A. Teknik Asas apabila bergaul dengan manusia:
1. Jangan
sesekali mengkritik, comdemn atau complain.
- Kritikan takkan buat seseorang rasa bersalah, tapi hanya
akan buat mereka malu dan nak cari alasan utk justify kenapa mereka buat sesuatu kesalahan itu.
2. Beri
pujian yang ikhlas
- Cari sesuatu pada dirinya yg kita sukai dan puji.
- Jangan tipu, tapi cari sesuatu pada dirinya yg
benar-benar kita sukai.
3. Pentingkan
apa yang mereka mahukan dalam hidup mereka, bukan apa yang kita mahukan.
- Semua orang hanya berminat dengan apa yang mereka
nak.
- Mereka tak berminat dengan apa yang kita nak.
- Tanya soalan ni pada diri kita: “Macam mana kita nak
buat mutarabbi kita rasa nak datang usrah?”
B. 6 Cara Bagaimana untuk Buat Orang Suka pada Kita:
1. Tunjukkan
kita berminat nak tahu tentang mereka (show
interest in people).
- Orang biasanya tak berminat tentang orang lain,
mereka hanya berminat dgn diri sendiri. Org suka cerita pasal diri sendiri.
- Jadi kita mesti tunjukkan minat nak tahu pasal
mereka, kehidupan mereka.
2. Sentiasa
senyum
- Teknik yang simple tapi sangat berkesan.
- Orang yang suka senyum jauh lebih ramai kawan pada
orang yang tak suka senyum.
3. Ingat
namanya, nama ahli keluarganya, nama rakan-rakan rapatnya.
- Orang akan suka dan sangat appreciate bila
kita ingat nama dia, walaupun baru sekali jumpa.
- Apatah lagi kalau kita ingat nama orang-orang yang
rapat dengannya.
4. Jadi
seorang pendengar yang baik. Galakkan mereka bercakap tentang diri mereka.
- Mendengar lebih baik daripada bercakap terlalu
banyak.
- Manusia lebih suka bergaul dengan seorang
pendengar yang baik daripada seorang yang suka bercakap.
5. Bercakap
perkara-perkara yang diminati oleh mereka, bukan perkara-perkara yang kita minat.
- Kalau mereka minat bola, cakap pasal bola. Kalau
mereka minat Chelsea, cakap pasal Chelsea.
- Jangan cakap pasal benda yang kita minat, nanti orang
bosan!
6. Buat
mereka rasa penting.
- Buat mereka rasa mereka ‘orang penting’ dalam
usrah.
- Kalau mereka tak datang usrah jadi tak seronok.
C. Bagaimana Cara utk Mempengaruhi Orang:
1 1. Elakkan
perdebatan/pertikaian
- Kita takkan dapat mempengaruhi orang dengan berdebat/bertikam
lidah.
- Berdebat hanya akan buat kita rasa puas hati,
rasa menang, tapi tidak akan buat pihak lawan rasa apa yg kita cakap itu benar.
- Most of the time, perdebatan/pertikaian hanya
akan buat kedua-dua pihak lebih yakin dengan pendapat masing-masing.
- Tarbiyyah ialah satu proses yang panjang,
banyakkan bersabar walaupun pendapat orang lain berbeza dengan fikrah yg kita
nak sampaikan.
- Cara yg betul: Welcome the disagreement, control our temper, listen to his opinion,
look for areas of agreement, be honest if we are wrong, promise to think over
his ideas & to study them carefully, thank them for their idea, give our
opinion but don’t tell them they are wrong (even if you are certain they are
wrong).
2. Hormat
pandangan orang lain. Jangan sesekali kata “Pandangan anda salah.”
- Hanya akan buat orang itu rasa tak puas hati,
malu.
- “You
cannot teach a man anything, you can only help him to find it within himself”
- Galileo
- Cara cakap yang betul: “Pendapat saya berlainan
dgn pendapat anda. Tapi saya mungkin silap, selalunya memang saya silap. Kalau
saya salah, saya nak perbetulkan kesalahan saya. Jadi jom kita tgk ayat
Al-Quran/hadith/sejarah Nabi atau sahabat yg berkenaan dgn perkara ini……..”
3. Sekiranya
kita salah, mengaku salah dan jangan malu untuk minta maaf.
- Kita tak semestinya betul setiap kali.
- Kalau kita salah, minta maaf. Minta maaf akan
dapat hormat orang, ego hanya akan buat orang pandang rendah pada kita.
4. Mulakan
dengan cara yang ramah.
- “Saya sangat seronok berada di sini dengan anda semua, terima kasih sangat sebab hadir, semoga hubungan
ukhuwwah kita terus rapat….”
5. Mulakan
perbualan/percakapan dengan menekankan sesuatu yang dipersetujui.
- Make the other person say “Yes, yes” immediately.
- Kalau mula dengan sesuatu yang tak dipersetujui,
orang akan set mindset sepanjang masa yang apa kita cakap semua salah/meragukan.
- Ask questions on which they would have to agree.
- Contoh: “Taknak pahala yang Allah nak bagi? Taknak syurga yang
Allah dah sediakan? Kamu orang pilihan Allah utk berada di sini, taknak gunakan
peluang ini sebaiknya?
6. Biar
mereka merasakan bahawa sesuatu idea itu adalah idea mereka.
- Manusia pada dasarnya lebih yakin dengan idea
mereka sendiri daripada idea yang diberikan kepada mereka.
- Biar mereka berikan pandangan dan idea mereka,
tapi kita ‘ubah’ idea tersebut supaya jadi ideology/fikrah yg kita nak
sampaikan.
- Tapi biar mereka ‘merasakan’ bahawa idea itu
adalah idea mereka.
- Manusia akan lebih mudah menerima sesuatu bila
mereka merasakan sesuatu ideologi itu datang dari diri sendiri.
7. Cuba
lihat sesuatu berdasarkan pandangan mereka.
- Kalau mutarabbi bermasalah : cuba faham, toleran
dengan mereka.
- Put yourself in their shoes, don’t be
judgemental, jangan bersangka buruk.
8. Sentiasa
bersangka baik: Merasakan bahawa mereka jujur, boleh dipercayai.
9. Dramatikkan
idea
- Kenapa movie, iklan sangat mempengaruhi fikiran
manusia? Sebab caranya yang ‘dramatik’.
- Jadi bila bercakap, mesti dramatik. Penuh emosi,
gaya badan, nada suara yg sesuai.
10. Beri
cabaran
- Cabaran boleh memotivasikan orang untuk buat apa
yang kita nak.
- Mewujudkan ‘the
desire to excel’
- “Saya rasa
awak ni boleh hafal satu surah dalam seminggu”.
- “Saya tengok cara awak ni saya yakin awak boleh jadi seorang pejuang Islam yg hebat”
D. Bagaimana Mengubah Sikap &
Tingkah Laku Orang:
- Mulakan
dengan pujian.
- Buat
secara tak langsung.
- Cakap
pasal kesilapan kita sebelum cakap pasal kesilapan dia.
- Timbulkan
persoalan, bukan bagi arahan.
- Jangan
malukan mereka.
- Puji
even the slightest improvement yang mereka dah lakukan.
- Beri
reputasi baik that they can live up to.
- Beri
galakan. Buat mereka rasa kesalahan mereka mudah untuk diperbetulkan.
- Buat
mereka rasa seronok buat perkara yang kita suggest.
Semoga Bermanfaat !
No comments:
Post a Comment