>

Wednesday, 31 December 2014

A One-Year-Old Niqabi

Assalamu’alaikum

31 December 2014
10.27 pm

Dah setahun berlalu since the first day aku pakai niqab. Sama dengan besfren aku, Ku. Kami start pakai hari yang sama. Cuma dia awal beberapa jam. Tak ingat the exact date. Tapi rasanya dalam the first or second week of November 2013.

Ingat lagi few months before tu aku dok gundah gulana. Pikir pasai dosa ka upload gambar, dosa ka kalau laki suka aku lepas tengok muka aku, dosa ka aku tayang-tayang muka bajet comel di laman sosial. Keliru. Rasa dosa. Tapi aku dah tutup aurat kan, bisik nafsuku penuh menggoda. Still, dalam hati kuat kata tu adalah salah walaupun aurat tertutup.

Beberapa lama dalam dilemma. Teragak-agak nak berniqab. Takut tak mampu istiqamah nanti tak seronok lah kan walaupun berniqab tu tak wajib. Makna kata lepas berniqab pun boleh buka kalau nak buka, tak dosa. Tapi once dah pakai sebolehnya taknakla bukak bukak balik kan. Konsepnya macam pakai jubah. Berniqab adalah sunnah, begitu juga dengan berjubah. Tapi dosa ka kalau harini pakai jubah, esok dah taknak berjubah?? Tak kan. So sama la dengan niqab. Sunnah.

K sambung cerita..

Sampaila satu hari tu sorang sahabat bagi hadiah niqab. Dia cakap dia nak pakai tapi mak dia tak bagi. Dia pun hadiahkan aku satu bila dia tengok aku macam terbuka hati nak pakai. Allah. Semoga Allah memberkati sahabat-sahabat aku J

Tapi lepas dapat niqab tu pun aku was-was lagi. Teragak-agak nak pakai. Sampai satu hari tu, Ku cuba niqab yang kawan aku hadiahkan tu. Dia pakai depan cermin. Tengok diri dia dalam cermin. Dia cakap, “Aku rasa nak nangis”. Pastu dia kalih ke aku. Dia cakap, “Ok, aku dah nangis”. Sambil air mata dah berlinang. Terus dia cakap dia nak pakai niqab. Dia cerita sebelum tu pun dah lama rasa kaki dia bogel sebab tak ditutup dengan stoking. Fitrah manusia kan, memang rasa tak kena bila tak ikut ajaran Islam. Tapi dia bertangguh. Sampaila saat dia try niqab aku. Terus hati tersentuh.

Bayangkan perasaan aku?

Kawan yang still jeans ketat, still tshirt biasa biasa, still tudung selimpang, dia try niqab aku dan terus keluar air mata, dan dia cakap nak pakai. Pehh. Sebak. Seriyes. Bergetar bibir tahan sebek. Rasa nak peluk peluk kawan aku tu tapi kite malu.

Terus semangat aku kuat balik. Aku dah lama struggle nak tutup aurat dengan perfect. Dan aku berjaya sampai tahap dah berstokin, berhandsock, bertudung cover dada. Ku pulak still dengan pakaian jahiliyyah masa tu. Dia sanggup nak improve diri secara terlalu mendadak. Aku takkan tak boleh? So aku nekad sama-sama mula pakai bila outing (dalam kolej kami tak pasti boleh atau tak boleh untuk berniqab, so memang tak berniqab dalam kolej). Bila ada kawan semangat tu terasa lebih kuat kan.

Perasaan lepas pakai niqab?

MasyaAllah, terlalu bahagia. Tu ja perkataan paling tepat nak gambarkan perasaan aku masa mula-mula pakai. Rasa terjaga tu takleh nak digambarkan. Rasa terjaga dari pandangan orang, terjaga hati dan tingkah laku dari buat benda-benda yang Allah marah. Rasa bersih. Rasa terlindung. Rasa selamat. Perasaan yang sangat bahagia. Rasa berharga. Terlalu berharga. Perasaan bahagia tu sangat kuat.

Sampailah satu masa aku buat satu dosa.

