>

Sunday, 11 May 2014

My Alter Ego

Assalamualaikum.

Hari first masuk kolej, masa daftar asrama. Kami dapat sebilik. Disebabkan sepanjang hari aku jumpak orang semua cakap Keyell, dan bila aku cakap bahasa Utara semua orang buat muka lambat digest yang sangat menyebabkan aku lemaih peghot, so jalan selamat aku pun tanya dia, "Orang mane?" Pastu dia balas "Perlis". Akhirnyaa... Alhamdulillah akhirnya ada gak sorang yang inshaallah takkan buat aku rasa terlalu terasing kat situ. Spontan aku balas "oooohhhh..boleh cakap Kedah la niii?" <--muka eksaited tapi kover. Dia tersengih dengan muka macam hairan. Maybe heran dengan soalan aku kot. Hashtag kodahkenapetetibejee

Lepastu aku jadi lone ranger. Ecan is being Ecan, jenis takut menyusahkan orang ka pa kalau join depa, mana tau aku tak dikehendaki ka pa kan, so aku prefer gerak sorang sorang. Selalunya siapa dok sebelah aku time dalam dewan tu la aku sembang, buat kawan. Next activity bertukaq pulak kawan aku. Sampai satu masa nak pi aktiviti apa ntah, dia dengan Nur Ramadhanniah ajak aku join sekali. Aku pun setuju. Sejak dari tu segala aktiviti kami turun sekali. 

Malam last orientasi kalau tak salah aku, fasi pasang video isteri tentera yang meninggal tu. Isteri dia meratap. Aku struggle gilo tahan ayaq mata. Tapi sedih teramat, so air mata aku keluaq jugak. Malu kat orang sebelah. Kalih tengok kanan, dia pun tengok aku. Mata dia pun begenang. Dua dua tergelak. Dua dua lap ayaq mata. Tengok skrin, nangis lagi dua dua. Bapak sedih video tu. 

First time basuh baju, dia basuh kat mesin basuh. Aku pi sumbat baju dalam dryer. Mana la aku nak tau ada beza. Tengok tengok baju aku tak terbasuh pun. Penuh sabun basuh baju ja melekat kat baju. Syiling habis dah. Nangis la aku meratapi nasib diri di perantauan. Aku memang kuat nangis bila rasa kesian kat diri sendiri haha. Then dia kata "alololo meh basuh dengan baju aku meh." So, sambil mengabaikan rasa segan yang berbuku didada, aku pun sumbat baju aku dalam mesin yang basuh baju dia. Maka terbasuh la baju kami sama sama. 

Masa nak kena jumpak mentor first time. Aku terlambat. Semua yang satu mentor dengan aku dah balik. Tinggal aku sorang sorang yang tak jumpak mentor lagi. Dia dah jumpak mentor dia. Aku pulak tak berani masuk sebab takut kena cakap bahasa inggeris. Mana la aku reti sangat. Jawab hekzem reti la aku, speaking ni lemah sikit. Dia pujuk "Alolo janganla gheyau. Jom aku masuk sekali teman hang nak". Geleng geleng. Last skali tak masuk gak kot aku. Haha. Takut kena speaking punya pasaii. 

Ingat lagi masa hari cuti, kami bosan dalam bilik. Turun makan kat kafe, habis tu pi lepak kat padang. Bawah pokok. Sambil bukak lagu Indon kat Sony aku. Aku ingat lagi ada bukak lagu Samsons masa tu haha. Indon baq hangg. Pastu dua dua senyap dok layan perasaan. Dengaq lagu sambil angin dok kena muka. Aceceh. Angin kuat kan kat padang. Layann. Padahal masa tu baru nak mula mesra, takdala dah terlalu mesra. Tapi dua dua jenis okay ja main redah abaikan rasa awkward. Lepas dari tu aku tak sedar bila kami dah jadi betul-betul rapat. Yang aku ingat, sejak mula mesra dah hampir tak penah berenggang. 

