>

Wednesday, 31 December 2014

A One-Year-Old Niqabi

Assalamu’alaikum

31 December 2014
10.27 pm

Dah setahun berlalu since the first day aku pakai niqab. Sama dengan besfren aku, Ku. Kami start pakai hari yang sama. Cuma dia awal beberapa jam. Tak ingat the exact date. Tapi rasanya dalam the first or second week of November 2013.

Ingat lagi few months before tu aku dok gundah gulana. Pikir pasai dosa ka upload gambar, dosa ka kalau laki suka aku lepas tengok muka aku, dosa ka aku tayang-tayang muka bajet comel di laman sosial. Keliru. Rasa dosa. Tapi aku dah tutup aurat kan, bisik nafsuku penuh menggoda. Still, dalam hati kuat kata tu adalah salah walaupun aurat tertutup.

Beberapa lama dalam dilemma. Teragak-agak nak berniqab. Takut tak mampu istiqamah nanti tak seronok lah kan walaupun berniqab tu tak wajib. Makna kata lepas berniqab pun boleh buka kalau nak buka, tak dosa. Tapi once dah pakai sebolehnya taknakla bukak bukak balik kan. Konsepnya macam pakai jubah. Berniqab adalah sunnah, begitu juga dengan berjubah. Tapi dosa ka kalau harini pakai jubah, esok dah taknak berjubah?? Tak kan. So sama la dengan niqab. Sunnah.

K sambung cerita..

Sampaila satu hari tu sorang sahabat bagi hadiah niqab. Dia cakap dia nak pakai tapi mak dia tak bagi. Dia pun hadiahkan aku satu bila dia tengok aku macam terbuka hati nak pakai. Allah. Semoga Allah memberkati sahabat-sahabat aku J

Tapi lepas dapat niqab tu pun aku was-was lagi. Teragak-agak nak pakai. Sampai satu hari tu, Ku cuba niqab yang kawan aku hadiahkan tu. Dia pakai depan cermin. Tengok diri dia dalam cermin. Dia cakap, “Aku rasa nak nangis”. Pastu dia kalih ke aku. Dia cakap, “Ok, aku dah nangis”. Sambil air mata dah berlinang. Terus dia cakap dia nak pakai niqab. Dia cerita sebelum tu pun dah lama rasa kaki dia bogel sebab tak ditutup dengan stoking. Fitrah manusia kan, memang rasa tak kena bila tak ikut ajaran Islam. Tapi dia bertangguh. Sampaila saat dia try niqab aku. Terus hati tersentuh.

Bayangkan perasaan aku?

Kawan yang still jeans ketat, still tshirt biasa biasa, still tudung selimpang, dia try niqab aku dan terus keluar air mata, dan dia cakap nak pakai. Pehh. Sebak. Seriyes. Bergetar bibir tahan sebek. Rasa nak peluk peluk kawan aku tu tapi kite malu.

Terus semangat aku kuat balik. Aku dah lama struggle nak tutup aurat dengan perfect. Dan aku berjaya sampai tahap dah berstokin, berhandsock, bertudung cover dada. Ku pulak still dengan pakaian jahiliyyah masa tu. Dia sanggup nak improve diri secara terlalu mendadak. Aku takkan tak boleh? So aku nekad sama-sama mula pakai bila outing (dalam kolej kami tak pasti boleh atau tak boleh untuk berniqab, so memang tak berniqab dalam kolej). Bila ada kawan semangat tu terasa lebih kuat kan.

Perasaan lepas pakai niqab?

MasyaAllah, terlalu bahagia. Tu ja perkataan paling tepat nak gambarkan perasaan aku masa mula-mula pakai. Rasa terjaga tu takleh nak digambarkan. Rasa terjaga dari pandangan orang, terjaga hati dan tingkah laku dari buat benda-benda yang Allah marah. Rasa bersih. Rasa terlindung. Rasa selamat. Perasaan yang sangat bahagia. Rasa berharga. Terlalu berharga. Perasaan bahagia tu sangat kuat.

Sampailah satu masa aku buat satu dosa.

Terus down. Down…down ya Allah. Down dalam jiwa. Niqab masih kekal dimuka. Cuma bezanya perasaan bahagia tu dah hilang. Aku rasa berdosa. Aku rasa aku ni fitnah bagi Islam. Aku berniqab tapi aku buat dosa. Down..sangat down.

Aku yang dulu memang macam tu. Aku tak suka bila aku dah plan something perfectly then bila tak jadi perfect macam yang aku expect, aku akan down. Aku susah maafkan diri sendiri, dan aku susah nak terima apa yang aku plan dah tak jadi perfect. Aku rasa macam satu dinding yang cipta tu hancur. Aku rasa down…

Tapi Alhamdulillah.

