>

Wednesday 29 January 2014

Girls Day Out (Lata Bayu & Ladang Anggur Tasik Beris)

Assalamualaikum

Memandangkan harini bos takda lagi, so aku dengan tak segan silunya membuat keputusan untuk update blog dalam opis heheee… Keja aku dah setel okay. Kalau ada bos aku segan nak online walaupun keja dah setel. Rasa cam aku buat salah pulak.  Aku dah berusaha menepis rasa segan yang beraja di hati tu tapi cam awkwarddd gilaa sangat nak update blog dengan rasa bos dok tengok aku. Memang tak la. Nanti beliau tau anak buah beliau ni seorang blogger cikai yang masih tak putus asa update blog walaupun tau orang bukan baca sangat pun blog dia huahuua.

Okay2, ni aku nak cerita pasal hari Ahad haritu. Kawan-kawan sekolah ngajak aku pi mandi air terjun kat Lata Bayu, Baling. Sebagai wanita bekerjaya yang sepanjang weekdays memang seteghess dengan keja, so ofkos weekend aku aku cuba spend dengan baik untuk release tensi dan merapatkan ukhuwwah sesama sedara. Eheh. Rasa macam uuu semacam bila ada pekataan spesis ukhuwwah dalam blog ni. Blog ecansenpai dah jadi semakin islamik sekarangg. Kahkah. kakcan dah jadi ustajah dah sekarangg kahkahkah


Okay, haritu semua pakat bawak makanan sorang sikit. Azreen bawak makanan paling berat la, nasik kerabu! Terlioq aku sekarang time tengah nulis ni. Sedap weh. Tapi jangan puji kata Azreen boleh jadi bini orang dah sebab mak dia memang jual nasik kerabu haha. Tak aci a. Then ayam untuk nasik kerabu tu Fairuz bawak. Aku buat peach cobbler dengan sandwich (which is resipi peach cobbler aku amik kat novel! Haha dan sandwich tu pulak ekceli eggmayo yang macam aku dok jual kat kolej dulu haha) Dah kenapa ni aku put too much haha in one paragraph. -,-‘ Then Fairuza bawak mee sanggul, Alwani bawak dark choc brownies with almond (aku hentam nama), Nabot bawak jajan (bukan sebab Nabot tak reti masak tapi sebab Nabot mai dari rumah Azreen, bukan dari rumah dia sendiri. Mohon kawan kawan husnuzon haha) Kek batik tu pun Azreen yang bawak. Tien Nani bawak nugget & fries. K, perenggan 158 pekataan cerita pasal makanan ja haha k k.

Memandangkan masa kami sampai takda orang langsung lagi so kami boleh pilih tempat melepak sesuka hati. Kami pilih tempat betul2 depan tangga nak terjun sungai lol perangai tak boleh selfish lagi ka haa.


Memandangkan aku ni anak solehah dengaq pesan ummi kata jangan mandi takut kencing tikuih, so aku pun tak bawak baju. Nasib baik aku tak bawak. Kalau dak konfem aku jadi anak durhaka lepas tengok air terjun ni. Waaa frust  teramat takleh mandi. Air dalam kot. Ada la paras pinggang. Dahla orang takda pulak tu. Aku sepatutnya boleh begembira buat kuak kupu kupu tanpa rasa segan berbuku di dada. Huuuu T.T Sebak gila tengok orang mandi.


Ekoran daripada kes aku tak bawak baju takleh mandi so aku pun nekad untuk membawa hati yang lara berjalan jalan di celah air terjun. Tanpa basah okay. Gigih gila aku kerabat batu batu semata nak teroka alam ciptaan Allah. Gambar di atas adalah check point pertama. Ni aku berdiri di tengah tengah air sungai lepas berjaya melompat dari batu ke batu. 


