>

Tuesday 18 February 2014

Entry Budak Sekolah ( Kenangan bulan 3 di Tingkatan 2)

Sabtu 3/3/2007

Loceng berbunyi menandakan waktu persekolahan telah tamat. Naim selaku ketua kelas 2 Fathonah memberi arahan supaya semua pelajar berdiri dan mengucapkan ‘terima kasih’ seperti kebiasaannya kepada Puan Fariza. Kedengaran riuh suara-suara pelajar lelaki Tingkatan 5 di luar kelas sedang berbual rancak sambil bergelak tawa. Pelajar perempuan juga tidak kurang bisingnya. Begitulah suasana di SMK Agama Kedah menjelang tamat waktu persekolahan.

“Wei, hang tak mau balik ka?” tegur Sharod kepada Ecan yang bukan main khusyuk membuat kerja sekolah bahasa Inggeris yang diberikan oleh Puan Fariza tadi.

“Balikla dulu. Ada sikit ja lagi ni,” jawab Ecan. Sementara moodnya masih ada, lebih baik dia siapkan, fikir Ecan di dalam hati.

Sebaik sahaja kerjanya siap Ecan mengemas begnya. Dia membawa pulang beberapa buah buku kerja untuk disiapkan di asrama. Dia mempercepatkan kerjanya memandangkan hanya tinggal dia seorang pelajar perempuan yang tinggal di dalam kelas. Sebelum pulang, sempat dia singgah di tong sampah untuk membuang kertas. Sebaik saja dia memusingkan badannya kembali selepas membuang sampah…

“Dud!” bisiknya dalam hati. Dud, senior lelaki tingkatan 5 Ihsan memandangnya sambil tersenyum simpul. Ecan segan. Dia jadi gelabah. Kebetulan matanya terpandang Liyana yang kebetulan berpatah balik ke dalam kelas. Spontan dia melambai Liyana. Rupanya Liyana tertinggal buku. Lantas Ecan berpura-pura menemani Liyana masuk semula kedalam kelas padahal pada hakikatnya dia cuma mahu lari dari Dud. Degup di hati masih terasa lajunya akibat daripada tersermpak dengan Dud tadi.

Liyana mengambil buku dari bawah meja dan bersedia untuk pulang. Ecan berharap Dud telah pulang. Dia tidak mahu lagi terserempak dengan lelaki yang dia adore dalam diam. Mereka berjalan seiringan. Sebaik sahaja tiba di tangga jantung Ecan berhenti berdegup. Dud bersama kawan rapatnya, Ara sedang bersandar di koridor sambil matanya merenung tepat ke arah Ecan. Ecan kaku terkejut. Dia memang mudah gelabah bewak pun kalau bab-bab macam ni. Jantung dah berdegup kembali tapi tak mengikut rentak normal.

Pantas ditarik tangan Liyana dan mereka menuju ke arah tangga yang lagi satu. Mereka berlari-lari anak untuk mengelak daripada bertembung dengan Dud dan Ara sebaik sahaja sampai di bawah nanti. Tetapi tidak semena-mena ketika di tingkat dua…

Ecan menarik nafas panjang apabila dia hampir berlaga dengan Ara sewaktu di tingkat dua. Dud di belakang tersenyum nakal. Seronok ka apa tengok aku tekejut macam nampak hantu camni? Grr. Marahnya dalam hati. Laju dia melangkahkan kakinya melepasi Ara. Jantungnya terasa seakan hendak tercabut. Oh my oh myy. Nasib masih tidak menyebelahinya apabila sebaik sahaja sampai di tingkat bawah sekumpulan pelajar lelaki tingkatan 5 sedang melintas di hadapan tangga. Mahu tidak mahu dia terpaksa juga berhenti walaupun dia tahu Dud dan Ara ada di belakangnya. Takkan aku nak redah masuk geng laki form5 ni kot? Gila ka apa! Ya Rabbi. Debar di hati hanya Tuhan yang tahu. Crush sendiri ada kat belakang macam dok main ligan-ligan dari tingkat atas oii. Nak tercabut jantung maakk~

(beberapa hari before 3/3/2007)

Ecan, Sharod, Nisa, Fairuza, Paan dan Yuni mengambil tempat di tengah-tengah dewan makan. Sementara menunggu doa dibaca mereka pun berbual kosong

“Wey, hang nampak Izzat dak?” Tanya Sharod kepada Nisa.

