>

Tuesday, 17 January 2017

First Anniversary of Accident

Assalamu'alaikum dan hai! 

So, emm those yang dah setahun follow aku di Instagram mungkin dah dengar cerita pasal accident last year. Tapi blog belum tahuu. Tahun lepas malas nak menulis. Kalini tiba-tiba rasa nak cerita pulak. But, before I begin nak warning siap-siap, this gonna be a very long entry, okay?

Okay. So, 15 January 2017 which is kelmarin dulu, telah genap setahun peristiwa kemalangan itu. Jadi,

Happy Anniversary parut-parut sekalian!
 baik yang telah mulai pudar dan juga yang masih rasa sakit

Warghh, yess gais, aku dapat satu parut yang macam bernyawa. Kadang-kadang gatal tiba-tiba, then kalau terlanggar apa-apa perghh sakit dia ya ampun wehh menyucuk rasa. Sakit namateyyy!

Aku pun pelik mulanya kenapalah dia tak hilang terus. Rupanya aku telah mendapat satu keloid scar, omgg. Boleh Google kalau nak tau lebih lanjut. Parut jenis ni memang take time untuk jadi parut biasa. Boleh jugak bedah untuk buang dia tapi risiko parut bedah tu pun jadi keloid still ada (based on pembacaan). So, baik tak payah ye dop. 

Jadi, macam mana boleh accident ni?

Ehem. Camni ceritanya.
*sandar di kerusi, siku di atas meja, jari bertemu jari*

Peristiwa tersebut berlaku semasa awal tahun 2016. Awal tahun gais, resolution nak kurus, nak cantik. Semangat *insert emoji lengan taf disini*. So aku pun jog. Itu baru hari kedua or ketiga aku mula jogging. Huhu. Masa aku nak keluar jog tu hujan baru berhenti. Dah pukul 630 petang. Balik dari jogging tu dalam pukul 730 petang. Tar masih basah. Angin sejuk, best. Waktu dah nak maghrib, jadi kena laju. So kita bagi laju lah. 

Jalan raya depan Kondominium Baiduri tu pulak memang turun bukit. 

Tiba-tiba terasa nak masuk belah kawasan rumah orang kaya. Nak tengok pemandangan.

Tiba-tiba membuat keputusan begitu, walaupun tengah sangat laju. Tiba-tiba lah pulak kan.

Maka, aku pun mula lah brake sikit demi sikit. 

Namun, pada masa itu jarak dah jadi agak dekat dengan kereta depan aku yang nak belok masuk kawasan rumah orang kaya tu. 

Brake lagi. Lagi. Kang langgar kereta orang tak pasal-pasal. 

Brake sikit. 

Kereta tu pun masuk dalam kawasan rumah orang kaya. Depan aku dah kosong takda kenderaan lain. Namun, skuterku masih memacu laju walaupun dah brake sikit-sikit beberapa kali.

Brake lagii.

Dah nak dekat belok sangat dah. Still laju oi apani.

Brake sikit lagi. 

Masih juga laju. Damnnn, dah nak dekat sangat.

Terpaksa. Nekad. Brake rapat.

 Maka, bergoleklah aku diatas tar tersebut sambil otak tengah digest apa yang sedang berlaku, sambil fikir bila nak berenti golek, sambil dalam hati berdoa janganlah tergolek masuk lane sebelah yang kereta tengah laju turun bukit. Masa tu baru aku faham apa yang diertikan dengan 'sekelip mata'. Memang semuanya jadi dalam jangka masa yang sangat pantas. Sekelip mata dah cium jalan padahal tadi kan ke tengah bawak motor.?

Berhenti berpusing aku pun bangun dengan serta merta. Malu punya pasal weh. Dalam hati pikir macam mana la rupa aku golek tadii malunya huhu. Namun masa nak bangun tu kakiku terpele'ot balik. Terasa macam tak mampu nak tampung badan sendiri. Baru sedar lutut kiri injured. Berdenyut-denyut. Lutut seluar koyak dan dipenuhi darah. Maka tercapik-capikla aku berjalan duduk dekat divider. Sambil tengok dua buah kereta belakang aku dah berenti, sebuah lagi kereta seberang jalan sana pun berenti (walaupun dia langsung tak terlibat sebenarnya).

