>

Wednesday, 19 February 2014

Nak start hijrah jadi lebih baik?

Assalamualaikum

Macam pelik bila tengah tulis tips jadi budak baik atau tips untuk membantu berubah ke arah lebih baik sedangkan iman diri sendiri time ni tak berada di paras sihat. Jiwa aku sakit, iman aku tenat. Tapi sekarang, saat dalam otak aku tengah merancang benda-benda jahat, jari jari aku pulak tengah menari-nari atas keyboard menaip tips nak jadi baik. Pffttt. This is awkwardddh. 

Orang boleh anggap dua : 

1) Hipokrit gila pompuan ni. Dia sendiri perangai macam apa ada hati nak bagi tips jadi baik. Lewls to the max

Atau

2) Dia tengah survive nak selamatkan diri sendiri. Dia tengah cari diri sendiri. 

Semua depends on the person itself. Apa yang dia judge aku tunjuk diri dia balik :)


Actually aku kumpul tips ni lama dah. Idea dah lama sampai. Cuma dok biar atas sticky note tunggu masa sesuai. Jangan expect aku nak bagi tips hebat2 apa. Naa..tips simple simple ja. 


So, here's the tips:

1) Like & Follow laman-laman sosial yang banyak dakwah dan bagi motivasi. Ini sangat membantu. Nak harap kita bukak buku agama, buku motivasi hari hari macam susah ja. Bukak buku memang malas sikit. Bukak FB, Twitter, hari hari kita buat kan? So, nak mudah like & follow ja apa yang baik baik tu. Banyak bagi peringatan, kadang-kadang benda mudah yang kita lupa. 

Contohnya tengah on9 pastu naik kat timeline tanya "Dah selawat ke belum harini?" Otometikeli kita selawat kan. See. Atau contohnya tengah on9 lepastu naik tulis pasal hukum tak jaga pergaulan sesama lelaki dan perempuan. Terus kita sedar selama ni kita sosial ka apa. Banyak lagi. Serious. Follow lah. Membantu gak kita untuk jadi lebih positive. 

Boleh cari Prof Muhaya, Mario Teguh, Ustaz2 dan Ustazah2 (banyak sangat tak tertulis sini), page dakwah islamik2. Terlalu banyak. Cari ja. 

2) Fashionista. Ni bila cakap bab aurat la. Aku fokus ni kat pompuan. Memang, semua kita nak cantik, nak bergaya. Takmau nampak selekeh. So aku cadangkan ikut fashioniesta2 muslimah. TAPI KENA HATI-HATI! Terlalu banyak sekarang konon fesyen muslimah, padahal pakaian ikut bentuk badan, padahal tudung tayang dada. Dosa camtu gak. 

So, kena perhati betul-betul sama ada pakaian tu ikut syariat ka tak. Dalam ramai-ramai fashioniesta sekarang, aku cuma usha gaya Dena Bahrin & Irine Nadia. Bagi yang baru nak mula berubah pakaian, inshaallah boleh membantu sangat. Aku mula dulu dengan usha orang-orang macam depa lah. At least aku pikir boleh ja nampak cantik dengan tutup aurat. Bagi semangat kat diri sendiri

3) Bahan-bahan bacaan. Aku bagi contoh sini, novel la. Kalau nak cari novel, cari lah yang boleh bagi something dekat hati. Yang boleh bagi makan ruh kita. Yang membantu membangun jiwa. Aku suggest sini tulisan Hlovate, Habiburrahman El Shirazy, Fatimah Syarha dan banyaaakkkk lagi. Mesti boleh beza kan novel Islamik dengan tak? 

Jangan pandang rendah dekat novel-novel Islamik okay. Banyak yang best-best sangat. Dan dalam masa sama boleh bantu jiwa kita, boleh bantu nak berubah. Sambil enjoy baca sambil tambah ilmu. Tak membazir duit dengan macam tu ja. Baru-baru ni aku ada beli novel lagha. Aku pikir dah lama sangat tak beli, beli jela sekali ni kot2 okay. Tengok tengok hampeh gitu gak. Banyak scene tak elok walaupun dah jadi laki bini. At last apa aku dapat? Blurr. Tak terkesan apa di hati pun. Memang lepas ni takmau dahla beli novel camtu. Beza sangat dengan bila baca novel Islamik. Seriously. 


Okay, dah nak pukul lima. Time to call it a day yeayy \o/
 Kalau ada lagi idea aku update later, inshaallah

Siiru a'la barkatillah



5 comments:

  1. setuju dengan bahan bacaan tu. makanan rohani katanya. :)

    salam blogwalking. done following.

    ReplyDelete
  2. saling mengingati. Awak jadi budak baik, saya pun nak jadi budak baik jugak ;)

    http://noraqilahjohari.blogspot.com/2014/02/assalamualaikum-hye-ada-yang-rindu-saya.html

    ReplyDelete
  3. tips no 2 tu paling penting kena jaga bab fashion

    ReplyDelete
  4. awesome tips!

    http://nurulzayani.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. thanks for the tips ecan... nnnnice! XD

    ReplyDelete