>

Thursday 21 June 2012

hpy bday ilma! eh ilya. eh eh eh??!

assalamualaikum..

tadi tengah hari sedap2 aku on9, tetiba telinga kecilku tanpa sengaja menangkap perbualan ilma dengan ummi. dia call ummi yg pada masa tu ada kat skolah, mungkin sedang berlari2 anak disekeliling padang atau main aci ligan duduk memandangkan tadi adalah hari sukan di skolah ummi.

ilma : ummi, harini bday ilma ka?
ummi : blalabalakabalaalabal (mana lah aku tau umi ckp apa)
ilma : yalaa..harini bday ilma laa. ummi nak beli apa?
ummi : blalblablablabla

pastu diam.

ttba dgr plak dia ckp dgn ayah.

ilma : ayah, harini bday ilma kan?
ayah : blabalabalablabal
ilma : betoi la ummi kata harini bday ilma.
ayah : blablablablabla
ilma : ayah beli la apa2 yg ayah suka tau. apa2 jela yg ayah dgn ummi rasa nak. (dgn suara penuh ketulusan)

dengar ayat last tu aku dah gelak mcm hapa. patutka dia pesan 'ayah beli la apa2 yg ayah suka' pada hari jadi dia ? dak dak. aku taktau apa yg pelik. taktau nak cakap mcm mna, tp still aku gelak sampai nyaris2 sesak nafas tawu. sampai mengah2. mujur lah dia letak fon tepat pda masanya. kalo ada plak dia ckp bnda2 yg tak patut mmg aku tak type entry ni dah la. atau adakah ketawa aku tu ada kaitan dgn result aku? haha. mmg tak la aku nak bgtau kat sini. mmg tak aah. mmg tak aah. tak aah. aah.. hina sgguh tawu T.T

pastu petang ayah balik dr ofis smbil menjinjit bungkusan para ayam kentaki, ummi dgn aku plak keluar bli kek. masa kami kat luar lagi, ayah call aku. mula2 aku sangka mungkin ayah dah terlalu letih kerja sampai fikiran beliau bercelaru hingga tak dapat membezakan adakah harini bday ilma atau ilya, atau adakah ayah tak cukup kerja sampai beliau menjadi sangat bosan lalu mula berhalusinasi hingga sanggup mereka reka cerita palsu yg tak dapat diterima akal. tapi bberapa saat kendian, baru aku sedar akan keseriusan ayah daripada nada beliau berkata-kata.

 'harini bday ilya. yg dulu kita clbrate bday ilya tu senanya bday ilma. tertukar. ayah baru perasan lpas tgk surat beranak tadi. jgn bgtau depa. buat taktau ja.'

can u imagine that?

betul2 tak mampu faham

bagi aku bday sapa pun tak kesah la. yg penting makanan penuh meja. perut aku betul2 bahagia. smpai aku sndri konpius adakah aku sedang mengandungkan anak ayam kentaki atau anak haram yg berbapakan bapak ayam. dan sbb tu jgaklah aku tak bgtau ummi dgn ayah lagi pasal result aku. tak molek lah kiranya aku merosakkan atmosphere yg teramatlah baik tadi. atau kang tak semena-mena aku dijadikan lauk sampingan sempena hari jadi entah sapa nih. dan anak ayamku tak sempat jenguk lubang tandas.

smpai skrg ilya taktau harini bday dia dan ilma pun taktau dia dah jadi 6 taon sejak 9/6 haritu. biar jela. asalkan masing2 bahagia. agaga. aku plak masih dlm ketakutan angkara mendpat result yg sangat hina. taktau lah smpai bila aku mampu sorok. pray for my life ya!

3 comments: