>

Monday, 5 August 2013

Wet Parteyhhh, Paul Frank & Nenek Kebayan

Assalamualaikum and haaiii!!

Bertemu lagi kita kalini dalam blog yang sangat pisang ini. Terima kasih aku ucapkan atas sokongan yang tak berbelah bagi oleh semua pihak yang sudi memisangkan diri dengan segala jadah apa yang aku merapu tang sini hoho. Walaupun tak ramai yang baca tapi still la ada orang baca sebab tu aku tak penah penah serik nak tulis haha. Thank you thank you! Sila sila, buat cam rumah sendiri.

Ada dalam entry berunsur gegels sebelum ni yang aku dok gebang pasal bilik aku tu, kan aku ada bagitau aku dah tukar bilik. Berikut adalah di antara sebab sebab kenapa aku dan kawan kawan telah nekad untuk tukar bilik walaupun segala kegembiraan dah kami temukan dalam bilik tersebut.


Wet parteyhh

Hari first Ramdhan haritu, tengah sedap sedap aku bercucuk tanam dalam Ranch Rush, tetiba dengar bunyi air kuat gilaaa kat luar bilik. Jenguk kat luar rupanya air turun dari bumbung dekat koridor. Gara-gara memliki sifat pentingkan diri yang tinggi, kami pun ignore ja. Lagi pun bukan kena bilik kami. Lebih baik jaga tepi kain sendiri supaya tak terlondeh daripada menyibuk hal orang. K takda kaitan. Maka, aku pun sambung menanam jagung dan tomato kendian mencukur bulu kambing biri biri dengan gigihnya. Setengah jam kendian, tetiba dengaq tap tap tap. Rupanya Allah dah bagi balasan time tu jugak. Wuuwuw. Katil aku mangsa first. Celapak la kami tarik semua barang. Dan akhirnya bilik pun jadi bagai singapura dilanggar todak. Huru hara gila.

yeayy tak sampai seminggu basuh bilik pastu dah dibasuh lagi sekali namun kali ni tak payah angkut air penat penat dari toilet \o/ bestnya bestnyaa 

Report kat admin pun takda wakil yang naik bilik tengok semua. Mungkin kami ni sangat tak penting umpama kalau mampus tenggelam air pun takda efek dekat kolej kecuali Tyra sebab Tyra COPA so kira berguna la jugak. K jadi an aku buat drama. Cuma paip utama ja lah depa tutup, so air tak menitik dah. Pastu ada pakcik tu mai tengok tangki kat atas bumbung. Disebabkan dia naik kerabat bumbung tu dari bilik kami, so kami semua terpaksa burn kelas 1 jam sebab takda siapa nak jaga bilik. Tssk. Sedihnya kena ponteng kelas. Nak nangis rasa. Rasa macam apalah guna mai kolej kalau kena burn kelas. *jogetlambaksecaraberjemaahselamasejamtanpahenti*


Frankie



Si Paul Frank ni memang dah lama jadi penghuni KPMIM. Kira cam penunggu pon ada la. Tapi sebelum ni aku takla kerap sangat kena hadap dia sebab sebelum sebelum ni aku dok blok depan. Tak sangka bila duduk di blok hujung sekali ni possibility untuk jumpak dia teramatlah tinggi. Nak pi toilet kena bawak kayu dan sentiasa berjaga-jaga. Terhendap hendap tengok natang ni la. Bahaya gila kot. 

Penah haritu kami satu bilik pi toilet (dengan membawa kayu) secara berjemaah. Time nak balik tu, elok elok aku bukak pintu toilet, tadaaa *insert 'tadaaa!' dengan nada penuh seprais here* ada 4 ekor bang frankie tengah tunggu kami di luar koridor. Memang kami tak panik gila pun. Dengan tiru gaya seekor onyet sebijik lengkap ngan hukhakhukhak lagi aku halau dia pakai kayu. Dia tengok aku. Lama. Aku sambung hukhakhukhak dengan lebih semangat daripada tadi dengan harapan dia meluat tengok aku pastu dia blah. Tapi malang tak berbau, terus dia nak terkam aku. Natang berok betoi. Aku syak mungkin bunyi hukhak aku tadi dalam bahasa monyet adalah sejenis bunyi yang memiliki tarikan seksual haha. 