Ni check point kedua rasanya lah. Time ni suasana dah mula sunyi. Dahla memang takda orang lain, kami kami ja. Lepastu dak dak tu mandi kat bawah. Aku risau gak sebab depa mula tak nampak aku dah bila ku panjat makin tinggi. Kang ada binatang buas ka pa memang aku mati gitu ja. Tapi perasaan ingin tahu lebih membuak buak so aku naik lagi. Hehe


Tadaaa! Check point ketiga seolah olah bagi aku hadiah atas kegigihan mendaki batu dan mengharungi onak belukar. Ada air terjun lagi laa. Tapi time ni aku dah cuak. Buat pasai ada binatang atau ada orang yang berniat jahat mampoih aku. So aku turun balik pi kat kawan2. 


 


Dah turun bawah aku panjat pulak menara yang memang disediakan untuk orang tengok pemandangan ni. Gambar diatas adalah pemandangan kiri dan kanan dari menara tu. Time ni kaki aku dah rasa lain sebab terlalu aktif haritu panjat merata. Sakit hati takleh mandi punya pasai.


Tengah makan nasik kerabu tetiba angin tiup pastu daun daun berguguran fefeeling autumn in my heart. Aku pun amik gambaq. Tapi see. Tadak pulak dalam gambaq. Tak nampak macam real real punya. Saja nak sabotaj aku a tu. Seronok la buat aku camni hah?? Puas hati hang??!! Tetiba nak emo. Katok sekali teraboq gigi kot.


Sweet sangat tempat rekreasi ni memetik ayat dari surat cinta Allah :') Hee. Dalam tengah hari camtu kami pun membawak diri ke ladang anggur. Aku dok bayang depa ni nak ceroboh ladang orang ka apa. Memang aku tak terbayang ladang anggur tu macam mana. Dah sampai tengok rupanya depa buat macam memang tempat melawat la. Betul betul tepi Tasik Beris kat Sik. Aku lagi eksaited tengok tasik tu sebenaqnya hihi. 


Ni rupa ladang anggur. Tapi time ni anggur hijau lagi so tak best sangat. Bolehla takat nak tengok bagi orang spesis perak macam aku ni. Boleh balik cerita kat anak cucu.


Nak jaa aku petik sebijik rasa bagi berbaloi RM6 entrance tu. (mahal kot RM6 setakat nak tengok anggur kaler hijau camni! grr!! ) Tapi takpalah, aku masih sayangkan darah daging aku untuk makan benda tak halal huhu. T.T sebagai cara nak bagi berbaloi RM6 tu, kami pun melepak kat surau sampai pukul berapa tah. Siap baring baring lagi haha. RM6 wei.


Kat sini pun ada strawberry! Tengah panas terik camni aku heran la jugak macam mana strawberry boleh survive. Tapi nothing is impossible kan. Asal Allah izin, jadi ja.


Ni luar ladang anggur. Suka gila tempat ni! Aku suka tempat tempat macam ni. Fefeeling macam scene dalam Casino Royale time Vesper dah nak kantoi tu kan ada tempat lepak lepak tepi air macam ni gak time boypren dia naik bot. Eksaited gila tengok macam ni haha. Tambah tambah bumbung payung tu begerak gerak bila angin tiup (taktau apa kaitan dgn James Bond).


Ni pemandangan dari balkoni tepi payung begerak gerak tadi. Maybe kalau pagi pagi kat gunung tu nampak kabus lagi cantik kan. Wuwuwu ~,~


Taktau dah nak letak caption apa untuk gambar ni.


Ni pulak aku sedang ber-ohohteydee. Hoho. Serba biru haritu. Dah cari tudung hitam tak jumpa so aku terpaksa bantai tudung biru lepastu handsock pun tak jumpa terpaksa gak amik handsock biru. Semua biru jadinya. Pelik aku tengok diri sendiri. Adakah aku sedang berkempen BN? LOLOL. (insert troll face here

K, lah. Aku rasa tu ja kot nak gebang harini. Haha. Siiru a'la barkatillah. 

Toodles. 


1 comment:

  1. salam.. wow..nice entry..menarik..actually x tau kat sik ada ladang anggur..mcm best ladang tu :)

    ReplyDelete