Kami punya first bithday celebration dekat Teluk Chempedak. Birthday pun beza 4 hari ja, so celebrate sekali. Majlis dihadiri oleh kami dua saja. Less is more katakhau. Mandi laut (aku tau mesti hang teringat pasal tshirt aku HAHAHAHHAH), then beli kaya ball, keropok2, dengan ais krim kalau tak salah aku. Then tulis kat pasir Happy Birthday Ku & Ecan. Sendiri tulis kat diri sendiri. Haa, masa tu jugak kes fon aku tercicir then ada adik tu jumpak dia call ayah aku terus. Allah bless you, adik. 

Next sem pulak, masa cuti apa entah, semua orang balik tinggal kami dua ja dalam bilik. Ingat lagi aku tengah tidoq. Dengaq orang bisik tepi telinga suruh bangun. Ecann..bangunlaaa.. Aku bukak ja mata "Weh, jom pi Gambang". Terus call Uncle Maniam, terus packing barang. Waktu tulis ni aku rasa bersalah bila teringat cerita masa kat Gambang Waterpark. Perot aku rasa berkeriut keriut bila teringat. 

Kami punya nampak serasi sampai orang tanya, korang ni sepupu ke? Ku dengan Ecan ni dulu satu sekolah ke? Wei, rumah korang dekat dekat eh? Korang kembar eh? Luls. Paling takleh belah bila orang terserempak dengan dia orang tegur "Hai Ecan", dengan muka orang tu sangat tak bersalah menunjukkan dia sangat tak sedaq yang dia salah orang. Lagi takleh belah bila ada orang mai duduk depan aku masa kat kafe dengan selamber. Aku usha orang tu dengan penuh kehairanan, baru dia "Eh laa Ecan ka. Ingatkan Ku" terus dia bangun. Aku agak dahh. 

5 sem satu bilik. Aku rindu nak buat buat high, nyanyi kat tingkap, meng-akustik-kan semua lagu. Pastu kalau lupa apa apa aku akan tengok dia untuk serap ingatan. Pernah kami buat buat nangis sebab bosan sangat dalam bilik. Bunyi nangis sekuat hati. Pastu gelak gelak sebab rasa kami ni lucu, pastu sambung buat buat nangis lagi. Habis merapu, kami tengok movie. Tetiba Huda ketuk pintu tanya ada orang histeria ke tadi? Terus tergelak besaq. Seriyes tak niat pun nak ganggu orang. Tak tau pun kata suara kami 'nangis' boleh dengaq sampai blok lain. Maybe sebab time tu asrama sunyi. Huu. 

Pernah ja gadoh, mintak maaf, nangis dua dua, baik balik. Terlalu banyak kenangan kalau nak cerita. Hubungan lagi bertambah cerita dengan kehadiran kawan kawan yang lain. Terlalu banyak kenangan kami. 

Masa nak masuk sem ni dia sedih, sebab takdak aku, takdak kami. Harusla letak aku kat depan sebab I am that perasan kind of girl. Perasan penting haha. Takkan tak rasa, dulu jarang berenggang tetiba sekarang ni takdak dah. Takkan tak rasa. Betul, orang yang ditinggalkan akan lebih terasa. Sebab kami tinggalkan kenangan kami kat sana. Dan dia kena hidup dengan kenangan tu. Kami pulak dah ke tempat lain. Suasana semua lain. Takdak kenangan kita dekat tempat baru kami. So kami kurang terasa. Cuma rasa tak gembira tinggal dia kat situ tu sangat kuat. Tak hepi takda kami kat situ dengan dia.

Tapi alhamdulillah, sekarang dah nak habis sem, dia berjaya survive. Thanks Lin sebab ada dengan dia waktu aku takda kat sana. I love you, Lin, sungguh. Kawan dia, kawan aku jugak. Inshaallah, ada jodoh kita jumpa lagi. 

Dear bebygirl, aku mintak maaf atas salah silap aku yang dah aku buat, dan jugak untuk akan datang kot2 ada lagi aku buat silap. Doa, mintak kat Allah supaya kita sama-sama balik kat syurga nanti, plis. I miss you, big time. Uhibbuki fillah. I love you lillahi ta'ala.

Cause all of me
Loves all of you
Love your curves and all your edges
All your perfect imperfections

No comments:

Post a Comment