Assalamu’alaikum
Sebelum ni, aku kat Shah
Alam takda transport. Nak kemana-mana semua harapkan orang. Nak beli
barang, nak pi dobi, mencari makanan, atau sebarang urusan apa pun semua kena mintak tolong orang. Susah. Bayangkan member taknak keluar, kita kelaparan. Ataupun kita kalut nak setel esaimen ni, member ada hal lain. Susahla nak kacau jadual orang nak uruskan kita pula lagi. So, lepas beberapa sesi meminta belas simpati akhirnya
sebuah skuter berjaya kumiliki Alhamdulillah. Thank you ayah I love you! Aku dah namakan skuterku Nimbus sebab rupa dan prestasi dia sesuai dengan nama tu. Hampa tau dak Nimbus tu apa? Jengjeng rahsiaa. Hehe for those who knows will understand.
Btw, why skuter? Sebab aku tak reti
bawak motor biasa. Hhoho. Aku ada lesen tapi aku belajar bawak motor masa nak
amik lesen tu ja. Dah dapat lesen langsung tak sentuh motor. Masa kecik-kecik dulu rumah aku tak pernah ada motor sebab tu aku tak pandai bawak. Tapi lesen tu
amik jugak in case nak guna di masa hadapan. See. Sekarang dah jadi sangat
berguna. Thank you Ummi & Ayah I love you both!
Mula-mula beli aku cuma naik
skuter keliling taman and kampung berdekatan rumah aku. Sumpah tak berani la
naik atas jalan raya. Takut oh. Silap sikit boleh maut aku. Memangla sambil
memasak di dapur hatta sedang tidur pun ajal boleh sampai. Tapi takpayahla kan nak konfiden sangat bawak atas jalan rayakalau button signal pun tak kenal lagi mana satu -_-
Sampaila awal bulan 6 ni aku
masuk sem3 (dah sem3 ohmy how time flies nanti sedar-sedar dah grad huu ya Allah make it easier for me amin).
Maka, ayah pun bawak skuter aku menaiki APV ayah datang ke Shah Alam. Sejak itu
bermulalah hidup aku dengan skuter di sini.
Namun, malang tidak berbau.
Tahukah anda beberapa hari kemudian aku dah cedera T_T Padahal takda pun kena
langgar ke apa. Aku sendiri tersepak bahagian badan skuter aku masa tengah rushing. Menggelupur terus rasa nak meraung sambil melemparkan
kata-kata kesat. Namun cuma air mata yang mampu keluar menunjukkan rasa yang
teramatlah sakit. SAKIT YANG AMAT WEYY!!!!!
Balik rumah bukak stokin aku tengok luka kat ibu
jari kiri. Luka berserta lebam kaler hijau. Waduh waduh. Tapi aku tak pi klinik pun. Harini (setelah hampir 3 minggu kejadian tersebut), aku tengok
luka dah lega. Tapi bila tekan-tekan kat kawasan terlibat still rasa sakit.
Then bila aku urut urut siap ada bunyi kreuk kreuk kat bahagian yang tercedera haritu. Omg jari aku patah ke macam mana.? Then aku pun urut kaki kanan bahagian sama, boleh rasa perbezaan antara jari sihat dan jari sakit tu. Serious weh. Aku
pun bezakan bentuk tulang ibu jari kanan dan kiri. Weh beza jugak!! Tulang jari kiri
aku bengkok baq hangg. Oh my poor jarii. What have I done to youuh~. Bila tengok tak nampak apa-apa pun since luka dah
lega dan lebam dah hilang. Cuma tinggal parut sebagai bukti pengkhianatan
skuterku terhadapku. But still la aku tak pi klinik. Nak patah ke retak ke
takpala hoho yang penting kalau tak tekan tak sakit dan tak nampak cacat. Bila pegang baru rasa tulang timbul sikit.
Selain kisah itu, ada lagi kisah
lain sepanjang baru hampir 3 minggu aku bawak skuter kat sini. Pernah aku
nak pi Ole-Ole nak baiki (read: beki) kasut. Sampai ke roundabout berdekatan aku nampak ada
keta polis tengah-tengah jalan. Tapi takdala dia letak kon tanda Pemeriksaan
Polis ke apa pun. So, demi meyakinkan diri yang aku dah cekap bawak skuter dan
cekap pasal jalan raya, aku pun dengan konfidennya jalan depan polis dengan
muka toya well aku takda salah pun lesen hidup, aku pakai helmet. Takda sebab
untuk takut ok!
Tapi tu perasaan beberapa saat
sebelum kena tengking dengan polis la.
