>

Wednesday, 28 May 2014

AKU MENANG!!

Assalamualaikum

Banyak betoi idea nak tulis entry sebenarnya. Aku save dalam stikinote kat fon adala dalam 13 topik yang aku nak buat entry. Tapi kebizian aku sekarang memang tahap tak mengijinkan aku menulis dengan tenang. Entry before ni pun tulis dalam keadaan bercangkung sebab nak cepat dan sebab rasa bersalah kalau duduk dengan selesa. Bayangkanlaah bizi tak bizi kakcan sekarang ni. Cuma malam ni, aku tahan mata demi nak up satu entry. 

Tanpa membuang masa lagi, maka, dengan ini aku mengumumkan .... dudududududududddd <--- bunyi drum yang nak announce seprais tuu


dududududududududududdd
dudduduudduuuuuuudddd~


(insert fireworks sound effect here!)


Wahaha. Imejin la aku dengan blur habis bila courier call tanya kat mana rumah, dengan sangat tertanya tanya apa aku ada order barang ka? Bila sebuah kotak gedabak yang tertera thepoplook.com bertukar tangan, terus aku tertanya-tanya adakah aku ada masuk peraduan apa apa yang poplook buat? Tahap clueless takleh bawak bincang punya.

Then, the moment mata aku menangkap nama pengirim, terus mata bersinar sinar jenoh kontrol eksaited nak lompat bintang. Ya Allah, tu seriously seprais yang paling seprais aku penah dapat seumur hidup! Aku dah macam oh my god, oh my god dalam hati tak berenti sambil sign dekat borang penerima.

Ya la, bayangkan perasaan orang yang tak expect langsung jadi pemenang, tetiba dia jadi pemenang, tapi disebabkan minggu yang super bizi, dia sampai lupa nak tengok dah annouce nama pemenang ka belom, dan bila dia tengok pemenangnya adalah dia, tapi dah terlepas tarikh tuntut hadiah. Boleh imejin dak tahap kefrustratednya tu di takat mana? Hancur hati.

Tapi, thanks sangat dekat Momoy sebab sudi jugak pos hadiah walaupun Ecan dah lambat 3 hari tuntut hadiah. Malu sebenarnya sebab rasa dah tak layak terima. Ecehh. May Allah bless you

Eh dah dah, sila la jamu mata anda dengan hadiah hadiah yang aku menang ni.

Tadaaa.! Kotak gedabak besar pemeluk sampai penuh hadiah. Mau tak eksaited aku ni ~,~


Aww. That's cute. I do love it so much Momoy. Thanks a lot!!!

Lace cardigan dari poplook.com. Sayang nak bukak reben omeyy. Huhuu. Saja letak gambar macam ni lagi. Nanti aku pakai, aku upload instagram. Tengok kat sana okay? Instagram : @ecanfadhlina

Nak gedabak. Sampai nampak jelas bulu selimut aku wahaha. Memang taste aku dengan Momoy banyak sama laa. Benda benda beads and bling bling ni mudah ja buat mata aku barair bersinar-sinar. Hope hampa dapat apa aku nak sampaikan ~,~


This! Petang tu sampai, malamnya aku terus cuba. Nampak nau gelojohnye. Dan result dia jengjengjenggg. tunggu aku review nanti. Walaupun nanti tu entah bila, tapi inshaallah aku akan review! oh ya, ni adalah skrub badan dari D HOME SPA <-- klik

Gambar senget lupa nak rotate before upload. Tak kisahla kan hihi. Ni adalah album gambar dengan gambar Paul Frank. Aku ingat lagi pernah masa sekolah menengah aku suka belek benda alah ni dekat Popular atau dekat kedai kedai hadiah sebab teringiiinnn. Sungguh! Tapi takda duit so byebye ja la. Selagi tak betul betul perlu aku segan mintak kat ummi ayah. Kalini rezeki sampai depan mata sebijik macam yang dulu aku teringin sangat. Alhamdulillah.

Aku akan guna ni bila aku dah sambung study nanti inshaallah. Semart ja satu set unik takda sama dengan orang. Bawak pi asrama. Orang mai lepak bilik aku boleh guna ni. Cuba teka apakah ia? Jengjengg

Anddd the last one iiisss.....

TADAAAA!!!! Yang paling mendominasi ruang kotak tu adalah Howard Bowler Bag Poppy by Poplook. Panjang nau namanya pun. Fefeeling wanita bekerjaya sangat kalau iols pakai beg macam ni. Kenapa baik hati sangat Momoy ni sanggup bagi benda benda macam ni buat hadiah kat orang haa siyes tak pahamm. Tskk tskk. <--- kesat air mata terharu bercampur kehairanan

So, thats it. Sekali lagi, THANK YOU SO MUCH MOMOY!!! Taktau nak cakap apa lagi dah nak menggambarkan terima kasih ni. May Allah bless you.

Bapak ah. Sejak kebelakangan ni memang banyak sangat surprises. Baik yang dukacita dan juga bahagia. Semuanya Allah uji nak tengok bersyukur tak kita. Nak tengok kita ingat Dia atau tak. Semua ada hikmah. Janganla nikmat yang Allah bagi kat aku dan family aku ni untuk jauhkan kami dariNya. Tak sanggup. Jauhkanlah.

Okay, dah sangat lewat. Esok lagi la kami ni super busy. Aku patut dah tidur 4 jam yang lalu. Oookayyy. -_-

Wassalam


8 comments:

  1. Banyak hadiah tu, senyum sampai ke telinga la ni. :)

    ReplyDelete
  2. Salam, wahhhhh banyak gila hadiah dlm sekotak yang besau tu...gila gembira dan excited klw aku dpt surprise mcm ni! haha..btw apekah yg mcm keyboard tu?? cawan or set of mangkuk kah? sgt rare dan teringin nak tau apekah ia...haha :D congratez !

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. cawan! nak buat bekas simpan brooch pun boleh :D thanks!

      Delete
  3. Tahniah :)

    Hi salam perkenalan :) U have a great and nice blog. Do u mind to visit and follow my blog ? awksweetgitu.blogspot.com =) It always open for everybody. :D

    ReplyDelete
  4. wahhh menariknya hadiah, congrats! btw yg mcm keyboard tu ape erk? comei sgt :)

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah . Syukur dah selamat sampai.
    takut tak sampai sebab momoy guna alamat lama
    huhu...

    ReplyDelete