>

Monday 7 April 2014

My one and only blogger friend

Assalamualaikum

Eheh. Tajuk entry cam karangan UPSR ja. Memang kelemahan haku nak bagi tajuk entry. 

To be honest sepanjang berblog ni cuma ada sorang kawan blog yang aku betul-betul ikut. Miahahah. Cuma sorang! Like seriyesli kakcan?? Ya hadik hadik. Blog blogger lain yang tak femes aku ada gak baca tapi sangat jarang. Bukan jenis aku la blogwalking bagai. Kakcan iz zoo malazzz.

Kenapa sorang ni terpilih?

Ni aku tulis bukan nak bagi dia syok sendiri dan membuat keputusan untuk bagi aku menang give away dia buat. Dakkk. Aku memang dah lama terpikir nak cerita pasal dia dalam blog aku tapi tak jumpak waktu dan alasan yang sesuai untuk berbuat demikian so aku bertangguh. Sampaila one fine day dia announce kata dia buat giveaway. Syarat penyertaan tulis 2 benda yang aku suka pasal blog dia dan 2 yang aku tak suka. Omgg senang sangat2 sebab aku memang dok cari alasan nak buat entry pasal dia!

Kenapa aku suka?

 1)  Sebab taste kami sama!
First time aku jumpak blog dia kalau tak silap masa aku search pasal hias bilik. Memang aku tergelak sorang-sorang dengan ayat dia yang santai & kekadang sangat luls, dengan taste kami sama iaitu benda-benda berunsur gegels. Contohnya kami sama-sama suka lace, pink, pastel colors, produk-produk kecantikan. Apa saja yang melambangkan kegegelsan memang kami suka. Hihi. Maybe sebab tu aku enjoy sangat baca blog dia. Sebab taste aku!

Lepastu terus aku komen kat blog dia kata aku suka blog dia. Tak pikir apa pun masa tu. Just nak luahkan kesukaan aku. Tetiba petang beberapa hari kendian kot, ya Allah penuh dia komen kat blog aku, page views aku pun meningkat. Mula dari situ kami saling usha blog satu sama lain sampai saat ni dan inshaallah sampai bila-bila selagi tak nyawa dikandung badan, selagi tak nyanyuk J

2) Sebab dia baik
Aku taktau nak describe macam mana, nak simpulkan macam mana sifat dia yang aku kenal. Disebabkan semua tu perbuatan baik so aku tulis ‘sebab dia baik’.

-        First, penampilan kami berbeza, tapi dia tak pernah perlekeh cara aku berpakaian. Walaupun dia moden dan kaya, dia tak pernah kata kat baju baju aku yang murah dan gaya pakaian aku yang tak bergaya sangat. Walaupun produk-produk dia pakai branded and mahal, dia tak pernah pelekeh apa aku pakai.

-        Sepanjang mana entry aku dia rajin baca dan dia hayati. Maksudnya bukan baca saja buat syarat dia baca. Dakk. Buktinya apa yang aku tulis dia cuba amalkan. Sungguh aku terharu dengan perubahan dia walaupun kecik. Dia buat aku pun semangat nak jadi better than before. Aku seronok sangat kalau sesiapa pun mula berubah walaupun cuma setapak. MULA tu yang penting. MULA tu yang akan bawak kita ke penghijrahan yang seterusnya. Haa tedia aku mula nak ceramah.

-        Dia jujur. Contoh kalau dia buat review produk apa apa aku percaya. Sebab dia jujur. Dia tak macam sesetengah blogger lain yang kadang-kadang tulis kemain lagi padahal sebenaqnya tak tara mana pun produk yang depa review tu. Macam mana aku tau dia jujur? Entah. Aku just dapat rasa kejujuran dia tu melalui ayat-ayat dia. Aku percaya.

So, kalau 2 benda aku tak suka pasal blog dia pulak apa?

1) Apa function Details yang kat bawah Archive tu? Taktau apa function so buat tu sebagai alasan untuk tak suka dia haha. Luls

2) Dekat mouse tu yang ada perkataan Momoy tu dok ikut-ikut bila gerakkan mouse. Tapi that’s not a big deal actually. Aku tak kisah sangat pun. Cuma sebab taktau sangat nak tulis apa dekat ruang yang tak suka ni so aku bantai jela yang tu pun hihi. Aci la kan kan kann.

Siapakah dia yang cerita dari tadi ni?
Hehee.

(insert bunyi yang time nak announce apa-apa dengan penuh debaran tu here)

tadaaaaaaa!!


Alhamdulillah, akhirnya berjaya gak tulis entry pasal Momoy. Dah lama nak buat tau tapi takda idea kenapa mengapa buat. Kalini berjaya bagi alasan kat diri sendiri \o/

Kat sini Ecan/saya/orang nak sampaikan dekat Momoy yang Ecan/saya/orang doa dan harap Momoy terus berhijrah walaupun slow-slow, tapi JANGAN BERHENTI. Dan semoga persahabatan kita atau apa pun status hubungan kita ni berkekalan sampai akhir hayat, sampai ke syurga. Love you lillahita'ala Momoy :)

Eh btw, hadiah dulu Momoy bagi sampai sekarang masih guna, jadi tempat simpan pin tudung hehee. Satu lagi yang frame tu dari awal dapat tak pernah guna sebab patah tapi masih simpan dalam almari :( maybe patah dalam simpanan poslaju kot. Tapi takpalah dah lama redha huhuu takda rezeki. 

Take care Momoy. Doakan saya berjaya dunia dan akhirat!

Till then, adios. 

Hidayah Abdullah
SEO Blog Code


6 comments:

  1. Waalaikummussalam. Untung Momoy. Haa,nanti cerita pasal sy pulak tauu.! :p Ehekss

    ReplyDelete
  2. MoMoy memang peramah! Salam perkenalan.. :)

    ReplyDelete
  3. Nak pergi jenguk jugak blog Momoy tuer.

    ReplyDelete
  4. salam dear .
    memula sekali nak cakap terima kasih lepas tu nak nanes peluk ecan boleh tak ?
    huhu... momoy tak ada la baik dan kaya mcm tu. hehe. biasa je kot
    sebenarnya momoy bersyukur sebab dapat kenal ecan even di alam maya.
    serius rasa jeles pada kawan-kawan yang dekat dengan ecan.
    maaf lah dah lama ecan tulis entri nih tapi baru momoy dapat komen
    ok dear , apa-apa pun good luck dan semoga hubungan silaturahim kita semakin erat. Amin.
    terima kasih sudi bersahabat dengan momoy

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpa, sama ja macam ecan pun. kadang dah lama baca tapi tangguh nak komen.. bila sampai mood baru balas. macam skrg ni la . dah 20 hari momoy komen ecan baru reply! lol sangat hehe.

      sama sama kasih sebab sudi jugak bersahabat dengan ecan :)

      Delete