>

Saturday 29 June 2013

The man who decided to change on 12th died on 11th *sambungan*

Assalamualaikum

So..ehem..ekoran daripada tekad aku nak try berubah, (<-- klik utk baca yang Part 1) makanya aku pun mulakan langkah pertama. Ni aku siap buat kronologi lagi crita pasal macam mana pemakaian aku jadi  dari tak menutup aurat, sampaila macam yang sekarang. Alhamdulillah aku berjaya!

1) Tudung kupu-kupu
Masa tu macam hujung hujung sem2 lah seingat aku. Aku mula dengan pakai tudung buat bentuk kupu kupu. Tutup dada sikit sikit ja. Tapi aku tak puas hati sebab aku rasa buat aku nmpak lagi gemok plus nampak macam leher pendek. Bila tengok diriku di cermin aku mula keliru adakah aku ni manusia atau kura kura. Ehehe melawak hambar. Dan masa tu aku still pakai tudung Syria yg elok elok paras dada ja. Aku suka sangat tudung Syria sebab elok elok terletak then aku takyah susah susah iron bagai. Di samping aku tepengaruh dengan Fatin Liyana haha.

2) Baju XXL. 
Lepas tu terus cuti sem. Masuk sem3 ja, aku bawak baju baju saiz XXL dari rumah. Baju baju zaman aku skolah la tuu. So aku pelan pelan ganti. Dari baju tak berapa nak luas pakai dengan cardigan, aku tukar pakai baju XXL tu terus. Lagi mudah takyah cardigan bagai. Tapi kadang kadang ada gak aku pakai lagi baju baju lama tu, sebab tak banyak lagi pun baju XXL aku. Seluar pun still pakai yg ala ala skinny tu. Susah nak tukar semua terus sebab semua tu perlukan duit nak beli. Ingat secara tiba tiba semua baju baju cukup sifat ada dalam lemari aku ka? Taaakk. Semua kena beli. Beli perlukan duit. So sementara nak beli sikit demi sikit baju baju cukup syarat, aku still pakai yang lama. 

Dan tambah kuatkan diri aku nak ubah sebab masa tu bulan puasa. Ramai sangat share macam macam. Ada satu tu yang buat aku tertarik. Aku tak ingat ayat sebenar dia, tapi maksud dia lebih kurang camni a :

“Bulan posa ni kan kita dah puasa, dah tambah ibadat bagai. Tapi kalau lepas bulan puasa ni takdak benda baik yang jadi kat kita, takda improvement, tak jadi yang lebih baik dari sebelum puasa, kiranya ibadat time bulan puasa haritu tu macam takda makna.”

Alaa. Seriyes aku tak ingat ayat betoi dia. Tapi something yang macam tu la..lebih kurang. So, aku takmaula ibadat aku sia sia, Allah tak terima ka cena. Ada la something dalam ayat tu yang buat aku nekad lagi. Thanks siapa yang share tu. Jasamu dikenang walaupun aku dah tak ingat siapa yang share. Allah Maha Mengetahui! Allah bless you

3) Stokin
Then pelan pelan aku latih diri pakai stoking. Hihi. Pelik kot rasa. Sebelum sebelum ni senang ja nak keluar mana mana, terus sarung kasut dengan kaki bogel macam tu ja. Tetiba nak kena stoking stoking pulak. Memberontak gak aku sorang sorang dalam hati. Puas gadoh dengan diri sendiri. Tapi dah kata nak berubah kan…paksa la diri. Tu salah satu sikap aku yang aku suka alhamdulillah : kadang-kadang aku jenis tegas jugak dengan diri sendiri. (Contoh lain aku tegas adalah aku tegas tak makan Mekdi. Takda kompromi!)

4)  Handsock
Tak lama lepas stoking, aku try handsock. Yang ni paling takleh belah. Pelik kot masa tu. Sebab dengan pakai seluaq agak ikut bentuk kaki, pastu aku pakai baju XL, tudung Syria paras dada, tetiba pakai stoking. LOL. Tetiba pakai handsock!! TROLOL. Serious cacat. Gabungan yang halal haram. Pakai stokin, baju XL dengan pakai handsock dah cantik. Tapi pakai seluaq acah acah skinny dengan tudung paras dada. Hehe. Pelik. Tapi nak buat macam mana, seluaq lain tak da.. Tudung bawal nak kena iron bagai. Malaih sangat la nak iron kalau setakat nak turun beli makanan ja. So aku tibai la ikot sedap aku. Yang penting ada gak improvement. 

