>

Wednesday, 3 September 2014

Aku budak UNISEL Shah Alam

Assalamu’alaikum

Err haii. Hai blog.

Awkwardnya nak tulis. Err guys, macam mana nak buat intro yang bagus?? Aci la kan aku terus jump ke isi penting?

K. Err.

Aku masuk UNISEL. Tu alasan aku lama menghilang.

Haaa tuu tuu muka tuuu. Jangan buat muka pandang slack sangat la *cekak pinggang, angkat senduk*. Dosa tahu pandang rendah kat orang? Walaupun IPTS selalunya dilabel untuk orang kurang cerdik, tak kurang ramai juga yang masuk IPTA tapi hidup takdak arah tak ketahuan hala. Walaupun graduan IPTS dikatakan tak berkualiti, tapi ramai ja graduan IPTA yang takda kerja. My point is, kat mana-mana pun boleh belajar. Dan kalau Allah dah tetapkan rezeki kerja masing-masing, itu la yang dia akan dapat as long as dia berusaha. Rezeki di tangan Allah. Bukan di status "Aku graduan dari blablabla". Geddit?

Aku tak masuk IPTA macam kebanyakan orang. Kenapa? Sebab aku tak apply UPU. Aku tak apply sebab masa nak apply tu aku belum habis diploma. Orang kata tak habis diploma takleh apply. Aku pun dengar kata orang secara membuta tuli tanpa siasat dulu pastu bila dah habis praktikal baru aku terpinga-pinga eh apa aku nak buat sekarang ni. Dan waktu aku terpinga-pinga tu UPU dah tutup. Nak tunggu UPU tahun depan mau setahun aku bazirkan. So ayah suruh survey IPTS. Aku okay ja mana-mana asalkan ayah bahagia.

Sampai semua IPTS kat Malaysia ni aku dah survey, dari yang ada swimming pool tengah tengah bangunan akademik sampai la yang asrama buruk yahamat aku usha dah semua, last skali aku pilih UNISEL berdasarkan kos ditawarkan, kos pengajian, dan pinjaman kewangan. Eh kenapa ayat skema sangat ni. Eheh.

So, last two weeks pun aku daftar. Kat sini UNISEL sediakan hostel yang bentuk rumah. Kiranya kelengkapan semua macam dalam rumah la. Banyak nak cerita pasal hostel ni tapi inshaallah next entry, sekali dengan gambar-gambar. Sebab sekarang aku tak habis gi kemas barang *it's already two weeks kot lewls*. Sila bersedia untuk menjerit penuh kekaguman bila baca entry pasal hostel nanti ya. Jengjengjennggg. Aku tau hampa suka sangatla entry begambaq kann.

Ermm what’s next ah?

Haa ok ok. Pasal orientasi.

Orientasi ni inshaallah akan aku ingat sampai bila-bila. Haha. Most of the time masa orientasi tu aku selalu dok row depan. Aku rimas ada orang depan aku, aku rasa tenggelam. Aku rasa macam tak amik bahagian. So sebolehnya aku akan make sure aku ada kat baris depan sekali. Disebabkan tu jugak la, ketua fasi, brader Haikal ternampak aku dan panggil cakap ke depan. Bukan sekali, tapi berkali-kali. Aku ingat orang tak peduli. Rupanya kegelemeran aku *wahahahaha* terbukti bila beberapa kejadian berlaku (thanks to brader Haikal haha!) :

Hai Ihsan. Kite kenal awak, awak tak kenal kite kot”. <-- comelnya cakap kite kite dengan saye hihi
Ihsan..nampak lain la pakai tudung ni”. <-- stranger komen pasai tudung aku taktau patut react guane
Have we ever met before? Cz u look so familiar la”. <-- macam ayat dalam tibi haha
Hang orang Kedah kan??” <-- secara tetiba tanpa tanya nama aku pun.

And the rest is history...

Oh btw, aku juga dilantik oleh brader Haikal jadi ketua kumpulan 6 masa Malam Kebudayaan. Lawak gak la cerita pasai Malam Kebudayaan tu. Group aku dapat tugasan kena baca sajak untuk Palestin. Petang tu masih bercelaru macam mana nak jadikan persembahan tu menarik. Bincang punya bincang tak dapat jawapan sebab terlalu banyak cadangan. Last skali aku nak bebai dah. So aku malas pikir. Sampai malam, lagi beberapa minit nak buat persembahan terus cepat cepat plan nak buat macam mana. Kira main aci redah ja langsung tak practice.

