>

Sunday 31 May 2020

Goodbye Mr. Simon

Simon has passed away.

Bekas pengetua kami, Simon Spencer dah meninggal pagi tadi, menurut email daripada Steve Capon, iaitu our current pengetua sementara.

Simon meninggal genap sebulan lepas dia resign. Pada tarikh yang sama last month, aku sedih dapat berita dia resign. This month pulak, dia meninggal dunia. Allahu.

Sedih pikir dia meninggal dekat negara orang, tanpa keluarga terdekat ada. Sedih untuk dia, sedih untuk keluarga dia yang jauh dekat UK. Mujur ada jugak isteri dia kat sini. Anak-anak pulak aku tak pasti ada sini ke tak. Setahu aku sometimes time cuti semester universiti anak dia akan mai sini visit dia. Waktu-waktu lain, anak dia takda. Aku pernah stalk Instagram depa dulu, anak-anak dia 4 orang tak salah aku, semuanya lelaki, semua stay kat merata ceruk dunia. Dia pun dah tua, jadi aku assume anak-anak dia ada yang dah kerja, the youngest masih kat uni. Aku tumpang simpati.

Bila kat negara orang ni, yang paling dekat kita rasa of course orang yang kita boleh relate to. In Simon's case, staf-staf lain yang dari UK jugak. Syukur ada Martin and Lisa teman Felicity dari semalam untuk melalui hari yang panjang ini. Kesian betul aku rasa. Berdasarkan emel Steve, katanya Simon suffered from another attack. I assume heart attack lah kot. And 'another' means the people around him should have seen this coming. At least, ada sikit rasa mentally and emotionally prepared. Takkan ada orang yang bersedia untuk hadap situasi kehilangan orang yang tersayang macam ni. Tapi, peringatan yang anything could happen in any time tu ada. Masih akan sakit, akan berharap semuanya cuma mimpi buruk. Tapi aku harap deep down depa redha dan dipinjamkan kekuatan oleh Allah untuk melalui ujian ni.

Besar jugak ujian ni. Nak uruskan kematian di negara orang, nak kebumi sini or balik UK? Dengan Covid-19 pandemic yang mengekang jadual penerbangan. Kena pikir banyak benda. Walaupun ada orang di sekeliling, orang-orang tu bukan keluarga. Nasib baik walaupun bukan keluarga, tapi kenalan lama. Semoga dipermudahkan urusan depa ya Allah.

Untuk aku sendiri, aku sedih sebab tak sempat ucap a proper goodbye to Simon. Dia resign masa sekolah tengah cuti, tengah MCO. Takda proper celebration untuk dia. Lagi sedih bila pikir hari ni, genap sebulan dia resign. Pengetua yang sentiasa senyum ramah dan tegur kami even staf-staf bawahan yang orang atas lain sometimes tak peduli pun. Tapi Simon memang wajib ucap good morning, atau simply just angkat tangan and cakap hello how are you. Dekat dining hall, dekat main blok, mana-mana pun kalau terserempak dia akan tegur or at least senyum ramah. Even masa tu dia tengah jalan dengan guests/visitors. Dengan semua orang termasuk aku. Walaupun dari segi tugasan kerja, kerja kami jarang bertembung, tapi dia still tegur aku bila-bila masa terserempak pun. Kadang bila receptionist rehat atau absent, aku kena cover receptionist tapi aku sibuk dengan benda lain, pastu ada delivery mai, dia nampak tak kisah langsung untuk tolong receive barang-barang tu bila dia nampak takda orang kat kaunter receptionist. Aku akan sentiasa ingat sikap Simon yang tu. Bila sampai masa aku untuk jadi orang atasan nanti, aku nak jadi bos yang macam Simon. The humble and friendly boss.

Aku harap walau sekecil-kecil benda, aku ada tunjukkan sesuatu yang baik yang dilihat Simon masa dia hidup. Semoga ada dakwah yang aku buat walaupun kecil. Pernah last year bulan puasa aku lapar aku pi pantry masak maggi kot. Terserempak Simon, dia tanya tak puasa ka. Tak salah aku aku cakap not feeling well, so it's okay untuk tak puasa. Wish I had explained more pasal period bagai tapi aku usually akan avoid long conversation sebab my English is limited. Tapi dia okay ja.

Apapun, semoga ditenangkan hati keluarga dan dipermudahkan urusan depa semua.
Dear Mr. Simon, you'll be missed.

2 comments:

  1. SELAMAT HARI RAYA!! best entry ini.. done follow u, follow me back.. tq
    http://acuyuhan.blogspot.com/

    ReplyDelete