>

Sunday 27 July 2014

Raya -- Tips menjaga aurat dan ikhtilat

Assalamualaikum

Masya-Allah. Esok dah nak raya! Jujur, tak penah aku rasa sedih bila Ramadhan nak pergi sebelum ni. Sebelum ni aku takdala yay yayy happy sebab dah nak raya takyah posa tak suka posa. Dakk. Aku biasa-biasa ja. Takda rasa apa. Sebab takda beza sangat pun dengan hari biasa. Disuruh puasa aku puasa. Semangat dalam hati tu tak berasa rasa sangat.

Cuma tahun ni, alhamdulillah, kelainan Ramadhan tu dapat aku rasakan. Kemanisan Ramadhan tu mula kuat dalam jiwa. Tapi sekarang dia dah nak pergi. Takpalah, cukuplah kita jadikan Ramadhan sebagai turning point untuk kita berubah menjadi lebih baik. Jangan jadi hamba Ramadhan : beribadah kerana Ramadhan, habis Ramadhan habis pesta ibadah. Kita ni hamba Allah. Dan Allah bukan ada cuma untuk satu bulan.

Okay, okay, sembang pasal esok raya, timbul isu yang paling kena jaga bila raya, terutamanya oleh perempuan. Sebab selalunya kaum pompuan la yang tercabar sikit nak jaga bab yang satu ni. -- iaitu aurat. Dan ada sikit sikit aku nak sentuh bab ikhtilat (focus on bersentuhan sesama non mahram).

:: First, jom kita fahamkan dengan siapa kita kena jaga aurat dan tak boleh bersentuhan ::

Jika anda lelaki, anda tak boleh sentuh/dedah aurat bila ada :-

1. Isteri kepada adik beradik bapa
2. Isteri kepada adik beradik emak
3. Adik beradik perempuan bapa mertua
4. Adik beradik perempuan emak mertua 
5. Anak perempuan adik beradik isteri
6. Kakak Ipar
7. Adik Ipar perempuan
8. Sepupu perempuan
9. Sepupu Ayah (perempuan)
10. Sepupu Emak (perempuan)

Jika anda perempuan, anda tak boleh sentuh/dedah aurat bila ada :-

1. Suami kepada adik beradik bapa
2. Suami kepada adik beradik emak
3. Adik beradik lelaki bapa mertua
4. Adik beradik lelaki emak mertua 
5. Anak lelaki adik beradik suami
6. Abang Ipar
7. Adik Ipar Lelaki
8. Sepupu Lelaki
9. Sepupu Ayah (lelaki)
10. Sepupu Emak 

List di atas adalah antara family. Kalau sesama kaum berlainan jantina yang memang takda ikatan langsung sah-sah dahla tak boleh. Contohnya sesama kawan sekelas, kawan setempat kerja, boyfren, girlfren, tunang and the list goes on... So, pikir dah siap-siap siapa dalam family kita tu yang kita tak boleh bersentuhan, yang tak boleh dedah aurat. Bahaya oo bab aurat dan ikhtilat. Keduanya sangat kena jaga. Takda alasan langsung dah. 


:: Tips jaga aurat semasa raya ::

1) Pakaian longgar, tak jarang, tak singkat, tudung menutupi dada, berstokin. Make sure semua ni perfect jika dalam rumah kita tu ada abang ipar/adik ipar, ada sepupu sepapat, ada jiran dan semua yang non-mahram lah. 

"Tapiii..tu kan rumah kita sendiriii. Takkan nak pakai stokin dalam rumah sendiri kakcannn..nanti apa pulak jiran-jiran kata..kita ni bukanla alim mana..hmm hmm.."

"Err..dalam rumah kot..takkanla kena pakai tudung pakai stokin bagai...err..kena ke?"

"Alaa..nanti I nak basuh pinggan, nak ulang masuk toilet ke hape ke, nak prepare ketupat rendang semua kat dapo. Susah yahamat nak berstokin bagaii. Lekat nasik himpit kat stokin I nanti geli laa"

"Kite dengan kazen kite tu kamceng sangat dahh. Dah macam adik beradek. Dari kecik membesar sesame. Takkan tetibe nak pakai tudung, pastu stokin lagi. Oh kamonn. Die tengok kite pun tak bernafsu. Err..rasenye lah."

"Tapi ecan..mak aku suruh pakai tudung ja. Tak penah pulak mak aku suruh pakai stokin bila dengan kazen ka apa. Mak aku sendiri pun tak pakai"

Kawan-kawan tersayang, yang aku takmau ada diantara hampa yang kena azab dengan Allah, cuba hampa semua pikir. Berat sangat ka nak bertudung berstokin kalau nak banding dengan hikmah disebalik semua tu? Allah suruh tu ada sebab. Dia nak jaga kehormatan kita. Dia nak tunjukkan betapa mahalnya wanita-wanita Islam ni. Dan banyak lagi hikmah yang kita tak nampak. Ikut perintah Allah, sebab kita ni hamba-Nya.

