aku pun beli bunga segar dekat kedai India. Dan sekarang aku nak share tips jaga bunga segar kot-kot ada gak yang minat bunga cam aku. Sebenaqnya hampa semua boleh cari tips ni merata tempat lagi. Aku dapat ni dari Harian Metro bertarikh 15 Februari 2014. Pastu tadi aku gugel jumpak sebijik tips ni dari blog orang. Kiranya ramai sangat dah share benda sama. Tapi depa tulis dengan ayat skema sebijik sebijik macam salin tampal. Mesti depa golongan berusia yang tak dan rasa zaman menggugel dalam membuat esaimen hihihihiii.
First, masa nak beli atau nak petik dekat pokok bunga rumah tok ndak ang secara sembunyi2, ang kena pilih bunga yang tak kembang habis lagi. Pilih yang baru nak kembang. Dan jugak daun yang berkilat. Tapi mohon jangan petikai gambaq contoh di atas. Batang crissy memang camtu.
Lepastu, ang potong batang bunga tu dalam 2.5cm di bawah air yang mengalir. Tapi rajin pulak kan hang nak amik pembaris ukoq??! Agak-agak sendiri okay dah kot aku rasa
Lepastu, hang cabut daun yang mungkin akan terendam atau berisiko tinggi daun nak luruh dalam air, sebab daun yang jatuh atau terendam dalam air akan mereput dan menggalakkan pembiakan bakteria. Mati cepat la bunga ang nanti. Tapi time proses cabut daun ni hati mau katang a, kena heartless sikit. Sedih kot tengok daun kena cabut. Hmm. Aku rasa pasni aku nak jarang jarang beli bunga. Rasa bersalah :'(
Afterdat, ang isi air suam takat elok-elok hujung batang bunga tu terendam air. Jangan isi penuh! Sebab batang yang terendam akan cepat reput. So nak tahan lama jangan isi penuh. Pastu ang tabur garam skit. Dengaq kata boh garam tahan lama skit. Tapi aku tak sure banyak mana sukatan garam. Aku boh secubit ja. Air pulak make sure suam. Kalau nak isi air panas pun takpa, tapi nanti batang bunga ang melecoq jangan tanya aku kenapa. Flying kick terus satgi kot }:(
Tadaaa!
Dah siap semua. Cuma kat bahagian daun aku tu nampak serabut dengan daun banyak. Sebab aku pi bubuh 4 batang sekaligus hihi. Aku sepertinya tak mengaplikasi pelajaran masa sekolah rendah dulu. Sian bunga aku berebut-rebut nak dok selesa. Pastu kan, esok tu ummi dengan Kimi pakat dok lawan tanya sesama sendiri lepas tengok pasu tu kering kontang
"Siapa yang buang ayaq dalam pasu ni??" <-- baca menggunakan nada panik.
Depa taktau adik-adik aku ni minum banyak. Dahaga ye sayang :') comel sangat bunga-bunga ni. Mencik ah buat kakcan terharu gini :')
Haa lupa nak pesan. Tiap2 hari hang kena gunting batang dia yang terendam air tu. Sebab nanti dia reput cepat mati. Hang gunting guna benda yang tajam tau. Make sure batang dia tak pecah-pecah lepas gunting. Pastu ganti air. Tapi jujur, aku sendiri tak gunting batang dia hari-hari. Aku buat dalam 2 hari sekali camtu. Cuma air dia aku ganti hari-hari. Tambah lagi time-time dah seminggu lebih jaga, air dia cepat ja keruh. Dah masuk stage penuaan kan.
Masuk harini dah 10 hari bunga aku. Entah dah berapa hari dia kat nursery sebelum aku menjemputnya pulang pun taktau kan. Tapi 75% bunga aku masih segar dan comel. Cuma lagi 25% dah naik koko sikit dah bunga dia. Dah mula nak layu. Maybe yang 25% tu paling lama di nursery. Tua dah awak :')
Pastu kan tadi aku jumpak satu online shop yang jual bunga dalam pasu masyaAllah subhanAllah comel sangat-sangattttt!!!!!!!!!!!! Satu pasu dalam rm100. Tapi bunga tu tahan berbulan tanpa perlu siram banyak dan tanpa matahari. Just kena spray sikit ja. Comel sangat2222!!! Tak caya sila prepare hati hang untuk cair then klik sini --> TheSecretGarden
Tips Ekstra :
- Jangan letak bunga dekat barang elektronik cam TV atau microwave. Sebab nanti bunga dehydrate
- Jangan letak kat direct sunlight
- Jangan letak dekat dengan buah-buahan segar. Sebab buah-buahan tu akan bebaskan gas apa tah yang tak elok untuk bunga. Nanti cepat layu
Nice sharing. SR pun minat bunga sebenarnya. HUHU
ReplyDeletewahh! bagus nih. boleh suruh mak refer entri ni :)
ReplyDelete-www.aimanaziz.com-
saya selalu bubuh air nak penuh balang ... heheheee . suka dgn xtra tips tu
ReplyDeleteterima kasih dear . hahaha... tips yang sangat berguna. terhibur momoy baca. momoy baru tanam bunga kat depan garage kereta. nnt dah besar boleh petik boleh guna tips ecan nih =)
ReplyDeleteyang bunga mcm secret garden tu momoy pernah hadiahkan pada uncle kat tempat kerja momoy nih sebab dia bagi momoy pinjam buku =)
ecan ada plan jugak nak tanam bunga. tapi kemarin pi nursery bunga nak cari biji benih bunga tapi takda jual. ada jual anak pokok ja. lain kali inshaallah nak beli anak pokok :D dari sem berapa tah berangan nak tanam bunga dan buat entry pasal bunga huhu
Delete