>

Thursday, 7 August 2014

KColly berkesan tak?

Assalamualaikum

Hahaa kalau boleh sekarang ni setiap tajuk entri nak buat mesra SEO. Akai nii akaii. Dah jarang update pastu akai nak bagi statistic naik haha. Harap berjaya laa jejeje.

Aku yakin ramai dah kenal KColly kan. Benda-benda kecantikan ni laju ja naik. Semua orang nak cantik, nak putih melepak, nak floles. Sebab orang punya definition pasal kecantikan adalah macam tu : putih, floles. Takdanya orang nak puji "Waaa banyaknyaaa parut kat muka hang. Aku berasa sangat kagum dan cemburu buta. Apa rahsia kejayaan hang mempunyai parut yang banyak di wajah? Mind to share?" Flying kick sekali baru tau erti penyesalan.

Pastu pulak, orang cepat ja tepengaruh bila tengok ramai bagi testimoni bagus bagus pasal sesuatu produk tu. Tengok testimoni ja terus yakin dan percaya. Mula la terbayang-bayang diri sendiri jadi macam tu. Hihi aku le tu. Takjub hokeh tengok Fathia sekarang dah lawaaaa. Aku perasan dia dah berubah masa tengok Ariana Rose. Memang nampak sangat sangatla perbezaan dia yang dulu masa zaman drama dia berlakon dengan Aaron Aziz tu dengan dia yang sekarang. Berseri gila sekarang hokeh. Lawaa. Pastu aku dapat tau dia amik KColly jugakk...heee

Maka aku dengan keputusan nekad terus pi Aneka, pi kiosk kiosk yang jual barang kecantikan tu, terus survey KColly. Ni cerita 3 bulan lepas kalau tak salah aku. Finally, aku jumpak kiosk yang boleh bagi RM120 untuk sebotol KColly. Terus angkot bok balik rumah dengan harapan yang berkobar-kobar di dada.

Sebotol KColly yang aku beli tu tahan dalam sebulan lebih. Lepas habis sebotol KColly, satu malam tu aku terpikir nak google "Macam mana nak kenal KColly fake atau ori". Pastu jumpak page KColly Sweet 17 kat fb. Baca punya baca dia kata kalau yang ori wajib ada hologram sticker & ada lambang crown KColly tu kat bontot botol. 

Tanpa tunggu sesaat pun aku terus ambik botol KColly aku dan cek. And tadaaaa...!! supraaaaaiisss!! KColly aku takda satu pun ciri ciri original okehh! HAhaha. Tegelak sorang sorang. Masih tak percaya kenapa aku boleh tak pikir langsung nak google ciri-ciri yang ori before beli. Tapi tak la frustrated sangat. Aku rasa macam lawak ja. Seronok gelakkan diri sendiri. Apa apa pun semoga KColly fake yang aku dah perabis sebotol tu tak bagi kesan buruk dekat badan aku. Huu maafkan aku Tuhan. Aku telah leka dalam menjaga amanahMu.

Tapi kan weh, ada la jugak kesan baik aku nampak masa amik KColly fake tu dulu. Ni antara feedback aku boleh bagi :

1) Rasa sedap. Memang manis tapi aku still boleh belah (padahal aku jenis tak makan/minum manis sangat. Kembang tekak). Taktau nak kata manis dia macam mana. Pastu ada rasa masam masam sikit. Boleh kata sedap jugak la.

2) Digestive system aku memang berbahagia. Tambah lagi bila amik KColly lepastu minum banyak air. Setiap pagi mesti u-uh dengan lancar pulak tu. Selesa ja perot jejejeje.

3) Jerawat kat bahu kurang. Awal tahun dulu aku start praktikal kat Modenas. Sejak pada tu naik 2,3 bijik jerawat kat bahu dalam satu masa. Sampai aku mula panik. Takut gak kalau makin melarat ke apa. Sejak aku amik KColly jerawat makin surut dan sekarang dah takda. Tapi aku tak pasti ni sebab KColly atau sebab aku dah habis praktikal (kebetulan aku start amik KColly seminggu before praktikal habis kalau tak salah aku).