Sampai kami terpaksa mintak bantuan kecemasan dengan menjerit sekuat mungkin dari dalam toilet. "Tolong!!!! TOLONG!!". Tobat aku tak bohong. Sampai ada suara dari luar kata bang frankie dah takda baru kami boleh keluar. Aku syak mesti bila dah masuk dalam hutan nanti mesti depa pakat cerita habih dekat family masing masing pastuh bantai gelak ramai ramai dekat kami. Pfft.


Misteri nenek kebayan he he heee~

Then, ada satu malam tu, aku dah tidoq masa tu. Pastu aku terjaga sebab dengar kecoh kecoh dan bulu tangan tengkuk aku semua meremang. Tapi memandangkan waktu tidur aku adalah segalanya bagi aku maka aku pun ignore semuanya dan sambung tidoq wahaha. Keesokan harinya Ku dengan Azim pun bukak cerita. Jengjengjeng. Semalam, bilik bilik keliling kami macam kena ketok dengan gergasi. Dungdungdungdungdung kuat gila dia ketuk pintu. Dan bilik bilik keliling kami semuanya mana ada orang. 

Pastu atas bumbung pun macam ada gergasi lari. Aku tau sangatla bunyi monyet lari sebab hari hari dia main aci ligan atas bumbung kami. Tapi yang kali tu memang macam gergasi kata mereka. Kiranya macam dia gegar habis habisan lagi bilik kami malam tu. Kira kanan atas semua dundudgudndgdudngdudng tunggu nak runtuh ja tapi nasib baik tak runtuh. And the best part is bila Ku bukak pintu nak check natang apa punya angkara terus dungdungdungdung tu jadi sunyi sepi macam takda apa apa yang berlaku. Pastu dia masuk  bilik balik, bunyi lagi. Yang aku dengan Tyra memang tidoq serupa orang mati. Haha. Ada orang cerita penah ada bunyi ketuk pintu camtu gak, rupanya nenek kebayan nak cari cucu. Tangki kat kolej tu memang femes habih dengan cerita nenek kebayan. Betoi tak betoi jangan tanya aku la. 

Plus, floor tu memang creepy gila. Mau tak nya, floor lain ramai ramai penghuni, floor tu pulak dekat 7 bilik kosong tak berpenghuni. Toilet hujung tu pulak bumbung berlubang. Hang bayangkan kalau kami tengah mandi then monyet turun dari bumbung. Memang tak histeria kami nanti. Bahaya kot woi! Monyet monyet tu penah gigit selipar orang sampai koyak semua. Belum lagi daging kami yang sangat lazizah wa rokhisoh ni. Eh kenapa tetiba termasuk ayat arab yang hapai masa form3 dalam blog nih haha. 

So, lepas satu demi satu dugaan yang seumpama menghalau kami pergi dari situ, kami pun terus sebulat suara untuk berpindah ke bilik di blok yang paling depan sekali. Walaupun terpaksa meninggalkan segala kegembiraan bilik tu, kami redha. Dan sekarang alhamdulillah, semuanya gets better *walaupun ekceli aku slalu gak dengaq bunyi macam macam dari bilik yang dah bertahun kosong sebelah bilik baru kami ni he hee~*


5 comments:

  1. uwaaa... misteri sangat.

    paul frank eh. haha.
    suka momoy baca entry nih

    yg frankie tu momoy pernah alami. zaman study dulu sewa rumah dekat dengan campus. x tau pula area situ byk abg frankie ni.
    dia kan kalau jumpa laki dia takut, tapi kalau jumpa ompuan, dia x takut dear. sbb dia ni spesis yang gatai (ulat bulu)
    huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. so truee!!!! dia memang tak takut pompuannn! seriyesli. dengat laki dia tak takut kan.. kuangajo natang niii

      Delete
  2. Assalamualaykum. Just came across your awesome blog. MashaAllah, love all those funny entries. Keep it up and may Allah bless, ameen c:

    Link exchange, yes?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam :) thankyou for spending your time visiting my tak-pemes blog :) smoga dlm entry2 merapu tu ada gak yg bermanfaat untuk dibaca :) thanks again

      Delete
  3. thanks. jemput datang lagi lain kali kalau boring

    ReplyDelete