Kami lantik 2 orang tukang baca sajak. Then yang lain lakonkan cerita pasal sajak tu. Mai part aku, aku buat berjalan riang pegang tangan dengan dua orang adik tu, bergelak ceria atas pentas. Konon jadi kanak-kanak Palestine la. Pastu mai bom seketoi jatuh kat kami. Terus kami beteraboq ‘mati’ atas pentas tu. Aku taktau apa jadi kat lakonan depa yang lain sebab aku kan dah ‘mati’. Dengar penonton bersorak tapi stress aku takleh nak tengok. Dahtu lupa pulak suruh orang rakam waaaaa. Frust sangatt. Tapi aku tau depa yang lain pun berlakon dengan cemerlang that is why group aku dapat Naib Johan. Yayyyyy! Unexpected but alhamdulillah. 

Soo.. tu ja kot setakat ni. Apak boring entri ni patut tak layak semakkan media sosial dengan benda boring yahamat ni, kata Ajam bukan nama sebenar. Eh hello, sapa kata tak bermanfaat. Aku dulu jenoh gugel nak cari entry pasal UNISEL kot kot ada senior tulis sebab aku nak tau lebih pasal UNISEL. Tapi hampeh. Susah gila nak jumpa yang baru. Semua entry 2012 nuh. So, apa kata aku jadi senior yang baik hati dengan menulis pasal UNISEL pastu siap capslock supaya senang hadek hadek gugel dan sekaligus menaikkan traffic blog aku wahaha.

Lastly, aku nak mintak jasa baik anda semua doakan aku supaya berjaya cemerlang sebagai pelajar Degree in Communication (Journalism). Bakal journalist jujur penuh berhemah inshaallah. Doakan aku ya! Thank you. Allah nampak jasa baik anda semua.

K, thanks sebab baca.
Bye semua!
Assalamu'alaikum


UPDATE:

Sesiapa nak bertanya mengenai UNISEL, SOALAN BIAR BERTEMPAT okayy?? Tolongla jangan sampai niat murni aku nak tolong sikit sebanyak jadi perosak mood aku balik. Huwaaa. Kecewa weh baca soalan mengarut macam tu.

JANGAN tanya aku berapa yuran anda kena bayar untuk kos anda. Like seriously, kenapa tanya akuu?? Kalau anda, anda hafal ka semua yuran untuk setiap kos di uni anda? Brrr.

JANGAN tanya MARA or any other biasiswa ada provide tak untuk kos anda. Sekali lagi, not in my concern la untuk ambik peduli pasal tu. Kos journalism logik jugak la nak tanya aku. Tu pun aku taktau sebab aku dan kawan-kawan semua ambik PTPTN.

JANGAN tanya macam mana payment bagai. Maaf, aku taktau dan aku dah lupa aku buat macam mana masa daftar dulu. Maybe anda boleh call admin Unisel and tanya terus ?

Ok, anda boleh tanya soalan di komen bawah ni. Kalau aku tau aku jawab ya, kalau aku taktau jangan marah aku pulak. REMEMBER, aku cuma seorang student biasa, bukan MPP, bukan pekerja. Aku terlalu biasa. Banyak yang aku taktau pasal UNISEL pun.. cuma aku offer soalan untuk sesiapa yang nak tanya benda yang aku MUNGKIN tahu. Okay :)


43 comments:

  1. sy pn sama student ipts.. but ada ke kesah .. haha.. sama je pn ipta ipts :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. it's all depends on the person itself whether to work hard or not. ada ja budak ipta yg tak cemerlang, ada ja budak ipts yg cemerlang. :D

      Delete
  2. Bestnyaa belajaq journalism.. all the best yaa!

    Next sem ummu ada amek subjek Prins. and Practices in Journalism. hehe.. nnt apa2 boleh laa tanya ecan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe sy ada amik principls of journ masa sem1. ummu pun amik kos lebih kurang camni ka?

      Delete
  3. all the best. Saya Baru je grad ni heh :P

    ReplyDelete
  4. baca entri ni teringat memori2 manis.. tahniah. bukn semua org dpt masuk U. smga berjaya ^.^

    ReplyDelete
  5. hai, saya tgh berfikir2 pasal course journalism unisel ni..pasal saya ni bi dgn penulisan lemah banyak bkn sikit :D
    mcm mana bila dah belajar course ni? boleh tlg kasi info tak..pasal saya takut tak boleh bawak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf lambat balas. sy terlupa. terkejut bila bukak entry ni semua komen2 takda 1 pun yg sy balas. huhu.

      kalau anda yakin nak sangat2 usaha inshaallah takda apa boleh halang dr awk berjaya. tapi kalau anda tau anda nak taknak je usaha, better cari kos lain yg yakin boleh bawa. sbb takut membazir yuran sampai rm30k last last grad dgn pointer cukup2 makan. sangatlah rugi. bila masuk sini, targetla utk grad dgn first class dgree so that tak payah bayar hutang mahal2.