Terus down. Down…down ya Allah. Down dalam jiwa. Niqab masih kekal dimuka. Cuma bezanya perasaan bahagia tu dah hilang. Aku rasa berdosa. Aku rasa aku ni fitnah bagi Islam. Aku berniqab tapi aku buat dosa. Down..sangat down.

Aku yang dulu memang macam tu. Aku tak suka bila aku dah plan something perfectly then bila tak jadi perfect macam yang aku expect, aku akan down. Aku susah maafkan diri sendiri, dan aku susah nak terima apa yang aku plan dah tak jadi perfect. Aku rasa macam satu dinding yang cipta tu hancur. Aku rasa down…

Tapi Alhamdulillah.

Walau down mana pun aku rasa aku tetap teruskan memakai niqab. Aku gagahkan hati walau rasa sebal. Ditambah pula dengan dugaan hati bila berniqab, iaitu sabar. Makin lama, aku makin terima hakikat diri ini hanyalah hamba-Nya, yang memang penuh dengan kesilapan. Walau dah banyak kali aku jatuh, aku tetap percaya yang Allah Maha Pengampun, Allah Maha Penyayang, Dia takkan aniaya hamba-Nya. Bertaubatlah. So, dengan keyakinan tu semua, aku move on. Setiap kali buat salah, aku maafkan diri. Taubat. Ulang camtu.

Kepada kawan-kawan yang terniat nak berniqab, ada sikit benda aku nak ingatkan sebelum anda memilih untuk berniqab.

Pertama. Tanya diri sendiri, niat nak pakai niqab kenapa. Jujurlah dengan diri sendiri. Kalau sebab nak upload gambar di media sosial so that orang nampak macam perempuan muslimah dambaan sorga, baik lupakan. Kalau sebab nak menarik perhatian lelaki lelaki soleh, baik lupakan. Niqab untuk menutup, bukan menggoda.

Kedua. Sentiasa letak dalam kepala yang niqabi membawa imej Islam. So, bila anda memilih untuk berniqab anda kena berusaha sedaya mungkin tunjukkan contoh yang terbaik kepada masyarakat, sama ada di alam nyata mahupun di laman sosial. Jaga adab pergaulan, jaga bahasa, jaga tingkah laku.

Wallahi I told you, nak jaga semua tu sangatlah susah untuk diri aku yang serba serbi kekurangan ni. Sebab tu banyak kali aku jatuh. Dan secara sedar ataupun tidak aku dah bagi banyak fitnah kat Islam astaghfirullahal’azim. Sekarang, bila ada kawan-kawan bagitau nak berniqab, perkara pertama aku akan nasihatkan adalah, perbaiki dari dalam dulu.

Niat aku bukan menghalang orang berniqab. Tapi aku dah cukup loya dan jelik dengan perangai sesetengah niqabi, termasuk aku sendiri, yang berniqab tapi menimbulkan banyak fitnah kepada Islam. Perangai tak selari dengan pakaian. Aku sedih sangat sangat sangat. Kesal. Bukan kata kat orang lain ja ni, tapi diri aku sendiri. So, aku rasa lebih bagus kalau anda yang berniat nak berniqab sila perbaiki akhlak anda dulu, kemudian baru berniqab. Niqab tu sunnah. Boleh pahala kalau ikhlas pakai kerana Allah. Aku cuma bimbang kita semua makin berdosa bila pakai sebab jadi fitnah.

Being a niqabi bukan bermakna takda dosa. Tidak. Niqabi bukan malaikat. We make mistakes. A lot. Kita masih manusia biasa sama macam perempuan lain. Cuma bezanya adalah kita ada secebis kain sebagai pelindung. Walau dah cuba seeloknya jaga adab akhlak semua pun, tetap juga kita akan ada kesilapan. Lumrah. Yang penting cuba jadi ikon Islam yang terbaik. Cuba. Dan setiap kali salah, mintak ampun. Selalulah muhasabah diri.

Semoga Allah mengampuni dosa-dosa kita semua.


p/s : esok keluar result! Doakan aku dapat 4flat! May Allah bless us all

2 comments:

  1. Assalamualaikum.. syahdu baca entry ni.. macam ada sesuatu yg buat akk tersentak..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam..smoga mendapat maanfaat ya akk huhu

      Delete