Walau down mana pun aku rasa aku tetap teruskan memakai niqab. Aku gagahkan hati walau rasa sebal. Ditambah pula dengan dugaan hati bila berniqab, iaitu sabar. Makin lama, aku makin terima hakikat diri ini hanyalah hamba-Nya, yang memang penuh dengan kesilapan. Walau dah banyak kali aku jatuh, aku tetap percaya yang Allah Maha Pengampun, Allah Maha Penyayang, Dia takkan aniaya hamba-Nya. Bertaubatlah. So, dengan keyakinan tu semua, aku move on. Setiap kali buat salah, aku maafkan diri. Taubat. Ulang camtu.

Kepada kawan-kawan yang terniat nak berniqab, ada sikit benda aku nak ingatkan sebelum anda memilih untuk berniqab.

Pertama. Tanya diri sendiri, niat nak pakai niqab kenapa. Jujurlah dengan diri sendiri. Kalau sebab nak upload gambar di media sosial so that orang nampak macam perempuan muslimah dambaan sorga, baik lupakan. Kalau sebab nak menarik perhatian lelaki lelaki soleh, baik lupakan. Niqab untuk menutup, bukan menggoda.

Kedua. Sentiasa letak dalam kepala yang niqabi membawa imej Islam. So, bila anda memilih untuk berniqab anda kena berusaha sedaya mungkin tunjukkan contoh yang terbaik kepada masyarakat, sama ada di alam nyata mahupun di laman sosial. Jaga adab pergaulan, jaga bahasa, jaga tingkah laku.

Wallahi I told you, nak jaga semua tu sangatlah susah untuk diri aku yang serba serbi kekurangan ni. Sebab tu banyak kali aku jatuh. Dan secara sedar ataupun tidak aku dah bagi banyak fitnah kat Islam astaghfirullahal’azim. Sekarang, bila ada kawan-kawan bagitau nak berniqab, perkara pertama aku akan nasihatkan adalah, perbaiki dari dalam dulu.

Niat aku bukan menghalang orang berniqab. Tapi aku dah cukup loya dan jelik dengan perangai sesetengah niqabi, termasuk aku sendiri, yang berniqab tapi menimbulkan banyak fitnah kepada Islam. Perangai tak selari dengan pakaian. Aku sedih sangat sangat sangat. Kesal. Bukan kata kat orang lain ja ni, tapi diri aku sendiri. So, aku rasa lebih bagus kalau anda yang berniat nak berniqab sila perbaiki akhlak anda dulu, kemudian baru berniqab. Niqab tu sunnah. Boleh pahala kalau ikhlas pakai kerana Allah. Aku cuma bimbang kita semua makin berdosa bila pakai sebab jadi fitnah.

Being a niqabi bukan bermakna takda dosa. Tidak. Niqabi bukan malaikat. We make mistakes. A lot. Kita masih manusia biasa sama macam perempuan lain. Cuma bezanya adalah kita ada secebis kain sebagai pelindung. Walau dah cuba seeloknya jaga adab akhlak semua pun, tetap juga kita akan ada kesilapan. Lumrah. Yang penting cuba jadi ikon Islam yang terbaik. Cuba. Dan setiap kali salah, mintak ampun. Selalulah muhasabah diri.

Semoga Allah mengampuni dosa-dosa kita semua.


p/s : esok keluar result! Doakan aku dapat 4flat! May Allah bless us all

Monday, 22 December 2014

Sedikit sebanyak mengenai UNISEL

Assalamua’laikum

Sejuk harini. Dari pagi sampai petang pun masih juga sejuk. Nak keluar bank in duit. Tapi ada keta ayah block. Malas nak alih. 

Bukak laptop. Update belog.
Lain kali lah bank in. 
Hee.. procrastinate..as always.

So, di petang yang sejuk ni, dengan memakai jacket putih acah acah korea untuk memanaskan badan, dengan secawan teh panas di tangan, dan beralaskan meja jepun kecik baru beli semalam, aku memilih untuk menunaikan janji 4 bulan lepas iaitu cerita pasal UNISEL. Ceritanya sekarang ni ramai kawan-kawan tanya pasal UNISEL. Dan aku pun saja nak tolong kalau-kalau ada orang nak tau serba sikit pasal UNISEL, macam aku before masuk UNISEL dulu jenoh gugel nak cari info. So, hope this will help!

