Abu Hurairah radhiallahu 'anh berkata:
Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya:
“Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ayah kamu.”
Seorang sahabat bernama Jahimah radhiallahu 'anh datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallammeminta pandangan baginda untuk dia ikut serta dalam ekspedisi Jihad.
Rasulullah bertanya: “Adakah kamu masih mempunyai ibu?”
Jahimah menjawab: “Ya.”
Lalu Rasulullah bersabda: "Tinggallah bersamanya kerana sesungguhnya syurga terletak di bawah tapak kakinya.”
''Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).'' [Luqman 31:14]
''Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah.'' [al-Ahqaf 46:15]
rindu ummi. ummi. orang yang paling aku suka mengadu macam2. paling best mengadu kalau sakit, sbb ummi mesti layan. aku kan suka nakkan perhatian kalau aku sakit. konon2 nak simpati orang. teruk betul kan. hehe kalau bgtau orang lain mmglah depa care tapi tak macam ummi. sama la jugak mcm ayah. kadang2 aku smpai menyesal bgtau aku demam ke apa sbb nanti hari2 ummi dgn ayah call nak tnya dah pgy klinik ke belum. kadang rasa mcm oke dah tapi slagi aku tak pi klinik tu lagii tuu ummi dgn ayah call paksa pgy jugak. yup, lemas, tapi tu la nak tnjuk betapa care nya depa kat aku. masa aku demam dulu, ummi tido skali aku tau. padahal masa tu dah form5. suhu badan aku ada la dlm 40 drjah celcius time tu. ummi risau sgt sbb tu tido skali. tkut apa2 jadi kat anak dia ni.
pernah jugak masa umo 6tahun aku demam dekat sebulan. sbb aku termakan racum rumput. malam2 ummi peluk aku tido sbb aku sejuuuuk sgt. haa bnda yg paling aku kerap mengadu, pasal ulser. mulut aku ni kan ntah kenapa dr kecik2 lagi ulser tu wajib ada tiap2 bulan. sikit2 pecah. bukan satu pulak tuh. slalunya mmg akan ada dua tiga ulser sekaligus dlm mulut. sakit wooo. cerita kat org lain, ramai dah bosan. asyik2 ulser. tapi kalau cerita kat ummi, tiap2 kali cerita tu la ummi risau sungguh. sruh pi klinik lagi. adoi. kadang2 nak tgelak sbb bnda ni dah kerap sgt jadi kat aku, tapi tiap2 kali aku mengadu kat ummi, tiap2 kali tu lah ummi buat muka risau yg sama, suara risau yg sama. hehehe. ummi2...
lpas tu kan, lawak teringat kecik2 dulu, ayah marah aku sbb apa ntah. pastu aku nangis2 cerita kat ummi yang ayah tak syg aku. masa tu nak tido. ummi peluk aku, lpas tu ummi cakap ayah marah sbb ayah syg. aku tak faham, dah syg knpa marah? aku cakap 'tak, ayah tak syg naan'. ummi ckp ayah sayang. hehe skrg baru aku faham semuanya. dengar ye adik2, parents kita marah sbb syg tau. hehe.
lpas tu kan, pnah la masa aku kecik2 dlu aku, kaklong dgn abg met naik basikal pgy Bersatu. nak tau knapa? sbb nak beli hadiah kat ummi. smpena hari ibu la katakan. masa tu aku kecik lagi kot. ummi dgn ayah mmg tak bagi la pgy smpai Bersatu tu sndri. sbb jauh. kami pi snyap2, guna duit yg kumpul sorang sikit, kami beli purse kat ummi. purse tu kaler silver. aku dah tak ingt harga berapa. tapi mmg murah la kan sbb kami pn skola rendah lg time tu. tu je yg mmpu. ada dlm rm20 lbih ja kot kalau tak salah. sbenarnya hrga lebih lagi dr hrga asal tu, tapi orang Bersatu tu bg kat kami murah sikit sbb duit kami tak cukup. dia tnya ''beli utk mak ke?'' kami angguk2. dia buat muka terharu gila dgn kami. lpas tu balik rumah kami snyap2 smpan dlm almari ummi. konon2 nak buat surprise. lpas tu dgr ummi pggil kami 3org. kami pn pi la nak tgk ummi. msti surprise dah menjadi ni. hehe pastu kan ttba ummi nangis. oke mmg la kan time tu aku kecik lagi tak rasa apa, aku pelik knpala ummi nangis. ummi gosok kepala abg and ummi peluk aku. kaklong pn trcangak je kat tepi tu. semua tgk ummi. blur. hahahahahaha pdhal msa tu ummi terharu gila lah kot sbb tu nangis. lawak kan? hehehehe. oke aku pn ternangis balik bila tulis psal ni. haaha adoyai.
