>

Saturday 8 February 2014

Praktikal di Modenas part II

Assalamualaikum

Pertama kali dalam hidup aku nebes tahap nak pitam. Pertama kali dalam hidup aku tak boleh tidur malam sebab ketaq nak hadap hari esok, pukul4 pagi cuba pejam mata tapi sangat lambat nak tidur, bila dah tidur tejaga mengejut pulak sebab nightmare, bukan sekali. 

Berkali kali aku terjaga sebab nightmare. Last aku jaga sebab aku dengaq azan subuh. Then solat subuh dalam keadaan jantung boleh dengaq dupdup tu. Kaki dah sangat lemah. Dah siap siap semua, dah pastikan barang semua cukup, ummi tanya nak pi sendiri atau nak dihantar. Aku suruh hantar. Kenapa? Kedua mental dan fizikal aku dalam keadaan sangat tak stabil dan tak selamat untuk drive.

Salam ummi before naik keta dengan ayah, ummi kata “Buat elok elok. Rabbi yassir wala tu’assir. Rabbi thammim bil khair” 

Aku balas, “satgi konfem ayah balik bawak Naan balik, bawak Naan yang pengsan. Ataupun satgi ada orang call ummi suruh mai amik Naan pengsan kat sana ha ha” Cuba bergurau padahal serious dada sesak rasa nak pitam. 

Tu la keadaan aku siang tadi, before presentation dekat Modenas. Sepanjang jadi pelajar Kolej Profesional MARA Indera Mahkota, Kuantan dalam jurusan Diploma in English Communication, presentation tu adalah rutin mingguan. Kurang2 seminggu sekali wajib present something. Paling banyak pernah seminggu 4,5x camtu. Makna kata memang dah lali. Memang dah hafal ayat intro apa bagai tu. Dah jadi darah daging.

Tapi..

First time present dekat tempat praktikal ni memang buat hidup aku huru hara. Duli timeline aku pun memang dah tercemar dengan status status tak bertamadun lagi bermanfaat aku tu. Sebelum ni aku memang jaga imej FB aku sebab tu medium utama aku nak berdakwah, so aku kena tunjukkan contoh paling baik so that orang akan ikut. Aku sebolehnya nak jaga apa yang aku dok update kat FB.

Tapi untuk beberapa hari sebelum ni, maafkan aku wahai rakan rakan FB, semuanya tercemar. Status emo, merepek, macam tak berpijak kat  alam nyata semua ada. Aku terlalu nebes tahap nak pitam. Aku tak tipu. Aku macam dah tak kesah langsung dengan imej FB yang selama ni aku jaga sebab seriously aku cuma nak LUAHKAN SEGALA RESAH GELISAH AKU NI TAK TAHAN DAH OII AKU NEBES AMATT!! Motivation aku memang dah totally hancoq. 

Motip blogpost kalini?

Takda apa. Just sebagai kenangan di hari tua. Hashtag Praktikal di Modenas. Ni nebes paling dahsyat pernah aku alami. Aku cuba calm down tapi aku tak boleh get over perasaan tu. Sangat kuat. Alhamdulillah at last semuanya berjalan baik walaupun tak perfect. More than enough bagi aku.

Dan inshaallah, entry akan datang aku akan buat entry mengenai:

-Floral Mask by Dian Pixy
-Rewards untuk diri sendiri sebab survive presentation tadi
-Tips membantu nak hijrah ke arah lebih baik
-Surat untuk sahabat (tajuk mungkin aku ubah. buat masa ni takda idea lagi. seriously aku cukup teruk bab nak bagi tajuk entri T.T)

p/s : maafkan aku wahai pembaca budiman sekiranya blogpost kalini sangat takda isi dan tak bermanfaat. sesungguhnya aku baru hadap hari yang sangat stressful then aku tak tidur langsung lagi sejak bangun subuh pagi tadi so sangatlah dihargai kiranya anda sudi memahami keadaan diriku ini. 

adios

No comments:

Post a Comment