>

Friday, 4 July 2014

Perjalanan Neelofa mencari Tuhan -- akhirnya ketemu

Assalamualaikum

Petang tadi sambil buat buah Melaka aku dok dengaq radio IKIM. Neelofa dijemput sebagai tetamu. Mesti ramai dah tau kan Lofa sekarang dah pakai tudung. Bukan pakai sikit sikit tau, ni dah betul betul bertudung proper. Alhamdulillah. Seronok sangat tengok artis yang dulu tak menutup, sekarang dah bertudung litup. 

Lofa pun cerita kisah disebalik penghijrahan dia tu. Yang membuatkan aku tersentuh adalah rupanya dah setahun lebih dia cuba mendalami agama. Dia kata dia sangat slow dalam penghijrahan. Tak mendadak. Slow sangat dia ambik masa untuk capai tahap macam sekarang. Mau aku tak tersentuh, disebalik luaran dia yang seksi yang kita dok nampak dalam tv, tak sangka dalam hati dia dah lama nak cari Tuhan. 

Dia kata dia rasa kehidupan dia dah cukup sempurna. Kerjaya dia stabil, kawan-kawan ramai. Tapi dia rasa ada kekosongan dalam hati dia. Macam hilang sesuatu. Kegembiraan yang dia ada masa tu tak betul-betul kegembiraan yang sebenar. So dia pikir mungkin dia kena balik pada asal (dalam erti kata lain balik pada fitrah manusia : jadi hamba kepada Allah).

Then dia call Heliza. Dia kata nak mendalami agama. Masa tu Heliza kat Mekah. So Heliza tolong doakan sama. Aku rasa Heliza mesti tacing gila ah masa Lofa kata macam tu. Yala, tau tau la penampilan Lofa macam mana. Boleh tahan seksi gak. Lain dari Heliza, ada la Lofa tanya-tanya kawan artis lain macam Catriona Ross. Pastu Natasha Hudson pulak bagi CD Mufti Menk kat Lofa. Sejak dari tu memang Lofa dok selalu bukak dalam kereta. Tiap kali naik keta dia bukak, ulang ulang dengar. 

Pastu kita taktau disebalik Lofa yang seksi, sebenaqnya pelan-pelan dia pi ceramah-ceramah agama dengan kawan-kawan dia yang bukan artis. Dia cuba sebolehnya elak dari diketahui public sebab dia kata dia malu. Yala, macam tak synchronize pulak kan dengan penampilan luaran dia. So dia belajar agama sembunyi-sembunyi. 

Sampai satu masa dia sedar dia paling kena jaga solat. So, dia tegaskan dengan diri dia, walau sebusy mana pun dia kerja, walau time tu dah mekap elok mana pun, bila waktu solat dia kena solat. Tengah shooting pun time solat dia stop untuk solat. Maybe sebelum tu dia kurang menjaga solat. Lepastu dia panggil ustaz mai mengajar agama kat rumah. Ustaz tu ajar pasal surah Al-Baqarah. Dia rasa kuat sangat perasaan nak belajar lebih lebih lagi. 

Dia pikir maybe tahun depan kot baru dia pakai tudung. Niat tu memang dah ada. Tapi kadang-kadang semangat dia tu tinggi, kadang rendah. Biasalah iman meningkat dan berkurang kan, kita semua macam tu. Dah nama pun manusia. Alhamdulillah, dengan izin Allah, satu hari tu dia rasa kuat, dia bertegas nak mula pakai tudung time tu jugak. So dia keluar rumah dia terus pakai tudung. Main ambik tudung apa yang ada dalam simpanan dia dan terus dia pakai. 

Keesokan hari, kalau tak salah aku sama ada pada satu atau dua Ramadhan, habis Subuh dia set dalam kepala yang dia nak baca Quran dengan tafsir. Satu muka pun jadi lah asalkan baca jugak. Tapi kepala dia rasa berat sangat sangat, so dia tidur dulu. Tak lama pastu dia terjaga sebab masuk mesej dari kawan dia, Kak Lela. Kak Lela bagi doa apa ntah eee tak puas hatinya aku lupa dia bagitau doa apa. Terus Lofa mintak kat Kak Lela doa untuk dia istiqamah. Kak Lela pun bagi lagi satu doa. Dia terus doa dengan bersungguh-sungguh, mintak Allah bagi kekuatan untuk dia istiqamah. Sebab dia rasa sangat sangat lemah. Dia doa dengan penuh perasaan, penuh rayuan kat Allah.

