>

Tuesday 27 August 2013

Aku sekeping biskut lemau

Assalamualaikum

Haritu aku pi KL sebab nak join rombongan belah pompuan untuk majlis sambut menantu. Sepupu aku la si menantu tu. So, aku pun gatai gatai la nak ikot memandangkan aku jarang gila (or memang tak pernah?) join benda benda kawen ni kecuali jemputan kenduri biasa. Ekceli aku cuba mengaplikasikan perumpamaan sambil menyelam minum air dalam kehidupan harian sebab tujuan sampingan aku turun KL adalah untuk melarikan diri dari segala kedurjanaan Kuantan di samping join rombongan menantu.

Entahla weh, sem ni paling dahsyat kot aku rasa. 5 taon duduk asrama masa sekolah dulu plus 2 taon dah hidup kat Kuantan ni, means that aku memang dah biasa jauh jauh dengan family. Tapi sem ni aku taktau kena sumpahan apa sampai aku rasa macam tenat gila lama lama kat sini. Asyik nak balik rumah. Asyik rindu rumah. Aku rasa aku kena sumpahan la. Hmm.

Aku rasa aku ni biskut yang lemau, bak kata Tira. Hidup segan mati tak mahu. Burung ja sudi makan biskut yang lemau. Aku rasa boring macam biskut. Hidup dalam tin biskut petak dengan biskut biskut yang lain. Mungkin aku ni biskut gula sebab aku suwiiitt. Hemo hemo. Kadang kadang gak aku rasa aku serabut milo. Adakah aku dah jauh dengan Tuhanku? Aku rasa aku tak la lupa apa apa kebelakangan ni. Cuma aku rinduuu rumah. Tu ja.

Pastu masa dekat KL aku pun beli la buku buku sikit. Bekalan nak bawak balik Kuantan yang sangat menyeksa. Kononnya sebagai santapan cik siti rohani yang kelaparan sebab pas bukak puasa tadi makan maruku ja (eh macam kisah benar pulak yang terjadi 2 hari lepas dalam tin biskut AP03-39). Memandangkan tegulunggulng pun ngadu benda yang sama, makanya aku pun beli jugak buku dekat beliau. Tapi disebabkan Nur Ihsan Fadhlina adalah seorang yang kiyut, kaya dengan budi bahasa, sopan santun dan pemalu, makanya aku bagi secara rahsia.

Apa motip blogpost ni sebenaqnya?

K, k janganla marah. Ehem..ekceli guwe nak bagitau tegulunggulung yang dalam laci drawer nomot 2 dari bawah ada satu buku geli geli. Dan maaplah tulisan huduh baru bangun tidoq. Hehe. Semoga bermanfaat! K bye!!!!!!!!!!!!! 

4 comments:

  1. biskut gula lemau sedap juga. hehe
    lama tak menjengah sini
    dear, u mmg cuteeee !

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. thank youu sis :D and thanks gak sbb sudi menjenguk! xoxo

      Delete
    2. Momoy baca entry u dari awal sampai habis. cuma malas nak komen sbb tenet slow. keh keh. rinduuu la tulisan u dear TT
      suka blog u, lawak dan menenangkan hati kiter

      Delete
    3. wuuu terharu la cengginiii T.T thank you so much momoy!!

      Delete