>

Sunday 15 July 2012

tips untuk mengelak dari digodam

Assalamualaikum

Haruska sebut digodam padahal org boleh ja paham kalo cakap hack -.- manusia suka mempayahkan benda yg boleh ja dipaham dgn mudah pastu byk ckp lak an. Contoh, Ecan buat tajuk entry tulis digodam padahal boleh ja ckp di-hack pastu dia buat intro cakap pasal tu jgak. lewls. 

Ni aku nak share benda ni yaitu tips2 untuk mengelak dari kena godam hack. Sangat berguna la bagi aku yg zero bab2 security dlm dunia cyber ni since aku sendiri dah penah rasa kena hack. Rasa hina dina tu mcm tahap nak gantung diri kat pokok nyoq umah tok bila tak bole buat apa2 masa kena hack dulu tu. Nangis air mata darah pun tak jadi pa. Kemungkinan lappy rosak sbb dilimpahi air mata darah ada la kot. Tsskk. So disebabkan jarang aku share benda benda informative ni harap hampa amik serious la kalini sebab sesungguhnya kak ecan ini sedang lagi serius.

So skrg dgn buat bnda ni aku rsa mcm secure la sikit, walaupun risiko tu masih ada. Better less than nothing aite? At least ada gak pendinding dari kosong. Tips tips ni pun aku dapat dari hacker yang hack aku tu la jugak. So insyaallah boleh pakai. Baca la pelan pelan bagi paham pastu apply nah. Kalo takmo ikut suka ang la nanti kena hack baru tau erti penyesalan tapi time tu semua dah jadi debu dan ang pun cuma mampu meraung dan aku senyum sinis ja masa tu. Acece drama angat.

1. Jangan tangan laju g tekan link dari orang tak dipercayai.  Kalau dah tertekan tu n ternampak sesuatu sedang downloading cecepatla korg cancel atau delete benda yg dah korg donlot tu. Ini kerana ada link yang boleh direct download dgn hanya 1 klik dan kemungkinan benda tu adalah malware yg boleh hack korg. Jengjengjengg

2. Script nie bahaya. Pasal script, kalau ada org bagi script cakap script tu bagus yg boleh ubah FB korg, auto like dan sebagainya jangan mudah tertipu. Dengan script orang bleh rampas id n password korg n hacker bleh automatik jd owner kepada id korg. Selamat tinggal followers and frens. 

3. Pasal website pula, kalau website tu ada butang like jangan korg menggatalkan tangan sangat g klik butang Like kat sana kecuali web tu dari sumber yang boleh dipercayai macam web kerajaan ke apa. Ada sejenis butang Like adalah dicipta sebagai phishing.

4. Klau web atau blog milik hacker, jangan sesekali  tgn g klik benda pelik yang bole perdaya korg utk klik. Ni kerana ada sejenis code yg dpt selitkan malware kat dalam webpage tersebut. Cuma orang yg hebak hebak bermain dengan code pandai buat benda ni n korg takkan perasan ada malware/virus sedang download kedalam pc korg nanti tau tau pc dah kena hack. 

5. Pic, lagu, video, software jgn download sesuka hati. Pandai-pandai la korg agak agak benda tu bole hack ke apa sbb rats atau keylogger boleh menyamar jadi benda yg korg suka. (rats/keylogger adalah sesuatu yg dgunakan utk remote control/hack pc korg). So, file sharing seperti 4shared, rapidshare, mediafire atau sebagainya adalah kilang untuk hacker upload benda2 camni supaya kt donlot. Kadang kadang hacker yg expert dapat buat benda benda ni tak dpt dkesan oleh antivirus. Kalau korg nk donlot apa la salahnya korbankan duit utk donlot dari sumber yg blh dpercayai spt http://gua.com.my drpada korg terkena hack. Nanti tak pasal pasal pic mandi korg hbs tersebar dlm tenet. ~,~

6. Kalau ada org suruh login fb, timeline, yahoo, boomz, atau sebagainya kat link yang diorg bagi tu sila pastikan link tu adalah dari website yang official contoh facebook.com. Website fake ialah web tiruan, ia adalah FB tp link dia bkn facebook.com. Ni org panggil phishing.

