>

Monday 1 July 2013

Entry budak sekolah (reunion-konon-konon)

Assalamualaikum
Dan haiiiii~

Kemarin pi sekolah. Dari taon bila ntah fitriyah dah ada post kat group kat fb bahawa cikgu Fatimah telah menjemput kami untuk pergi ke rumah beliau. Eh, kenapa aku guna huruf kecik untuk f fitriyah dan huruf besaq untuk  F cikgu Fatimah. Adakah aku sedang mengamalkan diskriminasi umur dan pangkat walhal sepatutnya manusia sama sama dilayan secara sama adil lagi saksama? Alang alang tu kami macam dah lama tak pi skolah, tak jumpa satu sama lain, so kunun kunun nak buat mini gathering laa.

Fairuza amik aku kat rumah (kat depan taman ekceli) pastu amik tien nannie dengan fizz fairuz kat area area pecan gurun. Eh aku rasa aku taip nanie ja tadi kenapa dah jadi nannie. Tien nannie woi. Hahahaha. LOL autocorrect. Pekan gurun pun jadi pecan gurun kuangkuangkuang. K abaikan. High semacam aku ni dah kenapa. Makan pulut durian 3 pinggan ja pun..

Dah sampai sana, jumpak jumpak sembang sembang. Kami pun masuk melawat asrama. Dengaq kata lawa dah sekarang. Kami masuk asrama time tengah waktu sekolah keyyyy. Dah tak kena lari nyorok nyorok dari makgad dah sekarang. Dah tak kena jerkah dengan pak suhaimi dah sekarang. Hihi. Memang kagum gak la sebab dah berubah banyakkkkk. Tapi bengang gak la kan aku dah semangat cas kamera kat rumah pastu lupa bawak! Haa memang kamera fon aku cantik gila pun. Tensi gila. -,,- !!

Dan memandangkan pictures paint a thousand words kan.. so hayatilah gambaq gambaq di bawah. 


Blok C dengan D, blok dimana banyak 'bendabenda' kelihatan. Heee~ tapi selesa kot dok sini. Toilet dalam bilik. Bilik iron sebelah bilik. Memang selesa. Memang aku suka gila dok blok ni dulu. Yang ni tadak apa sangat pun. Just tambah macam kata-kata hikmah dengan ayat ayat Quran dekat dinding dinding tu. 


ni just ada kata-kata sikit dekat koridor. dulu takdo. tu jela. hihi


ce teka ni benda apa?? *Dora tengok cermin tivi* Ya betul. Ini adalah katil. yang dah lerai. saja nak guna balik kot. Ni tak siap lagi ni. Ada mamat bangla dok tengah buat keja. Aku rasa aku amik gambaq dia. Tapi ntah, balik balik tengok takda pun orang dalam gambaq ni. Heeee~


ni pun katil gak, bahagian kepala tingkat atas katil dabeldeker. Ruang aku pernah berlari lari anak penuh keayuan tiap tiap kali nak pi DM pas habis zohor, dengan pakai kasut tak habih. Berebut punya pasai. 


Ni bilim study. Dan lain sangat, Tirai lain, pastu tengah tengah tu siap macam ada apa benda ntah. Tapi kemas la.. kenapa dulu zaman kami tak kemas macam ni eh? tensi aku.


ni bilik jahit. senang la nak jait lencana dengan name tag. ingat aku dulu tekemut kemut jait name tag kat tudung tengah tengah malam sebab takut ustaz Mud nak cek esok. ketaq lutuit oii. depa siap bilik jahit khauuu. tapi adakah depa dah belajaq skill baru cara cara menjait tanpa duduk? lulsz. tak main dah lol lol skerang.



ni asalnya dulu tempat yang ada serabut serabut pokok bunga keliling pokok besaq hat ada semut gatai dulu nih. jadi kerusi banyak dah sekarang. untongla takyah betinggung tunggu Q public phone semata nak gayut dengan crush yang duduk kat asrama seberang time tadak kredit fon. kbai.


kepsi sama dengan gambaq di atas.


wuuuuu. ni tempat kesayangan + kechentaan. seriously. walaupun dulu kerap gak aku semayang kat dorm, tapi surau adalah tempat paling aku suka. selesa. sejuk. tenang. bahagia. luassss. banyak kenangan gilaaa. ni tempat aku merintih dekat Allah. dari form 1 sampai form 5. cerita macam macam. dari masalah pelajaran ke masalah dengan kawan kawan ke masalah suka kat bang luqman (nak jugaaakk wahahaha!!) sampai nangis nangis. sampai tertidoq. pastu terlepas prep petang. pastu ketaq lutuittt sebab dengaq suara cikgu Surhaya dari jauh. pastu nangis lagi sebab takut. wuu. aku sayang surau ni sangat2222. 

  
aku syak tujuan asal buat penyidai telekung kat sini sebab takmau bagi budak2 pompuan sandaq bekumpul kat dinding tiap2 kali kuliah ke apa. kat sini gak aku tergolek semalam gara gara pedih perot dengan sakit belakang sangat333333 sampai rasa nak nangis. guling guling aku tahan sakit. tak makan punya kes la tu.


