>

Wednesday, 10 April 2013

Don't stop! Don't give up! Keep trying!

Bila tak suka something, tapi still gagah berusaha untuk buat yang terbaik.
Paksa diri buat semuanya. Benda yang tak disukai.
Lawan dengan perasaan sendiri yang memang rasa nak memberontak sangat.

Then bila rasa macam dah berusaha, tapi result tersangat terlalu teramat mengecewakan.
Tengok kawan-kawan lain dapat elok.

Jeles. Teramat. Letih. Sedih. Kecewa. Give up.

Ya, memang rasa nak give up. Or memang dah give up.

Tapi just untuk beberapa minit.

Baru nak melancarkan mogok besar-besaran takmau buat the second assessment angkara teramat frust (ya, aku memang dah berniat gila nekad takmau buat tadi!) tetiba someone ingatkan pasal rezeki.

Rezeki depa. Jangan putus asa. Maybe tu rezeki depa walaupun depa usaha tak tara mana..dan tu rezeki hang walaupun hang usaha lebih dari depa

Padahal aku takla usaha cam nak mampos pun. Padan muka padan muka.

Then teringat abang Luqman cakap masa aku form2,

Give up bukanla ciri-ciri mukmin yang baik

Beberapa minit kemudian, tengah delete mesej-mesej lama, terjumpa satu mesej.
Mesej yang ayah hantar masa aku bagitau nak jawab Quiz

“Ya Allah Tuhan yang maha mengetahui, permudahkanlah urusan anakku ini dalam saat-saat dia sedang menjalani ujian. Jadikanlah dia dikalangan orang yang bersyukur dan bertawakkal kepadaMu. Rahmatilah hidupnya didunia dan diakhirat. Amin ya rabbal’alamin.”

Air mata bertakung.

Ya Allah, jadikanlah aku dikalangan hambaMu yang bersyukur dan bertawakkal kepadaMu.
Bantulah aku, kuatkanlah aku.

Allah dah tetapkan tu rezeki depa, dan ni rezeki aku. Kenapa nak persoalkan?
Allah knows the best for us, for me. Adalah tu hikmah…

then teringat pulak video ni, credit to Aiman Azlan for sharing..



Don't stop! Don't give up! Keep trying!

chaiyok Ecan!! 

2 comments:

  1. Yesss, keep trying. Usaha lagi. Muhasabah diri. Mungkin ada salah silap perlakuan kita dimana-mana menyebabkan "markah kejayaan" kita ditolak. Walaupun dah berusaha habis-habisan, tapi kalau idea itu tidak timbul di saat-saat kita memerlukannya maka apa yang mampu kita ingat pada saat itulah yang menentukan berapa markah yang kita dapat. Tapi tak apa. Jadikan ini pengalaman. Teruskan usaha. Pengalaman lalu mungkin tidak sama dengan pengalaman yang akan kita perolehi pada masa akan datang jika usaha kita tidak luntur. Apa-apa pun bersyukur dengan apa yang kita dapat. Semoga kesyukuran itu menambahkan lagi rezeki pada masa akan datang. Selamat maju jaya. A winner never quits , a quitter never wins..

    ReplyDelete