>

Thursday 6 March 2014

Guideline dalam berpakaian :)(:

Assalamualaikum

Lamaaaa dah dulu aku ada jumpak gambar yang cerita pasal guideline dalam bertudung. So untuk lebih bagi manfaat kat ramai, aku huraikan gambar tu dalam bentuk entri yang cover bukan setakat isu tudung tapi sekali baju semua. Semoga awop awop dapat manfaat walau seciput okay.

So, before anda keluaq rumah, sila check semua adakah pakaian hampa tu dah halal or haram untuk dipakai di tempat umum :)

Tak jarang!
Pakaian yang kita pakai kena make sure tak jarang. Ni termasuk semua la, dari tudung, baju, kain, stoking, handsock ka apa. Kalau nak pakai baju jarang tu boleh pakai inner tapi make sure inner tak ketat okay. Kalau pakai inner ketat tu takda guna jugak sebab tu bukan kira tutup aurat, tapi tu balut aurat.

Tak ketat & tak melekat!
Macam aku cakap tadi, pakai apa pun, jangan yang ketat. Sekarang ni banyak baju pakai material lycra. Kan kain lycra boleh jelas nampak bentuk badan (orang pompuan tau la jenis jenis kain ni). So elakkan beli baju yang dari kain jenis tu k. Seriously walaupun beli yang saiz besar pun, tapi kalau angin tiup2 ka boleh nampak lagi jelas dengan kain lycra.  Kadang tengok orang pakai tudung labuh elok, tapi bila material lycra nampak jelas bentuk dada depa :3 tapi bukan lycra ja tak boleh okay. Apa2 jenis pun yang ketat and melekat sila lah elakkan demi kebahagiaan anda kat akhirat sana nanti.

Tak singkat!
Ni aku fokus kat tudung la. Tudung kasi ejas bagi tutup dada, bahu, dan tutup belakang okay. Haritu aku ada jumpa tutorial nak pakai tudung bidang 45 tapi labuh elok macam tudung bidang 60. Cantik ja sis tu pakai. Tapi aku lupa save. Ampuuunn L

Tak tabarruj!
Pakai tudung tu, jangan buat bonggol unta. Haram. Dah pakai tutup aurat tapi dapat dosa macam tu jugak. Tak ka rugi. Pakaian pun jangan yang ada corak yang boleh membuatkan orang fokus dekat tempat tempat sensitive contohnya dekat dada atau bontot. Biar sederhana, simple.

Tak tasyabbuh!
Ni term baru bagi aku, sebab aku taknah tau pun tasyabbuh ni apa. Huahua. Okay, tasyabbuh ni sebenaqnya hang berpakaian ikut agama lain. Contohnya kan dulu ada trend pakai tudung ala-ala rahib gereja. Haa. So kira tak boleh la walaupun balut semua tutup aurat.

Tak syuhroh!
Syuhroh pun aku baru tau makna dia tadi haha. Okay, kalau hadek hadek kakcan nak tau, syuhroh ni maksud dia macam menarik perhatian sangat. Makna kata bila orang pakai tu semua orang akan tengok dia, pastu makcik makcik akan begosip gossip “pehh Leha ce ngko tengok dress si Limah tu, bapak cun kemain lagii kain meleret-leret blabla”.  Takpun baju yang jenis liplapliplap tahap takleh ampun, or warna striking sangat. Gitew maksud syuhroh if I'm not mistaken. Macam menarik perhatian sangat2, buat hampa jadi glemer habis la bila pakai

Ya, aku tau entry ni nak dekat2 sama dengan entry checklist ni. Tapi takdala sebijik. Ada tambahan sikit. Saja aku share sebab aku rasa bermanfaat. Aku akan tulis, tulis dan terus tulis. Semoga jadi bekalan bila aku pi mengadap Allah nanti. Amin. Kawan-kawan tolong doakan aku, please?

Siru a'la barkatillah
May Allah bless us all




5 comments:

  1. belakang tudung mesti labuh? baru tahu yg ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru tau jugak :)

      tak pasti syarat labuh sampai mana. tapi taklehla yang shawl bekumpul belakang tengkuk tu kan. sebab nampak bentuk badan belakang. nampak bentuk bahu semua. wallahua'lam

      Delete
    2. oh macam tu. Kalau pakai tudung belakang tu singkat tapi pakai cardigan atau blazer mcm tu boleh ke ecan ? Tak nampak leher bahu cuma belakang tu singkat la. tapi dah cover bentuk badan dengan cardigan. tu ok ke ko ?

      Delete
    3. momoooyy...ecan pun tak pasti laa..huhuu. nanti kalau tau ecan bagitau sini okay :) huhu

      Delete
  2. terima kasih atas perkongsian.
    p/s: tertarik dengan entry kat sidebar tu... (:

    ReplyDelete