 Dari kereta yang berhenti belakang aku keluar tiga orang remaja lelaki. Penampilan agak serabai, rambut blonde. Tak sedar bila depa angkat skuter aku naik atas divider. 

Pemandu kereta yang berenti seberang jalan tu pun lintas belah sini, berkerumun dengan tiga orang remaja lelaki tadi. Lelaki jugak. Muda. Tak tengok betul pun muka brader tu macam mana. Yang aku ingat dia nampak lebih kemas dan semenggah sikit la dari tiga orang tu. 

(Kereta yang satu lagi pulak perempuan, dia tanya nak call sesiapa tak, aku bagi satu nombor then dia blah. Itu ja cerita pasal dia.) 

"Macam mana boleh jatuh?" 

"Entah." 

"Sakit tak tu?" sambil tunjuk dagu aku. 

Daguu?? "Tak rasa apa pun." 

Muka masing-masing berkerenyut tengok dagu aku. Terus kecut perut aku nak tengok luka dagu.
"Teruk ke dagu saya? Saya tak berani tengok." 

"Nampak macam dalam jugakla." 

Lelaki yang sorang tu berlari ke kereta dia amikkan tisu (boleh kata sekotak terus) bagi aku suruh tepek kat dagu sebab darah banyak.

"Jom saya bawak pegi hospital?" Dia offer.

"Bagi alamat, nanti kitorang hantar motor ke rumah." Yang bertiga pulak offer.

Macam-macam soalan, dan aku pun taktau nak buat apa dulu. Hospital dulu? Call Yanie dulu? Skuter macam mana? Phone pun memang dah berbulan tak bertopup masa tu. Nak pi hospital dengan mamat-mamat ni, like seriouslyy... Darah pulak laju menitik-nitik.

*Pandang skuter*. Huwaaa sedihnyaaaa. Side mirror sebelah patah, badan calar-balar. Nimbus was only 7 months ++ masa tuu. I'm so so sorry baeee. 

Sorang mamat yang geng tiga tu pinjamkan phone. Serba salah pulak pegang fon dia dengan tangan berdarah. Huhu. Call Yanie, Yanie pun terkejut kecoh-kecoh, dia belum solat, so dia nak solat dulu. Nak tunggu dia, yang orang-orang ni masih tercongok tunggu jawapan. Darah menitis-nitis dari muka. Lutut seluar koyak, habis darah. Kasut pun ada la calar sikit. Thank God masa tu baru balik jogging, so pakai sport shoes lah. Terselamat jari-jari kaki aku. 

Lastly aku decide untuk ke klinik dengan brader yang naik kereta sorang tu. Dia nampak lebih semenggah (I judge, yes, can't help), dan sebab dia berseorangan. Tambahan pula dia nampak lebih matang berbanding remaja-remaja lelaki tu. Agak-agakla nak naik kereta dengan tiga orang remaja lelaki stranger weh. Offer untuk hantar skuter ke rumah pun terpaksa ku tolak baik-baik.

"Sorry ya, tapi saya tak boleh kang jadi apa-apa motor ni. Bukan taknak caya, tapi ya lah.. emm. Tapi thanks sangat-sangat tau. Thanks sangat. Thanks tauuu. Sorry ya." Bersungguh aku minta maaf berulang-ulang kali dengan muka mengharapkan diri ini difahami.

Amik purse dan phone, lock tayar Nimbus, kemudian berlarilah aku ke kereta brader yang sorang tu. Lutut rasa better sikit dari awal-awal jatuh tadi. Dah boleh berlari tu kira okayla kan. 

Dalam kereta... :

"Takpa ka ni bawak saya ke klinik? Sori la susah-susah ja (huhu).."