Dalam masa sama, aku dah tak suka laki baik tuu. Ada la sebabnya takkan semua nak cerita hehe. Cerita lama la semua tu. Lawak kot bila ingat balik. Malu pun hado!

Tapi paling penting, walaupun aku dah tak suka kat dia, aku still teruskan niat nak berubah ni. Meaning that aku berubah bukan sebab dia! *Plapplaplaplapalpalaplap* Ehem ehem.. Terima kasih terima kasih, jemput duduk.

5) Dena Bahrin. LOL
Masuk sem4, aku baru try pakai tudung bawal gaya Dena Bahrin. Nak cover chest la kan. At the same time sebab aku tengok gaya Dena lagi lawa dari gaya kupu-kupu. Kalau ikut taste aku lah. Depends masing-masing. Yang penting cover dada.

6) Inner neck
Pastu baru aku beli inner neck, sebab tudung bawal kan jarang. So kenala pakai inner neck nak cover leher. Rinduu sangat nak pakai tudung Syria. Mudah pakai dan tak jarang. Tapi aku still takda tudung Syria yang labuh. So terpaksala setia dengan tudung bawal. Plan balik cuti sem tu nak cari tudung Syria yang takdak awning yang labuh sikit. Tapi tak jumpa. Ada pun yang bidang 60. Labuh sangat tuu bagi aku. Aku nak yang biasa biasa ja. 


7) Inner neck the lagi dan lagi
Dan lepas tu, aku baru ingat yang bawah dagu pun aurat jugak. Sebab tu kena tutup time sembahyang. Aiseymennnn. Kenapa boleh lupa sebelum nii. Hmmph.. aku pun try tarik tudung bagi tutup dagu. Mak aih peliknyalaah muka. Pastu Kayan kata suruh pakai inner yang tutup dagu. Dan baru baru ni baru aku jumpak inner jenis tu. Makanya aku pun beli lah. Dan aku try. Muahahaha. Muka pelik gila oii. Sekali ja pakai, lepas tu tak terpakai lagi dah. 

So..that's it. Takat ni ja dulu yang aku dah ubah. Memang pelan pelan. Dah setahun lebih dah episod perubahan seorang ecan, tapi baru takat ni aku mampu capai. Apa apa pun, I believe in gradual change. One thing at a time. Pelan pelan takpa, asalkan konsisten. Teruskan bergerak, improve diri sendiri. Memang rasa berat, rasa tak ikhlas sangat mula mula. Biasalaa.. bak kata Hlovate, "fake it till you make it". Macam aku sekarang dah tak rasa berat nak buat semua ni (kecuali inner neck tutup dagu. Yang tu still berat T.T ). Tapi takpala, asalkan mula. There's always a first step in everything aite? Lama lama nanti biasala.. Kita rasa macam bergerak pelan sangat, tapi sedaq sedaq dalam setahun ni banyak kot beza aku dulu dengan aku sekarang. Seriously. So, mulalah..pelan pelan pun takpa..

Ihikk. Rasa macam ustazah angatt bila cita macam ni. Nasib baik tak buat ayat “masya Allah, I feel so blessed with people around me yang keep supporting me dalam usaha nak berubah ni.”. kalau tak mau tak pasal pasal ternganjing dena bahrin hewhew. Itew bgurau jeww kak Dena omeyy. Hehe.

p/s : setahun lepas entry ni ditulis, aku sekarang dah berjaya istiqamah pakai tudung labuh, berstokin, ber-handsock, berpakaian longgar dan menepati syariat berserta berniqab! Langsung dah tak kekok alhamdulillah. See. Kalau aku tak mula first step dulu tu maybe aku still dengan pakaian dosa tu. Apa yang kita perlu buat adalah jangan bertangguh. Mulakan perubahan anda sekarang jugak! Perlahan-lahan takpa. Yang penting keep moving. Inshaallah semua orang boleh menutup aurat dengan sempurna kalau dia nak :)


1 comment:

  1. wahh... serius suka momoy baca. Alhamdulillah.
    dear comel sangat =)

    ReplyDelete