Aku taktaula bahan apa dia letak dalam KColly fake RM120 aku tuh haha. Kesan okay jugak sikit. Tapi bab nak bagi putih cerah melepak memang langsung takda kesan haha. Tapi dah fake, aku takmaula judge KColly ori lagi berkesan atau tak. Ada yang pakai berkesan, ada yang tak. So tu depends kat masing masing punya badan gak kot. Disebabkan nak tengok jugak keberkesanan tu, makanya aku pun beli lagi satu KColly haha tak serik. Tapi inshaallah yang ni yang betul-betul ori. Aku dah check semuanya. 


Ada hologram sticker & juga gambar crown KColly dekat bontot botol

Semoga yang ni bagi kesan baik kat aku. Nanti dah habis sebotol ni aku bagi review k. Untuk sesiapa yang nak consume KColly, aku nasihatkan supaya check betul betul whether tu ori atau fake. Tak pasal-pasal nanti buang RM100 lebih macam tu ja. Tak ke membazir. Lagi takut kalau tak pasal pasal bagi efek buruk kat badan. Huu semoga tidaklah. 

Eh, btw KColly aku yang ori ni aku beli dengan harga RM100 ja dan dapat free postage yayy. Dahtu siap dapat free gift collagen eye mask lagi. Alhamdulillah rezekii. Kalau nak, boleh order dari Kak Ira di 012-6083710. Selamat menggebu!

Adios

UPDATE : Aku dah habis sebotol yang original ni weh. Tapi jenis amik ni tak berdisiplin. Kadang amik kadang lupa kadang saja malas so skip. Adehdeh. So kat kulit aku memang takda efek apa langsung pun. Aku pun tak beli dah KColly ni. Tapi lain orang lain result. Kalau anda nak sangat, try la.




21 comments:

  1. wahh..selalunye org jual 100++. kre murah jgk hrge nie sbb siap postage sekali...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann..siap postage lagi..ori pulak tu hehe.

      Delete
  2. wauuuuuu nak try tp fulus tak mengizinkan :( -ku comel

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak try pun takpa.. ku comel kan dah comel :')

      Delete
    2. hahaha...baca komen ni jer momoy dah tergelak.

      Delete
  3. Hihi mira dh msuk 3botol dh nih..suka bnda nih walaupn mahal..hahahah..still on beli

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang nampak beza k muka mira compared to masa mira balik kedah masa knduri kak syuhada dulu. seriyes beza! bestnyaaa..harapnya mcm tu jugak efek kat ecan nanti huhu

      Delete
    2. eyh yeke cik mira. wah berkesa la pada ecan dan mira ni. bestnya
      momoy 3 tong x jadi apa. mungkin kulit momoy ni jenis tebal dan kebal kot

      Delete
  4. best makan kcolly ni . rasa dia sedap, manis-manis buah gitu. hehe. Fatin selalu selang seli makan kcolly dgn satin skinz :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waa bestnya alhamdulillah sesuai dgn kulit fatin. sy taakk T.T

      Delete
  5. salam nk tnya kcolly yg korg mkn wana dia mcm mna putih2 pink ke..atau pink mcm ungu2...rsa dia pulk manis sngat ke..sbb sya beli kcolly dri seller yg brbeza rsa pon lain..tpi ble scan kcolly tu original..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam. Yg sy mkn putih pink2 sikit. Rasa dia mmg sgt manis plus masam. Huhu. Maybe diorang upgrade kot? Tukar kaler ke... Sy pun taktau sbb dh stop consume kcolly

      Delete
  6. Mis nk tnye yg mis beli kt sis ira tu qr code tu mmg ori ke?

    ReplyDelete
  7. saya rasa bukan fake cuma tu packaging lama syg..trend pengeluar memang macam tu..kluarkan yang baru ada hologram la..scan code la..pastu claim yang sebelum ni yg xde semua tu as a fake..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo yeke. sy pun tak pasti huhu. boleh jadi jugakla mcm awk ckp tu

      Delete
  8. dah makan kcolly ni habis satu botol tapi takde kesan lagi. tak tau kenape �� mungkin lain orang lain kot. ataupun saye kurang berdisiplin sbb kejap makan kejap tak

    ReplyDelete
  9. dah makan kcolly ni habis satu botol tapi takde kesan lagi. tak tau kenape �� mungkin lain orang lain kot. ataupun saye kurang berdisiplin sbb kejap makan kejap tak

    ReplyDelete