Ni fake website game angry bird kat fb yg aku buat. Korg tgk la link tu ---> http://fcebook-angrybird.x90x.net (boleh klik tgk tapi jangan login. Nak login tapi jangan masukkan emel pswd korg. Taip je sebarang benda nanti aku akan gtaw apa yg korg taip kat sna) 

Ni game official dr fb https://apps.facebook.com/angrybirds/?ref=ts (ni halal)

(kalau korg nk tgk contoh2 utk memahami cmne rupabentuk benda2 yg tersenarai kat atas tu boleh je tp jgn minta aku ajar korg cmne nk buat k. Hanya ahli2 crew aku je blh blajar hacking) 

Pasal keselamatan FB pula.

1. set https tu adalah penting. Fb team pun ada cadangkan suruh kita set keselamatan https. https adalah ibarat tiada lubang utk hacker seludup masuk melalui belakang tabir. web bank, yahoo, google smua ada https.

Langkah langkah untuk set benda ni kat fb korg:
tetapan akaun/account setting > keselamatan/security > pelayaran selamat/secure browsing > pstu mark https. jgn lupa save hokay.

2. Lepas https tu setting kat bawah pun penting jgk korg kne set terutama skali login approvals sbb bila org nk login fb kt diorg kne ada code utk login dan code pengesahan tu hanya akan dihantar mlalui sms ke dalam hp kt. Ni inshaallah 80% selamat.

3. Jangan dedahkan email fb kepada orang. Kerana org boleh hack dgn method dipanggil brute force. Nak tau lebih lanjut mohon open new tab and tanya bang gugel.

4. Strong password. Paswed yang katang inshaallah boleh elakkan dari brute force.

5. Email haruslah sentiasa update. Jangan smpai email deactive. Let say korg terkena hack dan password korg telah ditukar oleh hacker durjana, korg msh blh recover balik melalui email. So, please jangan menganaktirikan emel anda. 

*info tambahan daripada adik kat fb : Gunakan VPN kalau connect internet melalui public WiFi. Ini untuk mengelakkan gejala hijack cookies .Hacker selalu poison line pastu sniff cookies .Then selamat tinggal pesbuk ^^ * Pastu aku tanya dia VPN tu apa pastu dia suruh gugel. Tapi malangnya aku malaih nak gugel so hampa gugel la sendiri wahaha. Buruk perangai

Ekceli ada banyak lagi cara yang boleh hack tapi hacker tu kata dia tak larat nak listkan semua. Ada beribu ribu juta lemon cara tapi yang tersenarai ni adalah cara yg selalu para hacker guna so hampa kenalah hati hati. Jangan take lightly benda benda dunia cyber ni. Jom share untuk kebaikan semua. Bahaya kot noh natang natang ni. 

Bak kata hacker tu "ada ilmu tak guna kita simpan sampai mati, tapi gunakan ilmu untuk kebaikan laa bukan untuk kejahatan. Jadi Batman, jangan jadi Joker". Thanks CyberSWAT. Kalau tak maybe sampai sekarang aku merayau sesuka hati dan maybe dihack oleh hacker yang tak berhati perot. :'(

So, that's it. Adios amigos.

cekelat hack ada?

5 comments:

  1. hoho. takut jugak kena hack ni. kang tak pasal nama kita yg buruk kan. elok la ambil langkah berjaga-jaga =)

    ReplyDelete
  2. macam mana awak bole kenal dengan hacker yang hack awak tu ye

    ReplyDelete
  3. macam mana untuk mengetahu siapa yang hack? Ada caraya x untuk mengetahui siapa yang hacks?

    ReplyDelete