Disebabkan tak tau nak mula macam mana, dan terlampau banyak nak diceritakan, dan kalau cerita secara random konfem melalut tak nampak point dan end up anda semua menekan butang X kaler merah di penjuru skrin atas belah kanan tanpa menoleh walau sesaat pun, maka moleklah kiranya aku asing-asingkan cerita ikut point. Haa before tu aku nak mintak maaf sebab takda gambar LANGSUNG. Aku malas amik gambar, kena faham bukan aku duduk sorang-sorang kat hostel tu, so privacy orang kena jaga jugak. Tapi aku cuba describe sejelas mungkin bagi anda semua boleh bayangkan. Imaginasi tu kena asah sikit k hadek hadek sekalian.

Ehem. 
So, kita mula dengan cerita pasal hostel. Ok gaiss?

1) Hostel UNISEL (Wisma MAIS)

Masa awal-awal nak masuk UNISEL aku dah puas gugel “hostel UNISEL” dan juga “asrama UNISEL” sebab aku takut sangat dapat bilik buruk yahamat. Dah terbiasa hostel kat KPMIM dulu selesa. So dengan gigihnya aku gugel segala. Sekali jumpak gambar kat blog siapa tah masyaAllah buruknyaaa weiiiii hostel UNISEEEELLLL. 

Aku pun tanya kawan aku budak UNISEL. Tapi dia UNISEL kampus Bestari Jaya. Aku nak masuk kampus Shah Alam. Dia cakap dah buat baru kot. Rasanya tak dah yang buruk tu. Lega hati aku. Mulanya aku dah nekad takmau UNISEL. Dah bagitau ayah aku. Beliau tanya kenapa, aku pun jawabla hostel buruuukkk. Terus kena marah manjew manjew. So bila kawan aku cakap camtu aku pun sedapkan hati masuk UNISEL.

Masa hari pendaftaran, the moment aku langkah kaki naik tangga nak ke tingkat 3 memang dah tak seronok. Tengok tangga tu aku terbayang sarang penagih kat abandoned building. Serious weh. Dengan bau hancing kucing sikit-sikit. Pastu jarak antara pintu rumah dengan pintu rumah depan cuma dalam 2 meter, or less. So kawasan nampak sempit la. 

Cari rumah aku, jumpa, masuk rumah. Amagadd amagad amagadd!!! (baca dengan nada Lisa Suriram eh Surirumah dalam cita Istanbul Aku Datang)

Ok. Ini dah macam rumah flat yang aku tengok dalam drama Melayu yang penghuninya hidup miskin anak remaja terabai. NI LAH MACAM DALAM GAMBAR AKU TENGOK DALAM BLOG MASA AKU GUGEL HARITUU!!

Ok fine.
Redha.

Bila masuk bilik aku, ada sebuah katil double-decker, sebuah meja, sebuah almari dua pintu. Bilik sangat kecil, sesuai untuk dihuni sorang ja. Tapi kami disumbat 2 orang dalam bilik tu. So memandangkan rumet aku dah amik katil bawah, so aku terpaksa akur dan memilih katil tingkat atas. Katil besi kurus kaler hitam tu ya anak-anak. Dan bila rumet aku katil bawah secara otometiknya meja dalam bilik tu dia yang punya sebab meja tu kat hujung kaki dia (peraturan sendiri-sendiri paham walau tanpa dokumen bertulis). So meja study aku di luar bilik which is sangat membebalkan aku sebab macam mana aku nak study meja kat ruang tamu dan berada di tepi TV god please!! 

Tapi takpa ecan. Chill. Aku dah besar kan. Dan aku memang takda pilihan dah. Then aku tengok pulak almari. So, dalam fikiran aku japgi depa akan bagitau kena amik almari kat mana-mana dan dalam hati aku dah redha kalau almari pun aku kena letak kat ruang tamu. Namun monolog dalaman aku terhenti bila aku nampak ada nombor dekat setiap pintu almari tu. Pintu kanan No 1 dan pintu kiri No 2. Kemudian aku terpandang katil. Tingkat bawah ada sticker tulis No1 dan tingkat bawah tulis No2. Sel-sel otak mula berhubung….yahh!! pffttt!!! Almari ni kena amik sorang sebelah! Almari berkeluasan 5 jengkal X 4 jengkal tu kena share sorang sebelah ecaann!! Terus pandang barang-barang aku. Istighfar panjang. Mata berair. 