ehehe ikmal pn penah jugak beli kat ummi baju, masa tu dia darjah 2 ke 3 ke 4 ntah..kat skolah dia ada jual bju bundle masa hari kokurikulum kot. then dia beli kat ummi baju pakai kupon2 dia tu. mmglah baju murah, baju bundle, tapi boleh nmpak tak sweetnya kat situ? dlm byk2 bnda, makanan2 kat situ, dia pilih utk beli baju kat ummi. budak kecik je kot. terharu tak terharu tak? mmg ummi terharu la kan. kimi pn pnah bagi bunga kat ummi msa hari ibu. dalam bunga tu ada air kaler2. byk jual kat skolah dulu smpena hari ibu atau bapa. then kiyat ilya ilma ni aku taktau sgt. sbb aku dah tak duduk kat rumah kan. start dorang skolah aku dah masuk asrama. jarang2 balik rumah. and skrg pn dah masuk kolej. tapi ada la jugak aku jumpak kertas2 lukisan, kad2, yg ilya tulis untuk ummi. macam2 la oih.
8org anak2 ummi, wlaupn ramai yg nakal, degil, and kadang2 lawan cakap ummi, tapi kasih syg tu tak boleh nak sembunyi. hidup kami bgantung 100% kat ummi. kami tak mampu nak hidup normal kalau ummi takda. serius kabo. dulu pernah ummi pgy kursus kat penang brapa hari ntah. rumah huru hara. aku darjah 6 time tu. kaklong dgn abg dok asrama. aku la yg paling tua dlm rumah tu (kcuali ayah)..aku la yg kena urus semua. sapu smpah mop lntai basuh pinggan sidai baju. ada aku bwk kluar ayam nak goreng lpastu ayah dah beli mknan lain, aku lupa smpan balik ayam dlm peti ais. last skali buang mcm tu ja ayam sekor. punyala cuai. and msa tu ilya baby lagi. malam2 nangis ntah nak apa pn aku taktau. ayah dah letih2 kerja mmg mengamukla sbb ilya nangis tak henti2. last2 ayah rendam ilya dlm kolah. sedih wook. time tu aku cuma ingat ummi. ''kalaula ummi ada''.. lpas tu baru ilya diam.
pagi2 sat ayah cari stokin tak jumpa, cari tie, budak2 ni bg semak rumah la, aku dah letih gila jadi suri rumah dgn nak study lg sbb time tu nak UPSR la katakan. mmg kecoh gila lah. hehe pendek kata mmg kami mcm tunggang terbalikla kalau ummi takda. ummi segalanya. bukan aku cakap kami boleh hidup kalau ayah takda. ayah. nanti buat post psal ayah pulak lah. jenuh nak cerita semua kat sini.
emm tu je kot yg aku nak cerita kali ni. kalau nak cerita semua pengorbanan and kasih syg ummi dr aku kecik smpai besar, mmg tak mampu lah kan. terlalu byk untuk diceritakan. yg pasti, kami semua hidup dalam kasih syg ummi. dunia kami hilang kalau takda ummi. arhh aku taktau la nak cerita mcm mana. nak balas tu tak mampu. aku cuma boleh doa ''Ya Allah, Engkau peliharalah kedua ibu bapaku sebagaimana mereka memeliharaku dari kecil hingga dewasa. Engkau sihatkanlah tubuh badan mereka, ampunkanlah dosa2 mereka dan masukkanlah mereka kedalam syurgaMu ya Allah. amin ya rabb'' ummi, anak2 ummi ni sangat2 cintakan ummi. ingatla adik2 ye, doa anak soleh insyaallah Allah makbulkan. jum kita sama2 berusaha jadi anak yg soleh and solehah, boleh bwk mak ayah kita masuk syurga. syg depa kan ?
No comments:
Post a Comment