>

Monday, 30 December 2013

Some things I need to accomplish by 2014

Assalamualaikum

So, memandangkan 2013 dah nak habis, so aku pun letak beberapa target untuk 2014. Hehe. Tak sangka kot misi 2013 aku banyak yang accomplished, siap lebih lebih dari tu lagi. Tahniah can tahniah. So aku memang semangat nak settle yang 2014 pulak. Ganbatte ecan! *tangan genggam, mata bersinar sinar* 

Pertama, aku kena serious hafal resipi makanan, like seriously. Aku nak prepare diri aku jadi surirumah yang perfect. Or at least nearly perfect. Ayah mohon jangan menganjing. Tau la perfect tu impossible, tapi dalam usaha nak bagi perfect tu, walaupun tak jadi perfect, tapi mesti banyak yang improved. Paham tak aku cakap apa ni. 

Aku nak tambah ilmu agama sebanyak mungkin. Aku nak prepare diri untuk didik anak anak aku nanti. Nak lahirkan seorang Al-Fateh bukan dengan merapu-merapu ja. Anak anak yang berakhlak Muhammad takkan lahir dari ibu yang perangai macam apa. Aku kena kuat lawan nafsu nafsu jahat yang suruh aku buat jahat! Aku kena tegas dengan diri sendiri untuk improve diri! Pendek kata, panjang tak kata pa dia diam ja, macam mana aku nak anak yang bagus, macam tu la aku kena jadi jugak. Dalami ilmu agama sebanyak yang mampu.Yang ni memang aku dah ada plan. Tak sabaq tunggu habis praktikal. Seriously. Pehh semangat gila aku type ni. Rasa cam nak tcabut huruf huruf kat keyboard. 

Aku nak sihat dan katang. Sejak sejak berenti main gym, aku rasa aku dah berenti terus exercise. This is no good ecan. Kamon la. Serious badan rasa sangat loi (baca: tak bermaya karin). Pilu sangat pikir keadaan diri sekarang. Rasa macam nak dok bawah katil selama sebulan menangisi nasib diri. Please ecan. At least sit up 30x sehari, skipping 200x sehari. Ya Allah, dah lama sangat tinggai semua ni. Huu.. Imma burrito of sadness. T.T

Minum banyak air. See, betapa pentingnya air dalam hidup sampai aku masuk dalam target 2014. Sebelum ni elaun bulanan aku habis lebih RM50 untuk beli air mineral. Tu pun selalu tak cukup air. Ni dah dok kat rumah, sila ambik kesempatan. Minum air sebanyak mungkin. At least 3L sehari.

Aku nak kurangkan upload gambaq yang dalam jarak yang dekat. Nak stop terus upload take time. Benda aku suka kot! Ingat senang ka nak buang. So, tara tak stop lagi tu, aku nak cuba pelan pelan dengan upload yang jarak jauh jauh. 

Betulkan hati, positifkan diri. Selalu orang mula dengan pebetul hati, baru fizikal akan berubah ikut hati kan? Aku penah dengaq camtu kat mana tah. Tapi aku tak. Aku mula dari luaran dulu, barulah secara automatiknya dalaman aku pun nak ikut berubah. Susah nak lawan diri sendiri. Tapi aku kena jugak lawan apa apa yang buruk tu. Sebab yang buruk tu semuanya bukan aku yang sebenaq. Aku yang sebenaq sangat baik. Fitrah semua manusia tu baik. So aku bukan berubah pun. Aku just kembali pada fitrah :)

Mula bisnes! Lagi 3-4 bulan nak habis diploma. Pasni dah takda sumber duit bulanan dari MARA. Aku harus start pikir dah mana nak cari duit saku untuk diri sendiri. Seriously aku bukan jenis yang senang hati nak mintak kat ummi ayah selagi tak betul2 terdesak kecuali aku kena guna duit untuk benda penting. Maksud tersirat ayat tersebut bukanla Ecan anak yang baik takmau menyusahkan ummi ayah. Maksud sebenar adalah hobi masa lapang aku adalah beli benda tak betul2 penting ekeke. Jubah tu cantik, tudung labuh ada sikit tak cukup kena beli lagi, niqab Yemen tu triple lawa!!, buku ni penting, set Dhia Ardini dah nak habis, ya Allah muka banyak blackhead kena beli mask. Hehe. So aku mesti buat something untuk cari duit. Yang ni I already have a plan yeay! Tunggu update inshaallah minggu depan.

Amalkan sunnah Rasulullah s.a.w sebanyak mungkin. Dalam hidup hari hari ni cuba ikut sebanyak mungkin cara Nabi s.a.w. Banyak benda benda mudah ja tapi kita selalu abaikan padahal dah boleh dapat pahala kat situ. Contohnya minum air 3 teguk, tidur mengiring kiri, buat apa2 mula dengan anggota badan kanan, cara jalan macam naik bukit, jalan laju, makan makanan2 sunnah, and macam macam lagi. Banyak sangat benda yang mudah2 ja kita boleh dapat pahala tapi kita tak buat. Kesian kita ni. Kata cinta Rasul s.a.w, tapi tak tunjuk macam ingat pun kat Baginda. Hmm hmm. So antara azam nak mula tahun ni adalah nak cuba ikut sebanyak termampu. Inshaallah.

So, setakat ni ja dulu yang aku terpikir. Kalau ada nak tambah aku akan update later. Doakan aku semoga semuanya berjalan lancar k. Ow i hope i hope i hope xoxo publish


13 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. WAH....byk sunggoh impian and target hg...haha...bagus tuk masa depan....
      thanks bg aku idea buat target....tp aku berminat tang 1 ja....tang busines...
      hehe...lw blh kongsi..kita pakat2....jom ar..aku nk duit ja....(tp malaih sket...)
      ok wpapon..all the best....next my target is you...!!!

      Delete
    2. kalau malaih aku malaih gak la nak kata pa hannah oi hha

      Delete
  2. Saya sebenarnya bekenan sungguh baca ecansenpai punya blog. Tapi saya tak berani komen. Baguih la teruskan. Kalau boleh saya nak jadikan ecan ni sebagai tempat saya bermadu masalah. Sincerely, saya yg sangat misteri nusantara

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ku tu sapa ecan fadhlina? Mana ni kakcan tak update lagi. Tak sabaq nak baca blog ecansenpai niiii byk informasi dunia ukhrawi. Kami shayannnggggggg ecan fadhlina. Sincerely, yang teramatlah ber-misteri nusantara

      Delete
    2. ye. momoy pun sayang ecan. . hihi
      semoga dear ecan tercapai apa yang dihajati. Amin

      Delete
  3. ok...cm dh silap tempat koment..tp xpa,,,wat tatau ja,,,muka still xbersalah
    weh ecan... (y)...thumd up...aku ingat nk p umah hg..tp menyedihkn aku xbawa balik lesen moto or car....oh no...aku xtau nk buat apa....sabar jela...

    wpappon...congrate utk hg...ok aku pown nk yg lbh baaik dr hg...tudddia...haha...ok kbai :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. mcm mana boleh tak bok balik lesen wei. aku heran sungguh..bukan tu mmg wajib dlm purse ka? -,-'

      Delete