>

Monday, 21 October 2013

Kecelaruan identiti

Assalamualaikum

Aku ni serabut la. Semua orang yang kenal aku tau kata aku serabut. Serabut megi. Ada beberapa orang kata aku terlalu banyak pikir. Sebab tu aku cepat stress. Benda kecik aku pikir sampai dalam dalam pastu kalau tak dapat jawapan aku mula stress. Aku tak rasa benda tu terlalu menyetereskan aku tapi dalam tak sedar rupanya aku dah stress to the max. Pastu terus ulcer naik penuh mulut. Eh, tahukah anda antara punca utama ulcer di mulut adalah sebab stress? Tu fact k. Aku tak menipu. Dari kecil mak tak penah ajar kau menipu Kiah..k k mak, kiah janji tak menipu dah.

Contoh benda yang orang kata kecik tapi aku pikir dalam dalam adalah time nak beli air minum. Aku nak sangat air tu pastu bila aku dah bok keluar duit nak bayar aku pikir lagi perluka aku beli ni. Kenapa aku tak minum air kosong ja kan lagi berkhasiat malah lagi murah. Beli air manis ni macam aku beli penyakit. Eeee. Orang takmau penyakit tapi aku pulak berusaha membelinya. Eee. Tapi aku teringin so macam mana? Tapi ini tak bagus ecan. Pastu aku akan tanya sesiapa yang ada dengan aku time tu

“Kalau hampa jadi air limau ni hampa nak dibeli atau tak?”

Pastu satu meja tu jawab “Naaakkk” serentak. Pastu baru aku beli sebab aku rasa aku ada sokongan. Camtu la kehidupan harian aku. Nampak kan betapa aku perlukan kawan kawan sebagai sokongan. *Hug*
Pastu kan. Aku suka pikir boleh tak pakai macam ni, boleh tak macam tu. Dosa tak macam ni, dosa tak macam tu. Ingat lagi aku post pasal nak pakai purdah lah apa tu? Haa, aku memang nak pakai gila kot! Aku dah nak beli sangat dah haritu. Tapi aku pikir pulak kan kat kolej ni takleh pakai. So kalau aku dah start dah pakai so gambar gambar aku kat kolej ni takleh publish dekat public. Sedihla akuuuu wuwuwuuu. Ada gambar dengan kawan kawan bergembira gegels gegels, ada gambar dinner nanti seronok seronok. Mestilah nak sangat kan instag or boh kat fb dengan blog ni. Dah nama pun aku.

So kadang kadang aku pikir, as long as aku tutup aurat aku boleh boh gambar suka hati aku (selagi gambar tu takda posing maut lucah lucah aww aww). Tapi kadang kadang bila iman bertambah aku pikir hmm walaupun tutup aurat tapi tak bolehla macam ni ecan. Jangan k jangan *tepuk bahu tanda memujuk*.

Kebelakangan ni aku rasa iman aku merudum la sebab tu aku upload gambar sesuka hati ja hahaha. Tapi takpa kan.. as long as aku tutup aurat. Cuma takut orang pikir bukan bukan la dekat aku. Eh pompuan ni haritu bajet ilew katew nak pakai purdah bagai. Tetiba uplod gambar koya leuwllsss.

Like I care.

Seriously sebenaqnya aku care. Tapi entah. Kadang kadang aku nak gak bagi chance kat diri aku dalam peperangan dalam diri ni. Ya Allah, nak upload tu pun pikir seribu kali sebenarnya! Jenoh perang dunia kedua dalam diri aku. Haish.. Aku nak publish tapi aku rasa berdosa sebab pompuan yang solehah takdanya publish gambaq macam ni. Entahla. Nanti kalau hampa tengok balik hilang dah gambar2 spesis ni maknanya aku insaf pulak lah tu. 

*gambar dah hilang*

Gambar diatas ni la jadi punca aku up entry ni. Aku publish gambar ni sebab seumur hidup ni first time aku dimekap sebegini rupa. Ni kawan aku main conteng conteng muka aku sebab depa nak test mekap untuk dinner. Saja seronok seronok publish sebab bila dah filter aku terus "maigaaaddd, rupanya aku ni adalah seorang Cullen yang tercicir mungkin hilang masa mommy ajak pi memburu malam tu" Eksaited terus nak tunjuk Ecan versi the Cullen. Baru aku tau aku ni one of the Cullen yang pemes ames tuu. Start pada sekarang aku bukanlah lagi Toretto or Bond. Aku Ecan Cullen. 


Ni Edward, bang chik aku. 


7 comments:

  1. Replies
    1. hahaha. hai momoy! *lambai tangan sambil gayut dari pokok ke pokok*

      Delete
  2. hmmmm... keluri gak kat mn keliru.. ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah kan. baru perasan tajuk mcm tak berkaitan sgt. haha

      Delete
  3. Lol bang chik . Itu tak boleh blah XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. knapa? kenal la bang chik ite? haha

      Delete
  4. hye singgah.. hehe. edward hensem.

    ReplyDelete