"Saya kerja depan tu je. Kerja sendiri. Dah start sakit dah dagu tu? Selalunya awal-awal tak rasa, lepastu sakitlah."

"Entah. Tak rasa pun. Nasib baik gigi saya tak patah. Teruk ke dagu ni?" *tunjuk dagu*

Tiba-tiba dia dengan sedikit beremosi
"Eergghhhh, saya tak boleh tengok benda-benda macam tuuu."

Hahah. Fanniiii. I still remember that reaction sebab funnyyy. 

Lepastu aku tak kacau dia dah. Dia tanya klinik panel Unisel mana. Urmm. Aku pun tak pasti. So dia hantar kat klinik di Seksyen 2. 

Kat klinik, doktor cakap dagu kena jahit, nampak tulang. 

I was like whutt, tulang??

Ngeriiiiii

 Lepastu baru teringat, eh dagu kan nipis ja. So takdala drama mana pun walaupun nampak tulang. Hihi. Tak jadi nak feeling cedera parah. Tapi doktor tu tak boleh jahit atas sebab-sebab tertentu. Nurse cuma sapu iodin di segala luka dan balut sikit dagu. Lepastu aku perlu ke Hospital Klang. (Masa tu Hospital Shah Alam punya emergency tak jalan lagi ka macam mana tah.)

Tak lama kendian Yanie pun sampai kat klinik tu dengan Najwa dan Kak Dayah. Lalu kami berempat pun bertolak ke Hospital Klang. Dah separuh jalan Aiman call. Clueless gila dia taktau apa-apa. Huhu. Aku cerita-cerita, then dia pun otw ke Hospital Klang untuk amik kunci untuk bawak balik skuter aku yang masih tersadai atas divider. Kalut dia nak call ayah aku walaupun berkali-kali kata takyahhh, I'm fineee. Boleh berjalan elok. Taknakla nanti ayah ummi risau pulak malam-malam dan tak boleh buat apa pun. Rupanya walaupun tak call ayah aku tengok-tengok dia call abang aku pulak -_-' 

Sampai hospital pukul 9 malam lebih kurang. Sementara tunggu turn jumpa doktor aku ada bersembang dengan sorang uncle Cina ni. Mata dia termasuk percikan besi welding. Ergh. Dengar pun dah seriau. Pedih kot weh. Tapi dia sibuk masuk bilik doktor berulang kali semata-mata nak suruh doktor panggil aku masuk cepat. Uncle nii :') Tambah pula tengok kawan-kawan yang sudi datang temankan, yang tercongok tunggu berjam-jam, yang datang semata-mata nak amik kunci untuk amikkan motor. :') I feel so much loved. May Allah bless you guys.

Beberapa minit kemudian (atau lebih sejam kemudian? We're talking about Hospital Klang here), aku pun masuk jumpa doktor. Doktor tu jolok luka dagu aku pakai jari dia untuk ukur kedalaman dia kata. Then doktor tu jolok-jolok lagi pakai besi dengan kapas untuk cuci kalau-kalau ada batu ke apa. Werghhh. Apa semua niii, doccccc. Belum bius, belum apa-apaaaa. (Padahal dia tau la kerja dia huhu). Cekang perut aku tahan nafas, pejam mata rapat. Membayangkan pun dah ngilu. 

Lama lepastu, lepas x-ray, amik darah itu ini, akhirnya tiba masa untuk jahit. Doktor lelaki, lembut bicaranya. Cewah. Dia cam pujuk-pujuk sikit cakap doktor jahit sikit ja ya. Nak tenangkan pesakit. Walaupun dah kena bius, walaupun tak rasa sakit, walaupun hanya seriau yang kurasa, tapi rasa itu cukup untuk membuatkan aku bersumpah-sumpah dalam hati

"Tobat aku takmau beranak. Sumpah aku takmau beranak nantiii warghh." jeritku di dalam hati.

 Serious weh. Ngilu gila namateyy. I just cannottt. 

