>

Thursday 18 April 2013

kisah hujung semester

assalamualaikum

dan salam satuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu direksiiiiiiiiiiiiiiii......~

hmm hmm. petang petang camni, sambil layan little things. dah 5 kurun tak tulis blog kan. nak tulis, banyak nak cerita, tapi tah la.. first, rasa cam takmau cita. second, taktau nak cerita yang mana satu kalau nak cita pun. third, ahh tak payah cita la. ecan kan dah dewasa, tak payah dah jadi budak kecik umur lapan blas tahun ngadu ngadu dekat blog pasal bukan bukan.  

hidup macam tak tentu arah sekarang. hectic gila tersangat teramat. assignment yang berkilo kilo, presentation yang tak kenal erti simpati, test test yang sangat menguji akal dan tahap kesabaran. kemarin dapat pulak tutee yang aku kena ajar grammar. yah, GRAMMAR wes! harap sangatla aku tak terbagi ajaran ayah pin kat dia. aku cuak gak ekceli. walauhepun junior, tapi laki! tapi tinggi dari aku! tapi badan katang dari aku! tapi tapi dan tapii. rasa kerdil dan comel sangat nak ajaq dia. macam mana kalau dia tak paham aku ajaq apa? macam mana kalau aku tensi aku termaki dia haha. tak pasal pasal dia smack down aku. koma seminggu.

esok plak aku kena ambush orang yang tak pi usrah. ya, kami ada usrah bagi pelajar pelajar pompuan time semua lelaki kat kpmim ni pi semayang jumaat. makanan tambahan untuk roh yang kelaparan. kenapa aku yang kena ambush? sebab aku kena denda. bukan aku sorang la, ramai lagi. kenapa denda? sebab minggu minggu lepas kami tak pi usrah. haa kan. aku tau ada antara kalian yang baca yang akan kata 'ecan tak penah berubah dari sekolah menengah'. ah tak kesahla. aku ada alasan sendiri walaupun tok ndak kat kampung pun akan ketok pala aku dengan penuh kebengangan bila dengaq alasan ni haha. 

dalam lambakan assignment yang menggila ni, masalah jiwa haruslah diselit barang sekeping dua. time time ni la hati dan jiwa dan perasaan diuji. alaah..sebenaqnya biasa ja. bukan tak pernah ada masalah macam ni. just time time ni la efek tu rasa kuat skit. sebab memang tengah stress kan. kesian orang orang sekeliling aku sebab terpaksa hadap roh kasyah khairuddin dalam diri aku ni. setan belaka. tak pasal pasal pembuluh darah tercedera.

aku perlukan banyak masa untuk berubah. sangat sangat banyak. bukan tiga empat bulan. setahun dua pun belum tentu mampu. bukan mudah nak buang 'diri' sendiri. sangat sangat susah. mau tak nya. berbelas tahun hidup sebagai ecan yang 'itu'. amat susah nak ubah. tapi for the sake of the vow, aku cuba ubah. apa salahnya, lagipun memang perangai perangai aku sangat buruk lagi keji pun. apa salahnya buang yang keji lagi hina tu. kalau nak bagi masa, terima kasih. aku hargai sangat sangat. tapi kalau dah tak sanggup, aku tak mampu kata apa. mungkin mampu, tapi aku malu nak suruh orang stay dengan aku bila orang tu dah takmau. aku tak suka orang terpaksa buat apa apa untuk aku. orang dah takmau takkan nak paksa. taktau malu? takdak maruah?? tediaaa ayatt. tersedak ayah kalau baca. mohon abaikan perenggan ni ayah. tsskk tsskk

macam macam haih.. doplopat jam tensi memanjang. sampai ulcer tak jemu jemu muncul kat dalam mulut  dengan mengucap kata cinta (punca utama ulcer adalah stress). biasa laa kan hujung hujung sem. enjoy jela dengan segala keja ni. this is the beauty of being student. tak lama dah pun. nanti keja lagi tensi. hmm k lah. ada fogging plak. dah kena halau keluar hostel. eh btw, mohon doa dari semua untuk segala keja dan final exam yang bakal berlangsung tak lama lagi. terima kasih. 

sangat benar,
ecan yang berjiwa katang


3 comments:

  1. Huhh nasib bek ilma n ilya tak kena ambush . Kita orang pandai sembunyi tau ... you missed us !!!

    ReplyDelete
  2. Insya Allah, Allah sentiasa bersama hamba Nya yang ada azam untuk berubah....berhijrah...dan nampaknya hambaNya yang seorang ni dah banyak berubah.....tahniah....Alhamdulillah...semoga istiqamah selalu.....

    ReplyDelete
  3. salam satu arah la ecang :)

    ReplyDelete