Assalamu’alaikum
Awal –awal masuk UNISEL haritu
serious aku rasa serabut pikir pasal niqab. UNISEL ni bagi ja dak dak dia nak
pakai apa pun. Freehair boleh, rambut merah biru ungu pun boleh, jeans ke apa
semua boleh, tudung labuh boleh, niqab boleh. Ramai jugak aku tengok ada
niqabis kat UNISEL Shah Alam ni. Tak pernah pulak betul betul buat kaji selidik
nak tahu jumlah niqabis dalam UNISEL Shah Alam tapi secara kasar aku rasa dalam
20 orang ada jugak kot. Kira banyak la kan.
Masalah aku bermula sejak minggu
orientasi dulu lagi. Masa tu aku rasa lebih bagus tak pakai niqab so that orang boleh kenal sebab
dah nama pun minggu suai kenal. Then bila orientasi dah tak pakai, dah siap-siap kenal orang semua dah, takkan
tetiba pada satu hari yang indah aku nak masuk kelas dalam keadaan berniqab.
Orang-orang hati katang boleh aa cakap dia pun berubah macam tu..out of sudden
datang kelas pakai niqab. Tapi untuk aku waarghh aku serabut gak aa pikir masa
tu sebab seriously awkwarrddd bila tetiba nak pakai.
Dalam serabut-serabut tu aku buat
keputusan tak berniqab masa dalam kampus. Sebab paling strong sekali adalah
sebab kos aku yang kurang sesuai berniqab. Aku ni budak MASSCOM. Paham pahamla
dengan presentation, dengan berlakon, haritu siap berjoget buat persembahan
atas pentas. Serious ah tak sesuai berniqab. Eh tapi hampa jangan pikir aku bejoget
tak senonoh pulak. Ramai ramai. Still proper lagi la. Alaa aku tau mesti ada
yang cakap lebih kurang macam “Haa time ni la nak buktikan niqabis boleh masuk
semua bidang. Time ni la nak bawak nama niqabis dalam MASSCOM” atau yang lebih
strong akan cakap “Tu namanya mujahadah. Nak tengok takat mana enti sanggup
mempertahankan niqab”.
Huu. Still tak membuatkan aku
kuat nak berniqab dalam kampus.
Lemah weii.
Sebab-sebab sokongan kenapa aku
buat keputusan tak berniqab kat sini adalah sebab mula-mula dulu aku rasa
menyampah yang amat takleh belah dengan beberapa niqabis di kampus aku. Tahap
menyampah aku tu tahap aku rasa ya Allah janganlaaa orang sini tau yang aku pun
niqabis. Janganlaa depa pandang aku sama macam niqabis niqabis yang aku
menyampah tu. Bapak ah time tu aku nampak buruk apa sangat pun aku taktau
sampai camtu sekali aku pikir. So memang sebolehnya aku taknak orang tahu aku berniqab. Padahal
sekarang bila makin kenal aku makin tak faham kenapa aku pikir camtu sekali
masa first time jumpa depa. Sebab depa okay ja sebenarnya. Tersalah sikit sikit
tu biasalah, manusia. Patut aku faham depa pun manusia baru nak usaha berubah.
Dan memandangkan aku buat
keputusan tak pakai niqab dalam kampus, so aku cuba cover rasa bersalah tu
dengan berniat akan pakai di luar kampus. Niat la macam tu. Tapi dah selalunya
aku keluar pi mana-mana adalah straight lepas kelas bersama kawan-kawan kelas, lagi
impossible la aku nak pakai niqab tanpa pengetahuan depa. Ingat lagi dak aku
cakap yang masa mula-mula masuk UNISEL tu aku cuba sembunyi dari depa yang aku
berniqab? So memang tak la aku pakai bila keluar dengan depa. Mula-mula rasa
bersalah, rasa tak selesa sebab rasa terlalu terdedah muka aku ni. Tapi sampai
dah banyak kali sangat keluar dengan muka bogel camtu, lama-lama takda rasa apa
dah la. Dari niat asal nak pakai masa di luar kampus, jadi tak pakai langsung
dah. Dari mula-mula sembunyi dari kawan-kawan, sekarang bila ramai dah tahu pun
aku still tak berniqab di sana. Lebih selesa tanpa niqab.
Berbulan kat sini tak pakai,
sampai aku balik Kedah baru aku pakai balik. Terus rasa rimas lemas susah nak
bernyawa dan sakit kepala bila berniqab sebab dia tekan kepala bila balut tu
kan. Sadis sangat. Sampai rasa rimas dengan niqab. Punyala lama tak pakai kan.
Huhu. Tapi tak kesahla kan since bukannya wajib pun nak berniqab. Bila balik
Kedah setakat ni aku masih pakai. Pikir-pikir balik nanti masuk zaman kerja pun
mungkin aku tak pakai. So bila ja
aku nak pakai? Aku pun dah konpius.
Tapi sementara semua tu belum
terjadi, aku go on jela dengan cara aku sekarang; kat Kedah pakai, kat Selangor
tak pakai. Yang penting lengkap berpakaian ikut syariat dah perfect dah bab
aurat tu. Tak berniqab pun takpa, bukan berdosa pun. J
blogwalking here....btw, visit and follow me on shukranzahari.blogspot.com ...Happy blogging
ReplyDelete