“Entah, tak nampak pun. Ehh Yuni, Yuni..tuu….tengokla tuu…” Nisa menunjuk ke satu arah. Mereka menoleh ke arah yang dimaksudkan Nisa. Kelihatan Harith sedang mencedok nasi ke dalam pinggan. Dia tersenyum memandang mereka. Mereka memandang satu sama lain. Ketawa pun berderai. Walau bagaimanapun, perhatian Ecan tertumpu pada seseorang. Orang yang dia pernah lihat. Berkulit cerah…berkaca mata acah acah Fitri UNIC…ohh….

“Paan, apa nama dia ni?” cepat-cepat Ecan bertanya
“Mana?” Paan terpinga-pinga
“Ni yang dok cedok nasi ni..cepatlaaahhh…” gesa Ecan
“Oh…yang tuu.. nama dia Dud. Pendek gila…” beritahu Paan yang sememangnya jadi tempat rujukan kawan-kawannya tentang pelajar lelaki. Abangnya, Modi, yang juga bersekolah di sini sememangnya adalah sumber informasi yang berguna untuk Paan mengorek rahsia.

“Dia tu gatai kan?” tanya Ecan lagi.
“Kenapa?” Paan bertanya kembali
“Saja…” jawab Ecan.. Ohh..nama Dud.. katanya dalam hati. Serious ka aku nak kenai dia ni?


* * * * * * *


18/2/2014



Dear Ecan 2007,

Thanks. 

Thanks sebab berjaya buat aku senak perot baca semua ni. Thanks sebab suka menulis. Thanks sebab rajin menulis. Thanks sebab simpan barang-barang lama. Hingga semuanya membawa kepada penemuan buku lama ni. 

Catatan lama. 7 tahun lepas. Manisnya waktu ni boleh terasa sampai sekarang. Zaman terlalu naif, mentah. Aku rindu perasaan happy ternampak crush dekat kantin, terserempak dekat koridor, dekat koop. Aku rindu rasa happy yang tak pikir masalah tu. Sangat naif. Cuma tahu gembira. Even benda sekecik tu pun hati berbunga-bunga. Sweet

Dear Ecan 2007,

Walaupun hang cuma tulis sikit, tapi cukup membuatkan aku teringat banyak benda. Oh my. How time flies. Ecan 2007. Hang mesti excited gila kan tak lama lepas peristiwa di atas tu cerita hang dengan Dud makin rancak. Hehe. Kalaula hang sedar tu semua dosa hati. Too young too dumb to realize. Oh btw, tu lirik lagu. Nanti hang akan dengarla di corong corong radio. hhihi

Hang taktau lagi kan lepastu siapa lagi masuk dan pergi dari hidup hang. Joyo belum wujud time ni. Geng entah berapa belas, 6 Jahanam, geng fire extinguisher belum wujud lagi. Haha. Goddd. How time fliess. Ya Allah. Aku rinduuu zaman sekolah menengah. 

Dear Ecan 2007, 

Aku mintak izin dipublish benda ni kat blog. Sekarang aku dah tak main tulis dalam buku. Zaman dah maju bhai. Tapi aku still akan simpan buku yang tulis secoet kisah hidup aku ni. Thanks Ecan 2007. Thanks a lot. Rasa nak peluk hang. 


Yang syahdu teringat masa lalu,
ecansenpai





p/s: abaikan ayat-ayat tak lengkap dan tak matang cerpen di atas. Aku bukan serious nak buat novel. Aku cuma budak tingkatan 2 yang suka luahkan semuanya atas kertas. Tulis, tulis dan tulis.

p/s : tiada niat mahu memalukan. ni cuma sebahagian daripada kenangan. kalau ada yang nama tertera di atas nak suruh delete nama depa sila bagitau, aku akan delete. hehee

p/s : walau dimanapun anda berada wahai Dud, semoga semuanya baik baik saja. Thanks sebab mewarnai kehidupan zaman sekolah aku hehe.


3 comments:

  1. sat2...dud ni hat mana? ara? aq xberapa nal igt nama org

    ReplyDelete
  2. wahaha....simpan lagi ...
    memang nostalgia habis la ecan

    ReplyDelete