Heheee.
So memandangkan haritu dah lepas azab sebulan serabut otak dicampur pulak dengan 1 hari rasa nak pitam tahap extreme gara gara nak buat presentation kat tempat praktikal iaitu Modenas, sekarang masanya untuk reward diri sendiri.
Macam biasa, beberapa hari before presentation aku dah list out benda benda possible yang aku nak sebagai reward untuk diri sendiri. Benda-benda simple sangat bagi orang lain tapi untuk aku, pikir pasal tu ja dah boleh buat aku sengih sorang sorang hehee. Ecan is being ecan. Dia memang suka berangan camni. Hobi masa lapang. Memang dah sifat semulajadi dari kecik g hehe.
Fresh flowers
Memang sejak beberapa bulan lepas, aku cuba make sure sentiasa ada fresh flowers dalam rumah. Rasa kesian gak bunga sebab macam support pembunuhan bunga secara perlahan tapi aku suka gila kot bunga bunga ni huhu. Rasa macam membantu banyak gak a nak hilang seteghess bila balik keja. Huhu. Minggu nak presentation tu bunga semua dah layu dan aku takda masa lagi nak pi beli. So aku nekad lepas habis presentation ni kena pi beli walaupun busy sebab ini adalah reward untuk diri sendiri! Takda roses ka apa bagai. Kita ada kekwa ja. Tapi omey apa. Hihi
Bahan bacaan
Kurang kurang setiap bulan wajib aku beli satu buah bahan bacaan (novel/buku motivasi/buku cerita apa2). So kalini aku target nak novel tulisan ustazah Fatimah Syarha. Aku baru start baca novel beliau dari novel Cinta High Class tu, awek mana tah bagi kat adik aku. Pastu macam dah jatuh suka dengan tulisan ustazah tu dengan suami beliau, Dr Farhan Hadi. Macam terjaga sangat hubungan depa before kawen. Best baca. Tu saja aku nak cari Aku Ada Wali sebab Madi suggest aku baca buku tu. Tapi tak jumpa. Pastu aku nak cari buku berkaitan wanita pada zaman Rasulullah s.a.w. Sebab sejak baca buku pasal Aminah, mak Nabi s.a.w, baru aku sedaq banyak gila aku taktau. Seriyes.
Tapi nasib tak menyebelahi aku sebab masa aku ada nak cari buku buku tu sangat limited. Then duit pulak tengah kurang sekarang ni waargh. So at last aku putuskan untuk beli buku ni
Bagi sesiapa yang nak mula baca buku sejarah dalam bentuk santai and seriyes black tak boring, novel tulisan pak Latip ni sangat recommended! Memang best, tak boring. Serious. Dalam banyak banyak novel beliau paling aku tahap jatuh chenta adalah Muhammad Al-Fateh, penakluk Konstatinopel. Pehh..memang tu punca aku jatuh chenta terus dengan Sultan Muhammad Al-Fateh. Best gila!! Harapnya Isabella ni pun best.
Dress kahkahkah
Benda benda gegels pun wajib gak la masuk dalam reward untuk diri sendiri khakahakhajkahsjslkjda. Aku memang suka ah benda benda camni. So, ni dress baru aku hihi
*gambar dah delete*
Tapi macam tak nampak jelas kan haha sebab tudung dah cover separuh baju. Ekceli, macam dress dress lain, dekat bahagian atas baju tu agak nampak bentuk badan sebab baju tu ada pinggang. Tapi takda masalah nak pakai as long as tak tunjuk kat orang bentuk badan tu :) Ekceli aku dah beli dress ni beberapa minggu lepas tapi tak terpakai lagi. So konon sebagai reward so aku pakai hahahahaha. kbaibai
Ada lagi reward aku nak bagi untuk diri sendiri. Di antaranya adalah aku nak buat dark coklet kukis dengan almond tapi kekangan masa tak mengijinkan aku berbuat demikian. Lain kali inshaallah.
K dahla. Entry ni macam mengajak anda lagho gila huhu. Bersalah pulak rasa. Mintak maaf. Aku cuma mau begembira lepas seteghess tak ingat akhirat haritu. Tenkiu sudi lagi baca blog ni walaupun kadang kadang serious aku tulis merepek gilo. Hoho.
May Allah bless us all.
salam singgah. kagum dengan penampilan anda. inshaAllah saya pun boleh dan pasti boleh jugak
ReplyDeleteamin. kita semua boleh inshaallah :)
Delete