      Delete
  6. Kalau student tu baru masuk acane ? Dia tak g orientasi ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf soalan anda kurang jelas.

      kwn sy pun tak g orientasi takda masalah apa pun

      Delete
  7. fees dia yang 30k tu for overall ke per sem?

    ReplyDelete
    Replies
    1. overall. kalau per sem memang kemsalam awal2 la

      Delete
  8. salam sye nk stdy dgree di unisel. tp kurang jelas tentang proses pembayaran. blh x sye nk no or email untk bertanya pd akk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumussalam. boleh. :) cikecan@gmail.com

      Delete
  9. payment dia mcm mana eh mula mula?

    ReplyDelete
    Replies
    1. What payment? Imma student, not working for the management.

      Delete
  10. Hi nak tanya. Orientation ni berapa hari? N masa registration day terus ada orientation ke mcm mana? N kena bermalam dkt situ ke? Sorry byk tanya.
    Thank you..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi meh saya tolong jawab sbb saya pun study unisel dulu. Orientasi selalu 3 days and taktahu la skang 5 hari ke apa tapi rasanya 3. First day register tu petang dah orientasi. Takdalah bermalam nnti boleh balik hostel. Btw awak campus mana? Shah alam or bj?

      Delete
    2. Ok thank you. Sy campus shah alam n ulang alik je dari rumah so tak stay hostel. Bulan oktober ni baru nak register.

      Delete
  11. Hi nak tanya, kalau JOURNALISM ni selalu lecture korang more to writing ke? And kena ada strong english ke or suam suam pun takpa? Sebab saya keliru antara journal atau corporate comm. Mohon ada jawapan ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, more to writing than speaking. Suam suam pun OK inshaallah. Yg pntg usaha utk improve.

      Delete
  12. salam sis ..nak apply ptptn ni kena apply sebulan sblum masuk unisel ke ? sbb 10oct ni nak daftar dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam. Sy apply lepas dah masuk UNISEL. Yuran setiap sem kena settle before final exam. Inshaallah sempat ptptn proses duit before final.

      Delete
  13. akak ..dekat panduan pendaftaran tu kan dia ada suruh bawak surat tawaran asal dan 2 salinan yg telah disahkan .. apa maksud dia yang telah disahkan tu ? ic pun dia suruh sahkan ?? dah try call Uni tapi line busy jee =,=

    ReplyDelete
    Replies
    1. sahkan tu kena mintak cop ketua kampung/pengetua sekolah/pihak ppd dan sebagainya

      Delete
    2. surat tawaran pun nak kena sahkan dekat ktua kmpung/ pngetua dll ?

      Delete
  14. hi nak tanya ..kalau panel bank ipts tu bank islam boleh tak nak buka akaun sspn dekat cimb bank ?

    ReplyDelete
  15. akk ..yuran yuran ni semua kan kalau bayar masa pendaftaran boleh kan ? sbb dia ada tulis kat borang tu yg byran pngesahan pnerimaan twaran kena byar sblum 7oct ni

    ReplyDelete
  16. Salam.. tpi klau utk kos diploma.. yuran utk kseluruhan sem nye lbey mrah ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam. setiap kos yuran berbeza.

      Delete
  17. Salam, pensyarah semua cakap bi ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam. Tak. Ramai yang tak kisah cakap campur English n Malay. Tapi asgment of course in English.

      Delete
  18. Assalamualaikum. Kak, nak Tanya kursus English industries dalam degree Takdak ka? Saya gugel habih teruk dahni tak jumpa pun pasai entry Tu. Harap pencerahan tq akakšŸ˜Š

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam. Ala sorii, saya pun tak pernah dengar kos english industries.

      Delete
  19. Saya nak tanya kalau nak dibandingkan kuptm dgn unisel mana lagi okay sbb saya tk dapat upu and sekarang saya tak tahu nak kemana ada sesetengah orang cakap unisel tak laku.Tapi kuptm pula terlampau ramai graduan.

    ReplyDelete
  20. Nmpk mcm best ..tp takut pulak... slmt maju jaya sis

    ReplyDelete
  21. Akak kalau unisel ni kita x tempah hostel boleh ulang alik kan

    ReplyDelete