Then round keliling rumah. Satu rumah ni ada 3 bilik. 1 bilik tu dihuni 4 orang. 1 lagi bilik 3 orang. Dan bilik aku 2 orang. Bersyukur sangat aku dapat bilik 2 orang. Tak la rimas sangat dengan keadaan sempit tu. Then ada dapur, siap peti ais, rak kecik untuk letak barang makanan dan rak pinggan mangkuk. Singki pun ada. Kat dapur tu ada ruang untuk sidai baju. Tapi tersorok lah. Awal awal aku dah cakap dalam hati memang tak ah aku nak sidai baju kat sini, nanti hapak. Then ada 2 toilet. Toiletnya biasa-biasa ja. Kalau jaga elok elok tak geli la. 

Semuanya memang teruk, tak dapat dinafikan. Tapi, bila kita dah duduk situ, dah sapu habuk habuk, dah susun barang kita elok elok semua, semuanya tak seburuk yang kita nampak untuk kali pertama. Sungguh. Hampir 4 bulan aku kat situ aku takdala rasa down sebab rumah. Efek aku sikit part meja kat ruang tamu tu dengan almari jelah. Sampaikan aku cuma guna meja tu untuk letak buku and alat tulis ja. Tak study pun. Tak selesa dengan suasana terlalu terbuka tu. Almari pulak aku dah berjaya memohon belas ihsan abang aku untuk belikan aku drawer hihi. Thanks Bamet! Jasamu dikenang. Lain dari meja dan almari tu, alhamdulillah semua okay. It’s not that bad. Buat aku berfikir, habis orang yang merempat bawah jambatan tu macam mana? Lagi terok. Ni dah kira selesa la tuu. Alhamdulillah. K habis cerita dalam rumah. 

Bawah asrama pulak banyak kedai. Bab makan jangan risau. Kat bawah hostel tu ada beberapa buah kedai makan. Kalau dah muak, boleh seberang jalan (dekat sangat ja) ke bangunan seberang sana pulak. Ada lagi kedai makan, ada 7e. Aku suggest anda semua merayau di belakang bangunan tu akan jumpa restoran D&R. Makanan sedap, kedai selesa, harga standard. Kalau dah muak jugak makan kat area situ, anda boleh jalan kaki ke food court Seksyen 2. Situ penoh orang, penoh kedai makan. Dan situ harga makanan memang student price lah. Rasa makanan sama dengan harga. Aku suggest gerai Sabariah untuk makan tomyam, dan gerai hujung sekali ada claypot. Yang femesnya kat food court tu ABC. Aku suggest kedai apa tah yang jual ABC Coklat. Tu feberet aku la tu. Hihi. Kalau teringin jajan pun ada kedai runcit area hostel. Coolblog & HotnRoll ada kat Caltex. 

Selain kedai makan, area hostel tu ada dobi, kedai photostat, ada library MAIS, badminton court, surau dan ATM Bank Islam. Library tu memang port aku. Ok panjang cerita pasal hostel.

UPDATE : Last semester (January-May 2016) hostel telah diupgrade. Katil dah tukar dari katil kurus besi hitam jadi besi gemuk sikit dan nampak lebih kukuh. Locker pun dah ubah dari locker kayu jadi locker besi standard kebanyakan asrama tu. Cuma tak pasti upgrade ni dah siap bagi semua rumah or belum. 


2) Kemudahan di Kampus UNISEL SHAH ALAM

Okay. Bila tengok kampus ni mungkin ada sesetengah student baru yang akan rasa kurang motivated sikit. Sebab kampus ni kecik. Tak nampak macam university. Dah hampa pi compare dengan UiTM tu sapa suruh. Agak-agak la pon. Ni swasta. Lagipun kampus Shah Alam ni bukan main campus. So agak kecik lah. 

Setakat ni bagi aku kampus ni okay-okay lah. Kelas semua ber air-cond, kadang ada kelas aircond rosak biasala tu. Meja kerusi standard. Whiteboard standard. WiFi ada, cuma certain kawasan tak berapa dapat so bengang jugakla kadang-kadang huhu. Overall just nice, alhamdulillah. Surau pun okay, ada air-cond dengan wifi but still aku rasa kalau besarkan sikit surau tu inshaallah lebih selesa. Sebab surau jadi port orang baring tunggu kelas seterusnya bila ada gap, so waktu rehat tu memang penuh ya rabbi. Penuh dengan manusia bergelimpangan. Kafe pulak aku tak komen sangat sebab aku jarang makan kat kafe UNISEL. Sekali dua ja pernah. Aku prefer makan kat kedai-kedai area luar kampus tu. 