Allah Maha Berkuasa. Habis doa tu terus Lofa bukak Al-Quran secara random. Dan bila dia baca translate satu ayat tu terus masuk kedalam hati. Ayat yang dia baca tu seolah-olah menjawab terus doa dia tadi. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar. Allah dengar apa yang dia minta, Allah jawab on the spot. Lofa terus tutup Quran, dia nangis sepuas hati. Sambil dia cerita kat IKIM pun dia nangis waaa aku pun join nangis sekali huhu. Ayat aku taktau surah mana. Yang aku ingat last ayat tu "..dan Allah bersama orang-orang yang sabar". Dia rasa sebak sangat, terharu. Sebab Allah jawab on the spot apa yang dia doa tadi. Tu yang lagi menguatkan dia untuk terus bertudung macam yang Allah syariatkan. 

Siapa sangka di sebalik Neelofa yang seksi rupanya dah lama dia cuba dekatkan diri dengan Allah. Sama jugakla dengan Felixia Yeap. Siapa sangka seorang model Playboy dah lama teringin nak berhijab. Dan Alhamdulillah sekarang Felixia dah sah jadi seorang Islam. Aku suka sangat sangat bila geng-geng artis, model dan sesiapa yang femes mula berhijrah. Kenapa? Sebab aku nampak kefemesan depa tu sebagai satu bonus. Depa femes, depa ada pengaruh, depa boleh influence ramai orang untuk ikut jejak langkah depa inshaallah.

Tugas kita kat muka bumi ni untuk jadi hamba Allah. Kita juga adalah pendakwah. Sampaikan segala kebaikan, bantu orang berhijrah, sampaikan ilmu agama. Tu semua tugas kita. Mana tahu dalam ramai-ramai orang yang baca tulisan kita tu, ada yang tersentuh hati. Mana tau ramai lagi yang macam Neelofa, dok mencari-cari arah. Kita taktau. So kita buat takat mana mampu. Sampaikan kebaikan. Langsung tak rugi. Allah tu tak tuli, tak buta.

Jom kita doakan semua saudara kita yang masih di takuk lama, semoga cepat berhijrah. Diri kita yang dah mula berhijrah pula, kita doa semoga Allah tetapkan hati kita di jalanNya. Amin ya rabb

7 comments:

  1. hidayah milik Allah :-) Subbahannallah!

    Terima kasih kerana berkongsiii..

    ReplyDelete
  2. ALLAHU...hati kita milik ALLAH....ALLAH memilih sesiapa yg Dia kehendaki...semoga kita selali menjadi pilihan Nya...

    ReplyDelete
  3. Sampai menangis dengar cerita Neelofa dekat radio. Syahdu sangat rasanya T___T

    ReplyDelete
  4. Urmm... masa memula kawan call ckp pasal lofa ingat dia dpt job jadi model muslimah. huhu... rupanya betul dgr kat ikim.

    out of topic. dear ecan betul ke kalau kita pelat huruf 'R' then bila mengaji kita berdosa. plssssss..... momoy pelat n x tahu nak sebut 'R'. macam mana ecan momoy berdosa ke. masa tu kantoi ngan officemate time momoy print surah kahfi utk hafal (baca entri nabi kata kita kena hafal) . then officemate nampak copy tu tapi dia kata x guna mengaji sbb x reti sebut betul. tambah dosa. huhu.. nak nangis rasa. momoy curi2 baca pasal agama , hafal sbb malu la kalau org tgk sbb momoy sedar diri x semengah org lain. tolong ecan. kalau baca dosa. tp x kan x bole baca langsung. sedih sgt ni lepas balik dr office td

    ReplyDelete
  5. Slm.momoy..jgn risau..xmgapa jika pelat(bkn buat2) sbb dlm hadis qudsi nabi benarkan umatnya mbaca quran smpai 7qira'ah(cara bacaan quran)..so xde mslh momoy nk baca quran walapun sdkit pelat..itu satu usaha yg murni..insyaAllah lame2 Allah akn pmudahkn urusan momoy ^_^

    ReplyDelete
  6. momoy baca balik semua tulisan ecan. momoy rasa momoy turun naik.

    ReplyDelete