APA BENDA WEYY KENA TENGKING
DENGAN POLIS TENGAH-TENGAH JALAN RAYA. Wey tolongla katakan semua orang yang
baru belajar bawak motor mengalami perkara yang sama, atau sekurang-kurangnya
yang hampir sama.
Mana la aku tau yang aku supposed
to berenti belakang keta polis tu sampai dia kata jalan baru jalan. Aku yang
paling depan kot. Mana aku tau. Takda pun papan tulis suruh berhenti atau sebagainya. Terus aku berenti on the spot tengah-tengah jalan and toleh ke dia dengan muka inosen. Nasib baik dia buat isyarat tangan suruh aku teruskan perjalanan. Kalau dia
panggil aku patah balik takke malu yahamat. Hahaha. Bapak polis waiyududistumii. Tega banget kamu lakuin segitu ke akuu.
Selain kisah itu, aku juga telah
dengan konfidennya bawak atas jalan raya dengan rushing nak ke Masjid Negeri
sebab takut terlepas isyak berjemaah sebelum nak terawih tanpa aku sedar bahawa
aku terlupa memakai topi keledar. Dah sampai jalan raya kot baru aku sedar
kepala bugil. Bila dah sedar tu terus bibir takleh henti mengucapkan “astaghfirullahal’azim
ecannn astaghfirullahal’azim nur ihsan fadhlina apa nak jadiiii
astaghfirullahal’azim” atas motor sebab terlalu terkejut dengan diri sendiri. Terus aku patah balik amik helmet. Tak memasal buang lagi masa yang memang dah suntuk. Alhamdulillah la sempat gak rakaat first dengan imam. Kalau tak taktau nak merajuk dekat siapa.
Setakat ni cuma tu ja kisah
pendek aku dengan skuterku. Baru 3 minggu. Semoga takda lagi kejadian
kecederaan atau benda-benda memalukan jadi kat aku huwaa. Walaubagaimanapun aku berasa sangat hepi sebab ada kenderaan untuk setel urusan sendiri tanpa
mengharapkan bantuan orang sangat macam dulu. Alhamdulillah. Best weh bawak
skuter selit selit celah kereta takyah sangkut-sangkut jammed sangat. Part
paling best bila bawak kat kawasan kurang sibuk dan boleh bawak laju-laju
dengan rasa angin kuat menampar wajahku wahh bestnyaaa. Rindu zaman naik
Firebolt kat Hogwarts dulu :’)
Okay btw sebelum aku mengundur
diri mungkin untuk berbulan-bulan moleklah kiranya aku mengucapkan Ramadhan
Mubarak gaisss!! Jom la kita sama-sama manfaatkan Ramadhan tahun ni dengan
sebaiknya. Pulon baca Quran sebanyak mungkin berserta tadabbur sekali. Tak best la kan kalau kita baca punya
banyak tapi satu apa kita tak faham apa yang kita baca. So marilah kita baca
sekali maksud ayat-ayat Al-Quran tu then hayati betul-betul. Tapi kalau ada
yang kita tak faham jangan memandai conclude sendiri tau. Tanya orang yang
lebih berilmu supaya faham, atau diam ja dengan cakap dalam hati “Wallahua’lam.
Aku belum faham lagi. Tapi semua yang aku baca ni memang benar.” ß ni aku reka sendiri la
bukan ada apa-apa dalil ke apa suruh cakap camtu. Aku cuma bagitau diri sendiri
jangan memandai reka-reka pemahaman sendiri kalau ayat tu aku tak faham.
Siiru a’la barkatillah.
Tata!
Salam Ramadhan! hehe menarik baca kisah skuter ni. Nimbus 2000 tu broomstick Harry Potter kan?
ReplyDeleteSaya tak tahu bawak motor, masa nak ambil lesen kereta dulu ingatkan nak ambik sekali dengan motor. Tapi, fuhhh, memang tak masuklah dengan diri ni. Belajar bawak motor pun ke laut. T_T
Take care!
Tenettt! 5 markah utk andaaa. Hehe.
DeleteA'ah tu penyapu first harry.
Kalau belajar lagi inshaallah boleh awk. Hehe. Sy dulu pun lgsg tak reti. Cuak sgt2. Tapi skrg perghh rasa bahagia sgt pecut naik motor. Seriyess :)
Salam Ramadhan Mubarak !
Amboiiii... racing yer, hais. mcm spam lak momoy nih
DeleteHehehee takdala racing Momoy. Tapi enjoy naik skuter heee. Baru sedar bestnya bestnya naik motor. Best kena udara. Tapi bila tgh sesak tak bestla makan asap T.T
Delete