>

Thursday, 8 January 2015

Never judge; we sin differently.

Assalamu’alaikum

So, haritu dok skrol skrol FB, aku terjumpa satu status dari siapa tah tak ingat. Dr Bilal Philips atau orang lain. Tak pasti, Takpalah, yang penting nak habaq kata status tu efek banyak la kat hati aku sampai aku baca ayat tu banyak kali untuk cuba betul-betul hadam, kemudian terus update To-Do-List dalam henpon aku :

-amik dress kat cik apa tah
-amik kasut hitam kat klinik kasut
-hantaq sijil tira kat sharod
-amik kipas kat bamet
-buat entry pasal never judge; we sin differently.

So yay japgi inshaallah aku boleh potong to-do-list yang bawah sekali itu. Tak tahu kalau orang lain, tapi aku sangat eksaited bila boleh potong to-do-list sebab aku rasa yahhh hari aku produktif! Aku dah setelkan beberapa perkara! Aku rasa motivated sikit. Tap bahu kiri dua das. Ehem.

Okay back to the topic, first time baca ayat tu aku terus rasa kesedaran sikit. Aku dah lama sedar yang dosa ni pelbagai. Maksudnya ada banyak pintu pintu dosa yang kita sedar atau tidak kita selalu buat. Contohnya dosa sebab jadi anak/isteri/ibubapa derhaka, dosa buka aurat, dosa tak solat, dosa tak puasa, dosa zina, dosa tak amanah, dosa mengumpat dan lain-lain lagi. Tapi kita tend to focus on dosa dosa yang obvious.

Contohnya haritu aku skrol instagram bahagian explore. Pastu aku terjumpa satu gambar muka macam Malay girl yang nampak liar (seksi, tattoo, gambar macam tengah party). Aku pun bukak la dengan penuh rasa ingin tahu. Nak tahu Malay ke tak, dan betul ka apa aku nampak ni. Surprisingly, yaa nama bapak dia Malay!! Muka pun Malay sungguh. Aku pun memang tekezut habih la sebab seliar-liar aku selalu terserempak dekat ‘explore’ tu selalunya mestila omputih atau thai. Ni sekali Malay, sekali tattoo, sekali naked oh my Gucci!!

Nak tahu apa kakcan buat?

Haa. Aku tak buat apa apa pun. Memang aku takda buat apa-apa. Takdanya aku pi maki dia ke apa. Atau tegur dia.

Tapi innalillah, dalam hati aku, aku dah judge dia.
Dalam hati terus terdetik “apakk ah teruk gila doe”
Terus nampak macam aku jauh lagi bagus dari dia.
Astaghfirullahal’azim.

Dosa dia dengan aurat, dengan ikhtilat, dengan minum air kencing syaitonn, dengan tattoo. Memang dahsyat. Memang berat. Memang Allah dah larang betul-betul semua tu. Memang apa yang dia buat tu dosa besar.

Tapi...

....senang kan kita nak nampak dosa orang.

Lupakah kita pasal dosa mengumpat? Allah larang betul tu.

Lupakah kita pasal dosa ikhtilat? Allah bukan ja larang berzina, tapi menghampiri zina pun larang. Dia terang-terangan clubbing bagai. Kita memang tak clubbing tapi perfect ka jaga ikhtilat tu? Ada tak contact non muhrim tanpa sebab musabab penting?

Lupakah kita pasal dosa aurat? Dah cukup berhati-hati ka menjaga aurat? Contohnya bila duduk tak tertarik ketat baju kat bahagian bontot, bila angkat tangan tudung tak terangkat lebih dari dada? Yakin dah perfect? Cuba tengok semula.

Atau kita pun dah buat-buat lupa pasal dosa derhaka kat ummi ayah? Kadang-kadang muncung sedepa mulut kalau tak dapat apa-apa yang dikehendaki.

Banyak kita nampak orang teruk pada kita, padahal dosa tu boleh datang dari banyak pintu. Tapi sebab tak nampak jelas dan susah nak detect kadang-kadang tu, kita pun terasa kurang berdosa dari dia.

Jom la muhasabah.

Jangan sesekali judge orang. Mungkin banyak lagi perbuatan baik dia yang kita tak nampak berbanding perbuatan buruk dia yang kita nampak. Jangan rasa dia terlalu jauh dengan Tuhan dan kita lebih dekat. Dia boleh kembali. Contoh, Felixia Yeap.

Soal dosa pahala ni boleh jadi sekelip mata ja. Sekarang hang rasa baik, rasa dekat dengan Tuhan. Sekali hang berzina. Habis. Tu dosa besar tahu. Hang rasa jauh dari zina. Eh tak, jangan rasa tak mungkin camtu. Sekelip mata boleh jadi. Tau tau eh, hang pun dah tergolong dalam pelaku-pelaku dosa besar. Innalillah.

Ataupun hang bukak aurat sikit. Hang tak pakai stoking. Dia pulak baju tali gantung ja. Hang rasa better dari dia kan? Hang rasa mulia dari dia? Hang lupa dedah aurat tu dosa sangat besar walaupun cuma dedah kaki.

Aku pun baru nak usaha tak judge orang. Jujur aku pun selalu berasa lebih bagus dari orang orang yang clubbing tu. Baru nak sedar diri sekarang ni. Bukanla aku meringankan dosa depa. Dak, don’t get me wrong. Mereka masih berdosa, tapi benci dosa sudah. Jangan benci si pelaku. Sebab kita jugak pelaku dosa, cuma mungkin dosa yang berbeza dari depa. Masih juga dosa kan.

Bila kita benci pelaku tu lah kita susah terima depa yang dah berubah. Sebab kita dah benci depa. Bukan benci dosa. Kalau benci dosa, bila depa tak buat dosa tu, kita akan terus terima. Tapi bila kita benci si manusia pelaku dosa, walau dia dah tak buat dosa tu, kita masih rasa takleh terima depa. Kita lupa kita juga pelaku dosa, cuma dosa yang berbeza dari mereka.

Dok ulang banyak banyak kali untuk pastikan hampa dapat apa yang aku nak sampaikan.
Dapat dak?

Semoga faham dan dapat manfaat dari entri ni ya. Ummi aku panggil suruh goreng mee. Chaw!
Assalamu'alaikum




3 comments:

  1. haah kan, benci pada dosa tu bukan pada pelaku. kadang2 kita sendiri boleh terjebak sama macam pelaku tu buat. so, baik benci dosa tu so that kita taknak buat benda yg sama T_T

    thank u utk ingatan ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2.. kadang kita terlalu emosi sampai lupa yang kita mungkin buat salah yang sama dgn si pelaku dosa tu..kita terlalu marah dengan si pelaku..huhu.

      Delete
  2. Saya nak daftar kat unisel spm saya lulus tp satu kredit jakk ..nak daftar bayar yuran pengajian sendiri..boleh ke tu?

    ReplyDelete