3) Akademik

Yang ni jadi isu sikit. Ramai petikai pasal akademik ni sebab swasta konon kurang kualiti le choiii, dan orang kata UNISEL ada isu. Tapi aku sendiri taktahu menahu isu apa. Setakat aku belajar 4 bulan ni, lecturer Alhamdulillah okay-okay belaka. Untuk kos aku amik ni mostly lecturers adalah ex journalists. Kiranya bukan ajar ikut silibus ja tapi pengalaman para pensyarah ni sendiri. Tu yang best tu. Eh ini bukan bodek tau gais. Lecturer-lecturer aku taktau pun pasal blog aku ni haha.

UPDATE : Sekarang aku belajar dah dua tahun pun belum terasa ada isu apa-apa berkaitan akademik. Alhamdulillah semuanya berjalan macam biasa. Wallahua'lam kalau ada yang aku tak tahu. Aku cakap berdasarkan pengalaman sendiri dan kawan-kawan sekeliling sahaja.


4) Aktiviti-aktiviti lain

Yang ni depends kelab yang kita join. Nasihat aku, aktifkanlah dirimu. Bagi muslim aku suggest joinla Persatuan Pembangunan Islam (PPI). Tu antara kelab teraktif kat UNISEL Shah Alam ni. Ada usrah, ada iftar jam’ie, Ladies Night untuk pompuan saja (haritu aku jadi AJK hihi. Jemput Diana Amir & Da’ie Adibah), memanah (aku shoot tepat buah oren weh eksaited gila masa tu haha) dan lain-lain lagi. Kelab lain pun hidup jugak. Tapi aku join PPI ja huhu. Tu pun mula-mula dah tak menang tangan. Meeting itu ini. Terasa penuh jadual hidup aku. Kalau join lagi banyak lagi lah busy hidup. Busy, tapi puas.

UPDATE : Sekarang aku baru join Peers Guidance Club. Best! Ada banyak aktiviti yang dirancang. Last sem kami jadi fasi bagi program di sebuah sekolah menengah. Next sem inshaallah volunteering di Zoo Negara, family day etc. 


5) Kewangan

Yang ni adoii la jawabnya. Aku terpaksa buat pinjaman PTPTN. Boleh nak mintak pinjaman lain. Aku aim MARA tapi kos aku MARA taknak cover. So aku nak amik Karangkraf, tapi aku terlalu melengahkan sampai last minute aku terpaksa mintak PTPTN, takut tak sempat mintak nanti mana aku nak cari duit nak setel untuk sem1. Yuran kos aku untuk 3 tahun adalah RM34k. Rahang jatuh? Ok tu lah hakikatnya. Aku pinjam PTPTN RM30k. Aim aku nak skor tinggi-tinggi setiap sem so that takyah bayar atau cuma bayar sikit. Doakan aku, please! (Update : Aku dah grad with first class, so free PTPTN yeay alhamdulillah! All the best guys)

Ok, aku rasa dah nak muntah hadap laptop beberapa jam tanpa stop. Apa-apa hal nak tanya boleh cari aku di...

Eh wait..

sebelum tu nak warning dulu; nak tanya tu SOALAN BIAR BERTEMPAT okayy?? Tolongla jangan sampai niat murni aku nak tolong sikit sebanyak jadi perosak mood aku balik. Huwaaa. Kecewa weh baca soalan mengarut macam tu.

JANGAN tanya aku berapa yuran anda kena bayar untuk kos anda. Like seriously, kenapa tanya akuu?? Kalau anda, anda hafal ka semua yuran untuk setiap kos di uni anda? Brrr.

JANGAN tanya MARA or any other biasiswa ada provide tak untuk kos anda. Sekali lagi, not in my concern la untuk ambik peduli pasal tu. Kos journalism mungkin logik jugak nak tanya aku. Itu pun aku taktau sangat sebab aku dan kawan-kawan semua ambik PTPTN :)

JANGAN tanya macam mana payment bagai. Maaf, aku taktau. Aku dah lupa masa aku dulu macam mana.

Ok, anda boleh tanya soalan di komen bawah ni. Kalau aku tau dan aku rajin, aku jawab ya. Kalau aku taktau jangan marah pulak. REMEMBER, aku cuma seorang student biasa, bukan MPP, bukan pekerja. Aku terlalu biasa. Banyak yang aku taktau pasal UNISEL pun.. cuma aku offer soalan untuk sesiapa yang nak tanya benda yang aku MUNGKIN tahu. Okay :)

Till then.

p/s : doakan aku dapat result cemerlang untuk sem1 ni. Nak dean's list!!! (Update : sem 1 ni aku tak dean's list ahaha)