Kalau kena jahit dekat kaki okay boleh pejam mata dan mengelak dari pandang benda tu. Ini kat muka. Aku kena keras diam kat situ sambil dia jahit. Aku tak boleh pandang tempat lain. Peh. Masa dia ikat jahitan tu terasa kepala aku bergoyang-goyang pulak. Bayangkan macam mana kuat dia tarik-tarik semua?. Can you imagine??!! Walaupun tak rasa sakit, but still... Aku pikir lepasni no more jahit. Ini kali terakhir. Sumpah. Masa tu aku pikir kenapa orang dengan rela mengandung padahal dia tau beranak tu sakit yang amat. Ummi, howw?? 8 orang beranak?? Huh. Kaklong, czer?? Erghh. I.just.cannot.imagine.that.

Balik dari hospital pukul 12 malam lebih. Dengan luka di kedua-dua lutut dan siku, bibir dan hidung, berserta dagu yang berjahit dan pinggang yang lebam. 

Qadha maghrib, solat isyak dalam keadaan duduk berlunjur. Tak makan pun tak terasa lapar. It was such a long, long night. Aku pikir nak tidur ja masa tu.

Esok paginya baru bagitau ayah. Bamet pun booked kan flight. Kaklong call. Famous ai pagi tu huhu.  Aiman datang hantar ke airport bertiga dengan Yanie. Kaklong, Abang Syafiq dengan Zaid jumpa kat airport. Sampai Kedah ayah amik. 

Sembilan hari jugaklah lepak rumah merap ummi, layan Sha dan Shah, enjoy ponteng kelas hee. Nasib baik awal sem, so takdala ketinggalan banyak pelajaran. Nasib baik cuma luka-luka, tak patah. Susah kalau kena drop sem tu pulak ke apa. Syukurrr sangat.

Sebelum rasa sendiri semua ni, aku pikir accident tu cool. Sakit, orang datang melawat. Boleh berdrama. Tapi lepas kena sendiri memang taknak rasa dah. 

Nak solat kena tukar pembalut luka. Ada pulak yang melekat dengan darah-darah kering, melekat dengan benang jahit. Kena tarik slow-slow. Bila terbangun subuh lewat, mana nak tukar gauze, mana nak balut baru pulak, masa dah suntuk. Renyah. Nak mandi pun azab. Nak jalan pun berdenyut-denyut. Makan pun susah dah bibir pun luka. Semuanya seksa. Satu dua hari awal tu pantang terlelap mesti mimpi terseret atas jalan lepastu terjaga mengejut. Nak tidur pun tak senang. Terkejut sokmo. Rasa macam bila-bila masa boleh sakit jantung pulak aku. Na'uzubillah. 

Tapi bila teringatkan orang-orang yang tolong waktu memerlukan, dari strangers dan juga kawan-kawan, yang call, yang hantar ke airport, yang sudi whatsapp tanya khabar, yang melawat di rumah, tambah lagi yang menjaga di rumah, sungguh, semuanya made me feel loved. Tersentuh rasa hati ni. *kesat air mata*. Masa tu baru faham kenapa kita disuruh melawat orang sakit. Benda tu sangat membantu dari segi emotional. Terasa orang care, orang sayang. Thank you Allah sebab bagi aku orang-orang sekeliling yang sangat baik. Semoga kami semua jumpa balik di syurga. 

Wah. Berjaya cerita setelah setahun berlalu. My first experience ever accident di jalan raya. Cukup untuk mengingatkan diri sendiri bahawa kematian tu boleh menjemput kita bila-bila masa. Tengah jogging, tak sangka beberapa jam lagi akan berada di hospital. Tengah bawak motor, beberapa saat kemudian tergolek atas jalan. Macam tu lah kematian boleh menjemput kita. Laju. Tak disangka-sangka.

Semoga Allah matikan kita semua dalam iman, sempat taubat, mati syahid.

May Allah bless us all.

Bye!



P/S : URL blog ini akan ditukar kepada ecanfadhlina.blogspot.com anytime soon. Hope I don't lose you my loyal readers :)


1 comment: