>

Sunday 1 February 2015

Kisah Aku & Niqab

Assalamu’alaikum

Awal –awal masuk UNISEL haritu serious aku rasa serabut pikir pasal niqab. UNISEL ni bagi ja dak dak dia nak pakai apa pun. Freehair boleh, rambut merah biru ungu pun boleh, jeans ke apa semua boleh, tudung labuh boleh, niqab boleh. Ramai jugak aku tengok ada niqabis kat UNISEL Shah Alam ni. Tak pernah pulak betul betul buat kaji selidik nak tahu jumlah niqabis dalam UNISEL Shah Alam tapi secara kasar aku rasa dalam 20 orang ada jugak kot. Kira banyak la kan.

Masalah aku bermula sejak minggu orientasi dulu lagi. Masa tu aku rasa lebih bagus tak pakai niqab so that orang boleh kenal sebab dah nama pun minggu suai kenal. Then bila orientasi dah tak pakai, dah siap-siap kenal orang semua dah, takkan tetiba pada satu hari yang indah aku nak masuk kelas dalam keadaan berniqab. Orang-orang hati katang boleh aa cakap dia pun berubah macam tu..out of sudden datang kelas pakai niqab. Tapi untuk aku waarghh aku serabut gak aa pikir masa tu sebab seriously awkwarrddd bila tetiba nak pakai.

Dalam serabut-serabut tu aku buat keputusan tak berniqab masa dalam kampus. Sebab paling strong sekali adalah sebab kos aku yang kurang sesuai berniqab. Aku ni budak MASSCOM. Paham pahamla dengan presentation, dengan berlakon, haritu siap berjoget buat persembahan atas pentas. Serious ah tak sesuai berniqab. Eh tapi hampa jangan pikir aku bejoget tak senonoh pulak. Ramai ramai. Still proper lagi la. Alaa aku tau mesti ada yang cakap lebih kurang macam “Haa time ni la nak buktikan niqabis boleh masuk semua bidang. Time ni la nak bawak nama niqabis dalam MASSCOM” atau yang lebih strong akan cakap “Tu namanya mujahadah. Nak tengok takat mana enti sanggup mempertahankan niqab”.

Huu. Still tak membuatkan aku kuat nak berniqab dalam kampus.

Lemah weii.

Sebab-sebab sokongan kenapa aku buat keputusan tak berniqab kat sini adalah sebab mula-mula dulu aku rasa menyampah yang amat takleh belah dengan beberapa niqabis di kampus aku. Tahap menyampah aku tu tahap aku rasa ya Allah janganlaaa orang sini tau yang aku pun niqabis. Janganlaa depa pandang aku sama macam niqabis niqabis yang aku menyampah tu. Bapak ah time tu aku nampak buruk apa sangat pun aku taktau sampai camtu sekali aku pikir. So memang sebolehnya  aku taknak orang tahu aku berniqab. Padahal sekarang bila makin kenal aku makin tak faham kenapa aku pikir camtu sekali masa first time jumpa depa. Sebab depa okay ja sebenarnya. Tersalah sikit sikit tu biasalah, manusia. Patut aku faham depa pun manusia baru nak usaha berubah.

Dan memandangkan aku buat keputusan tak pakai niqab dalam kampus, so aku cuba cover rasa bersalah tu dengan berniat akan pakai di luar kampus. Niat la macam tu. Tapi dah selalunya aku keluar pi mana-mana adalah straight lepas kelas bersama kawan-kawan kelas, lagi impossible la aku nak pakai niqab tanpa pengetahuan depa. Ingat lagi dak aku cakap yang masa mula-mula masuk UNISEL tu aku cuba sembunyi dari depa yang aku berniqab? So memang tak la aku pakai bila keluar dengan depa. Mula-mula rasa bersalah, rasa tak selesa sebab rasa terlalu terdedah muka aku ni. Tapi sampai dah banyak kali sangat keluar dengan muka bogel camtu, lama-lama takda rasa apa dah la. Dari niat asal nak pakai masa di luar kampus, jadi tak pakai langsung dah. Dari mula-mula sembunyi dari kawan-kawan, sekarang bila ramai dah tahu pun aku still tak berniqab di sana. Lebih selesa tanpa niqab.

Berbulan kat sini tak pakai, sampai aku balik Kedah baru aku pakai balik. Terus rasa rimas lemas susah nak bernyawa dan sakit kepala bila berniqab sebab dia tekan kepala bila balut tu kan. Sadis sangat. Sampai rasa rimas dengan niqab. Punyala lama tak pakai kan. Huhu. Tapi tak kesahla kan since bukannya wajib pun nak berniqab. Bila balik Kedah setakat ni aku masih pakai. Pikir-pikir balik nanti masuk zaman kerja pun mungkin aku tak pakai. So bila ja aku nak pakai? Aku pun dah konpius.

Tapi sementara semua tu belum terjadi, aku go on jela dengan cara aku sekarang; kat Kedah pakai, kat Selangor tak pakai. Yang penting lengkap berpakaian ikut syariat dah perfect dah bab aurat tu. Tak berniqab pun takpa, bukan berdosa pun. J

1 comment:

  1. blogwalking here....btw, visit and follow me on shukranzahari.blogspot.com ...Happy blogging

    ReplyDelete