Okay okay. Mungkin pasal hikmah tak berjaya membuka hati kita untuk menutup aurat. Jadi mari kita sembang pasal azab. Cuba kita pikir, sanggupka kita menanggung azabnya seksa kubur dan azabnya seksa api neraka semata-mata malas pakai stokin nanti stokin kotor stokin basah, atau sebab malu nanti orang kata kita belagak warak, atau sebab malas nak pakai sebab rasa macam takda salah pun dengan kazen tu, atau sebab mak tak penah suruh pun?? Sanggup ka kena azab semata-mata sebab alasan alasan serba kurang cerdik plus sadis yahamat tu? Berbaloi? 

Apa? Malas nak pikir?

Kamon. Bukak sikit mata tu. Yang kena azab nanti bukan orang lain tau. Azab tu pulak bukan cerita dongeng tau. Nanti bila nak kena azab rasa-rasanya boleh ka bagitau Allah yang "aku takmau pakai stokin tutup aurat sebab nanti stokin kotor". 

Kamon.

Aku takkan paksa, dan takkan bertegas macam ni kalau bukan perintah Allah. 
Aku takmau hampa kena seksa sebab benda yang simple, yang boleh ja semua orang buat.

Eh baidewei nak tau something tak?

Dekat Palestin sekarang kan tengah sakan diserang zionis laknatullah. Ada aku terbaca perempuan-perempuan Palestin tidur dalam keadaan bertutup (berhijab). Kenapa? Depa kata sebab kalau depa dibunuh waktu tengah tidur, at least bila orang jumpak mayat depa dalam keadaan bertutup. 

Masya-Allah. 

Depa yang tengah berperang pun berusaha menutup sebaik mungkin. Depa yang ada peluang besar nak syahid pun berusaha menjaga aurat seboleh-bolehnya, padahal kalau syahid kan konfem terlepas azab. Kita ni apa? Kita ni tengah aman kat sini (memanglah ada kes bunuh bagai tapi bukan perang), pun bagi bermacam-macam alasan nak tutup aurat? 

Bertaubatlah. Sesungguhnya Allah maha pengampun dan maha penerima taubat.

2) Beli slipper untuk pakai dalam rumah. Ni khas untuk sesiapa yang sangat nak menjaga kebersihan stokin dia. Maybe raya-raya ni kan kerap dok dapoq so dia takut kotor terpijak makanan tumpah atau terpijak air menitik sikit-sikit dari sinki tu, so bolehla elak stokin kotor dengan memakai slipper rumah. Alaaa slipper murah tak sampai 5 hingget pun dah okay.

3) Spare at least 2 pasang stokin untuk latam masa raya. Ni bagi yang malas pakai slipper bagai la (aku le tu hikhik). Setakat pengalaman aku sepanjang ber-abang ipar ni, stokin aku takdala kotoq tahap takleh nak terima akal walaupun pakai dalam rumah. Sampai aku ulang berhari-hari stokin yang sama sebab bukan busuk pun hihi. Kaki tak tertutup dengan kasut, so kaki tak berpeluh sangat atau memang langsung tak berpeluh. So takda masalah pakai lama-lama pun stokin yang sama. 

4) Mata kena tajam, telinga kena peka. Ni skill bila nak masuk toilet haha. Peratii dulu ada dak non mahram di sekitar kita, kalau takda cecepat bukak stokin then berlari pantas tahap kamikaze masuk ke dalam toilet, then tutup pintu laju-laju. Teknik yang sama diguna pakai bila nak keluar toilet (kaki basah lagi so takmo pakai stokin terus). Tapi teknik nak keluar toilet lebih kepada guna deria pendengaran. Pekap telinga kat pintu fokus ada dak suara non-mahram. 


:: Tips jaga ikhtilat semasa raya ::

1) Bila non-mahram sua tangan nak bersalaman, angkat kedua tangan anda dan letak di dada, sambil geleng dan senyum ringkas tanda maaf-saya-bukan-berniat-memalukan-anda-tapi-kita-memang-tak-boleh-sentuh-harap-faham. 

2) Kalau anda segan mengaplikasi tips 1, atau anda dah buat tapi dia buat tak paham bahasa, silakan kalih kot orang lain dan buat-buat busy sembang dengan orang lain atau tetiba nak ke dapur, atau apa-apa alasan munasabah yang anda mampu pikir time tu. NEVER terima huluran salam dia. Haram oi. 

3) Kalau hubungan anda dengan si non-mahram tu baik, bolehla terus kata dengan nada mesra "weii mana boleh salaamm. Haram wei haramm" atau contoh ayat lain mengikut gaya dan keselesaan anda. Tips ni boleh diguna pakai kalau anda yakin tak malukan dia.

Okay, aku nak sambung buat Chocodate. Bapok sedap weh semalam dah perabis sebalang haha. Selamat Hari Raya Aidilfitri, mohon maaf atas segala salah dan silap saya kepada anda semua jika ada. 

Adios


2 comments:

  1. ohhh... rupanya banyak senarai yang dah kita terlupa. yela ecan pasal stoking tu kan. ada juga momoy duk terfikir2 mcm mana nak jaga eyh. pastu ecan pun up entry nih. mcm tau2 jer apa yg momoy fikir

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas perkongsian.

    selalu kalau orang datang rumah, terus nyorok dalam bilik...adoi.

    ReplyDelete