ni try mencomelkan diri depan cermin kesukaan masa sekolah dulu. ehee


mula mula aku senyum biasa ja. pastu tien nak snap, aku tnya aku nmpak gemok tak (soalan NORMAL pompuan bila nak tgkap gambaq). pastu tien kata dak, nampak comei. haaa tediaaa. aku alergik orang kata kata comei camni. teruih tergelak. makanya terhasil la gambaq ghenyeh cam kucing ni. teruih tak comei nyaah -,-''


ni tein dengan azreen. cewah cewah. aku mula konpius adakah ni azreen atau aaron ajis. iklan dashing giteww.


ni kek yang bawak kat cikgu cikgu. sedap weh!. seriously. 


dulu takda g pondok tu. cuma pokok serabut serabut tu dah ada rasanya. suka gak sini. rasa sejuk, hijau. sukaaa. 


ni dewan terbuka. dah jadi tempat boleh guna untuk study, belajaq ke apa. cewah. suka hati aku ja. padahal taktau pun function benda ni.hihi. nun jauh di belakang pulak Galeri Kecemerlangan tempat boh segala sijil pingat piala replika cek entahapapantah lagi yang melambangkan tahap cemerlang sekolah. Ada cek RM200ribu lebih kalau tak salah tengok. fuyuuuuu~


 ni saja aku amik sebab ada gambaq somebody. heheheheeee. ce tengok pakaian seragam pengawas. kenai dak kenai dak. hahahaha :p


dengan tecer Hendon, belanja kami minum minum dekat kantin. Eksaited tecer tau. Pastu ada kami pi kelas Cikgu Sobri mengajaq. Macam biasa, cikgu mesti akan 'paksa' senior2 yang melawat sekolah untuk cakap dengan adik adik. Bagi nasihat/cerita pengalaman ka apa2 jelah. Mula mula masing masing macam maluw maluww lagi. Dah habis cakap, alaaaa nak cakap lagi nak cakap lagi. Serious, banyak kot yang aku nak cakap tapi tak terucap. Tapi malangnya masa dah tak banyak. So terus kami kalut kalut sebab nak pi rumah cikgu Timah pulak. 


Dalam pkul 2 kot kalau tak salah aku, kami sampai rumah cikgu Timah. Sembang sat ja terus pi makan. Masing masing muka kebuloq wei. Aku ni yang tahap gila3 sakit pinggang terus makan tambah sekali.


Cermin. Kesukaan semua pompuan di dunia ni. 

  
Paan dengan mira. Mira nak tayang braces (taktau eja camna) mahai. hohoho


habis makan, lepak sembang sembang dengan cikgu. Dari Jepun ke korea ke china ke mesir ke vietnam ke paris ke itali ke mana mana ceruk dunia g ntah kami pi. cewah pi. Tengok gambaq gambaq le. Cikgu ni suka sangat3 travel, usha usha negara orang. Best. Memang jeles gila tengok gambaq macam macam. Tu aku dengan Laiya dok tengok gambaq le tu.

Ni pulak aku dengan cikgu. Sayang teramat3. Ingat lagi masa form5, masa aku tengah 'tenat', kaunselor suruh aku pilih cikgu mana yang nak buat tempat mengadu. Kot2 boleh pulih sikit ka kan. Aku tak nampak orang lain kecuali cikgu Timah. Tapi masa tu cikgu dalam proses nak pencen dah.. :'( so, aku tak pilih mana mana cikgu. Bukan cikgu cikgu lain tak bagus, tapi entah..yang satu ni jugak yang aku nak, yang aku selesa nak cerita semua. Sayang cikgu sangat2 teramat2. 

Serious happy, bahagia tengok muka cikgu cikgu happy kami melawat.  Bahagia tengok sekolah. Bahagia boleh kumpul dengan kawan kawan walaupun tak ramai sangat. Kesimpulannya aku memang happy kemarin. 

Sampai mata dah pejam pun semalam, still tersenyum. Sebab teringat masa cikgu Sobri tanya kenal tak Cikgu Om? Aku dengan semangat jitu dan suara lantang di tengah tengah bilik guru lelaki "OOH!! Cikgu Om Jaafar kan??". Ya Rabbi malunyaa.... Om Jaafar palahotak ang ecan *gilis muka*

4 comments:

  1. Miahahah! Saja tinggai jejak nak tunjuk kata aku baca & aku gelak part hang highlight nama aku. Weehoo! Smg Allah merahmati kita, ameen iA :)

    ReplyDelete
  2. waahhhh bestnya ecannn....ruginyaaa xlehh p :(

    ReplyDelete
  3. cantiknya sekolah
    bila pergi semula lawat sekolah. sungguh rasa sesak nafas ni dengan rindu
    huhu...boleh menitik air mata kot rindu zaman dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. :') memang rindu kan..zaman baru nak up, dengan kawan2, cikgu2... huhu

      Delete