>

Sunday, 19 May 2013

Bila pegawai kesihatan nak check nyamuk aedes.

Assalamualaikum

Harini hari malu aku. Rasa nak huwaa huwaaaa sepanjang hari tanpa henti sampai keluar air mata darah. Huwaaaaa………… L

Pagi tadi macam biasa, bangun pagi, online. Dah nak buat macam mana, masa lain line lembab. So nak best online la pagi pagi. Lagi satu sebab nak elak dari tidoq balik, so aku online. Kalau tak online konfem aku tidoq. Tapi nak dijadikan cerita malang aku untuk hari ni, line buat durjana kat aku pagi tadi. 0.00Kbps kot noh. Nganga aku depan tu sampai bebai. Last skali tutup lappy, sumbar earphone dalam telinga, dengar lagu…

Tak lama pastu aku tengah separuh sedaq dengan lagu kat telinga, aku dengar suara orang bagi salam. Macam kena shock letrik aku bangun terus, jengok kot tingkap, ada laki 2 orang pakai seragam. Aku pun terus berlari ke dapoq, basuh muka, makan chewing gum, tarik cardi, tarik tudung instant ummi. Siap.

Rupanya orang pejabat kesihatan nak check nyamuk aedes. Aku pun dengan blur2 bagi depa masuk rumah untuk check toilet.. Kalini aku baik..

Teringat masa aku form5 kalau tak salah, orang pejabat kesihatan mai rumah, kejadian yang hampir sama. Tapi yang tu lagi maluuu. Huhuuuu.

#throwback

Masa tu aku siap dah bukak tingkap semua pastu aku tidoq balik. Dengar suara orang bagi salam depan tingkap aku oiii! Aku dah terjaga tapi memang sumpah aku buat keras atas katil tuu. Nasib baik kebetulan bantal tutup muka aku. Lama gilaaa depa bagi salam depan tingkap. Aku rasa nak maki jaa. Jenis tak mengenal erti putus asa nih. Bagi depa 'putus asa' tu apa? Sejenis ikan di lautan antartik? K. Sampai la depa panggil jiran aku tolong gerak muhahahahaha. Padahal aku jaga lama dah. Belakon ja semua. Dah jiran aku panggil, aku dengaq suara depa takdak dah, so aku pun bangun terus. Terpaksa. Depa memang takmau mengalah sungguh.

Pastu depa pun tanya umur berapa. Aku malu nak ngaku 17 tahun sebab tadi dahla blakon tidoq. Maluuuuu gilaaaaaaaa. Laju ja mulut aku cakap “darjah 6”. Hahahahahahah! Yang tak tahan depa percaya. Hahahahaha lagi sekali. Pastu depa pun tak jadi masuk sebab takdak grown up dalam rumah kan. Dia bagi ubat jejentik suruh bubuh dalam kolah. Pastu depa blah..k. aku darjah 6. Haha. k ecan k. darjah 6 pun boleh..

Tapi tu cerita lama..
Tadi cerita lain pulak..tadi aku baik, tak menipu dah. Dengan muka sememeh, dengan pakai tudung instant ummi, aku hadap 2 orang laki tadi.

Pastu salah sorang tu tanya aku “Cikgu ka? Tak mengajar harini..?”

Aku pun “a’ah..” pastu eh apa aku cakap ni? 

“eh bukan…bukan cikguuu..” *tonyoh2 mata*.

Dalam hati: mesti dia nak kutuk aku muka macam makcik2 kan, dengan pakai tudung makcik.
Depa pun muka macam nak senyum2. Rasa nak terajang.

p/s 1: kenapa tak suruh pompuan ja mai cek? bukanka time2 pagi ni surirumah ja ada kat rumah? bukankan surirumah ramainya pompuan.? tak sopan betoi.. hish

p/s 2: motip update cerita boring?? k. aku boring sebenaqnya.. :(

p/s 3: sebenaqnya aku crita tak habis pun kat sini..sebab aku maluu. hemohemo

=B

4 comments:

  1. Laa cerita yang darjah 6 saja ka.

    Cerita baru yang Form 1 tak dak ka

    ReplyDelete
    Replies
    1. crta apa plak dah yg form1 -.-'

      Delete
  2. haha. ok lagi la menyamar jadi budak tahun 6
    momoy kecik2 dulu menyamar jadi pasu bunga. lagi abestos. keh keh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha momoy ni dah kenapa sengal sangat hahaha. apakah persamaan momoy dengan pasu bunga yang boleh tepikir nak jadi pasu hahaah. serius lawak laa.

      Delete