>

Saturday, 16 November 2013

Let's spread the good things

Assalamualaikum

Ada orang tegur. Depa kata kalau nak berubah pun, berubahla diam diam. Tak perlu gebang satu dunia pasal nak berubah. Sebab macam menunjuk baik. Aku taktau entry mana yang orang kata macam menunjuk, tapi aku syak yang spesis ni la kot. ini dan ini

Bagi aku pulak, aku tau niat sebenar aku. Aku tak buat/tulis semua tu for nothing. I have my own concrete reasons for that. Aku tau yang aku cuma nak share kebaikan. Aku nak share kat orang apa yang aku rasa. Aku nak kalau ada orang rasa nak berubah, mungkin depa taktau nak mula macam mana, so aku nak bantu depa walaupun sikit. Sebab kadang kadang niat dah ada, tapi dia tak boleh nak gerak untuk first step tu sebab dia rasa gayat.

Tak gayat ka sorang yang memang pakai baju ketat ketat, jeans ketat ketat, pastu dia nak berubah, pastu apa yang ada dalam fikiran dia adalah dia berbaju kurung or berjubah dengan tudung labuh? Ada ja orang yang boleh terus berubah drastic macam tu. Tapi tak bagi orang yang jenis aku. So, aku pikir kalau aku share step by step cara aku mula dulu, maybe boleh membantu. Maybe orang nampak macam menunjuk, tapi aku tau niat sebenar aku. Memang ada banyak lagi cara nak ber'dakwah' (kalau layak dipanggil dakwah) selain daripada cara aku. Tapi ni still salah satu cara kan?

Aku penah jadi orang yang mencari-cari gak dulu. Aku tak pakai macam sekarang ni. Memang jauh beza. Time tu bila baca macam2 pasal aurat ni, ada la rasa kat hati. Dan thanks sangat untuk orang orang yang post gambar depa pakai jubah, tudung labuh, purdah. Depa tunjuk contoh yang sangat baik untuk aku. Depa buat hati aku terdetik, “Bila laaahh aku nak pakai macam ni? Bila aku nak tutup aurat? Bila oi ecan?” kata aku sambil meluku kepalaku sendiri. Memangla Allah yang buat aku rasa mcm tu, tapi you got what I mean here aite? 

Dia guide aku melalui orang orang yang pakai bagus bagus tu :')

Then bila share, maybe aku boleh dapat pendapat dan sokongan orang lain, so akan menambahkan lagi semangat aku nak jadi better. Lagipun ni salah satu cara aku nak sampaikan dekat ayah aku. Aku tau ayah aku baca blog aku *hai ayah, i miss you muah muah haha* Nak cakap depan depan maybe aku segan. So ni adalah one of the ways aku luahkan apa yang ada dalam palotak aku.

Terlalu banyak dah orang sebarkan maksiat. Contoh aku bagi sekarang gambar la. Banyak sangat dah orang post gambar tak tutup aurat, gambar berpeluk2 dengan bukan muhrim. Apa salahnya aku nak menyelit dengan benda yang tak salah. Aku cuba nak bagi kebaikan (aku rasa la benda baik). Aku cuba nak tunjuk contoh berpakaian yang baik. Tapi orang salah paham. Orang cakap aku menunjuk.

Irine Nadia cerita pasal sekarang dia mula pakai stoking. Fatin Liyana pun cakap benda yang lebih kurang. Aku taktau mungkin ada yang kata benda yang sama kat depa; nak berubah pun bising satu dunia. Tapi bagi aku, aku tak nampak langsung apa yang salah kat situ. Aku seronok gila baca. Apa salahnya sebarkan kebaikan. Depa ada kuasa, depa ada pengaruh. Share benda baik baik, orang ikut, depa pun dapat pahala. Entah. Lain orang lain pendapat. So aku tak boleh kata apa dekat orang yang pikir lain dari aku. Cuma serious aku cakap, aku setuju gila3 dengan orang yang share share benda macam ni. Aku seronok. Ada jugak manusia yang pandai gunakan keglemeran depa untuk benda bermanfaat.

Lain orang lain pendapat. Lain rasa. Aku tak boleh paksa walaupun aku kecewa pun pasal orang kata kat aku ni. Entahla. Maybe cara penyampaian aku tak bagus, nampak menunjuk. I don't know. Tengoklah macam mana. Kalau aku jumpak cara lain yang lebih bagus, aku akan ikut. Kalau tak, aku kekal dengan cara aku. Kita manusia biasa, tak mampu puaskan hati semua orang. Asal Allah tau niat aku. Bekal aku nak bawak ke alam sana pun secoet puiii. Nak la jugak aku tambah sikit2. Selagi Allah bagi aku idea, selagi aku ada kudrat, selagi aku waras, inshaallah aku akan terus berusaha sebarkan agama Allah. 

Aku tau hampa tegur sebab hampa sayang aku and nak yang terbaik untuk aku. I do appreciate that, like a lot. Thanks kepada yang tegur. Tapi aku tau hampa pun boleh hormat pendirian aku yang tak sama dengan hampa. Kalau tak pun, well it doesn't kill pun to try kan. Try respect mine and I'll do the same. Semuanya okay inshaallah. Aku struggle kot nak berubah. Janganla busshhhh bussshhhh hentam hati aku ni. Tak dapat apa melainkan dosa menghalang orang nak sebarkan kebaikan dan dosa sakitkan hati orang. Ooo tak takut dosa? K..

oh, btw. ni ada hadiah sepesyel aku petik dari Allah's love letter compilation aka Al-Quran Al-Karim :

Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung - Surah Ali Imran ayat 104.

p/s: marilah tanam dalam hati untuk sentiasa berprasangka baik dengan orang

p/s : kalau still nak kata aku salah, tegur baik baik. Bagitau aku kat mana aku salah, kenapa aku salah. Biar jelas. Biar aku tau mana aku harus pebetul. 

p/s : lagi seminggu nak balik Kedah for good, inshaallah. Doakan aku semoga lulus cemerlang sem ni. Tak sabar tak sabar tak sabaaaarrr *baca menggunakan nada Lisa Surihani dalam Istanbul Aku Datang*

p/s : the word hampa bukan bermaksud berkaitan dengan hatiku hampa atau sebagainya. Hampa = korunx

Sekian, wassalam

5 comments:

  1. hmm...ekceli momoy pula yg rasa terkejut baca entri ni
    terkejut sbb tak sangka orang lain boleh fikir mcm tu
    momoy suka je baca tulisan dear
    suka juga baca perubahan +ve yang dear ecan cuba lakukan
    bagi momoy, teruskan

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks for the support momoy
      i really do appreciate it :)

      Delete
  2. Alhamdulillah ....

    ReplyDelete
  3. 1st of All.. Alhamdulillah...tumpang hepy n bhgia, keep it up.. semoga istiqomah yee ya ukhti, ecan..
    pedulikan kata n tohmahan org,, mana bolee nak tutup mlut dyorg.. think +ve.. aggap itu sbg ujian,,motivasi,persediaan utk ecan hdpi ujian yg akan dtg..utk ecan lebih kuat akn dtg.. Allah tahu tahap kemampuan ecan utk hdpi..
    yg penting keredhaan dr Allah,niat ecan,aty ecan.. ikhlas kerana Allah,.
    yakin dengan Allah..innallaha ma'ana.. insya allah,,kullu kheir,, we all always with you.. ^__^
    semoga istiqomah n redha Allah menjadi milikmu .

    ReplyDelete
  4. amin amin amin. thank you wafaa'. doakan aku ya :)
    *terharu*

    ReplyDelete