>

Friday, 22 June 2012

korea, running man

assalamualaikum..

dahulu, aku seorang yg sangat obses dgn korea. apa2 pasal korea aku antara manusia yg sangat gemar mengambil tahu. tapi hanyalah industri seni dengan tempat2 yg indah. selain dari tu aku tak minat nak amik tau. kesah plak aku menteri korea sapa ka, adakah korean penah menanag olimpik dan sebagainya atau apa2 jelah. malaysia pun aku tak lulus lagi. sebab tu lah aku jadi satu-satunya spesis homo sapien dalam klas aku yg tak boleh sign attendance selama dua hari gara-gara aku tak hafal langsung menteri2 tuh. sedih woo aku pi kelas tapi kehadiran dinafikan. mana perginya keadilan?

walaupun ada certain2 retis korea ni yg gay malah kecantikan mereka adalah palsu, ada aku kesah? atau perlu mengesahkan diri? atau perlu menukarkan namaku menjadi esah? bagi aku lantak ekau lah nak fake ke apa yang penting aku suka tengok. dan orang2 korea ni sangatlah suka melawak. aku tak paham kenapa. jenuh mengekek kot aku gelak sampai timbul six pack aku gara-gara perangai depa yang tak ketahuan hala tak kira umur, jantina, masa dan ketika. aku suka gelak, jadi aku suka korea. dramatis gila.

pengaruh depa sangatlah kuat. dan aku adalah antara insan yg tak terkecuali yang terkena virus kekoreaan. aku mula mensasulkan diri dengan memanggil ummi ku sebagai omma, dan ayah ku sebagai appa. aku juga akan secara otomatik mengatakan aegyo atau omo omo kalau tgk benda yg super cute.terserlah kecibaian disiitu. sedih doe aku dulu. sudah hilang sifat kemelayuan. cuma kaler aku tetap koko kehitam-hitaman. tu mmg tak ah nak berubah. pakailah krim yg harga beriban pun, calitlah apa saja. melayu tetap melayu. aku koko.

namun, panas yg disangkakan sampai kepetang, rupanya hujan di tengah hari. minatku terhadap korea mula berubah setelah terjadinya satu peristiwa pada satu petang yg indah. aku terdengar Raven, iaitu jiran sbelah umah aku yg berbangsa India, panggil bapak dia dengan panggilan ''appa!!'' tak boleh terima doe. siyes panik gila aku masa tu sebab bayangkan Raven pun layan korea mcm aku jugak. *dlm kepala bayang Raven nari i want nobody2 batchuu* wkwkwk. pastu baru aku tau yg org India pun appa. org korea pun appa. dahtu aku pun nak mengappa-appakan ayahku kenapa sedangkan ayah sangatlah berbeda dengan uncle Kumar mahupun Kim Hyun Joong oppa. appa pun tak bole. sejak dari tu aku mula berpijak di bumi yg nyata dan menerima kenyataan bahawa aku anak melayu dan walau aku makan kimchi sampai tercirit pun takkan menjadikan aku Im Yoona. wat lek wat pis sudah.

dan sekarang, aku dah normal. takla obses sgt dengan korea. tapi masih langsung tak benci korea. layan gak, tapi takla sampai tak tidur 24/7 sebab artis korea laknat. wakaka crew. dan sumpah la aku tak panggil ummi sebagai omma. tapi suka tu tetap susah buang woo. aku manusia kot. manusia adalah spesis makhluk yg sangat sukakan kecantikan. jadi sekali lagi, korea cantik, aku suka korea. mudah dan praktikal.

dan skrg aku sedang asyik melayan running man. disamping suka buat aku gelak dalam hati sampai separuh lelah, running man juga suka buat aku takjub dengan landmark2 yg depa pi utk setiap minggu. tu salah satu cara yg sangat bagus utk mempromosi tempat2 kat korea. pandai gila org korea. malaysia takmo tiru? cukupla kot dengan 1israel tuh. oke ter.. amik yg jernih buang yg keruh. memanglah lagha benda2 alah korea nih. tapi tengok skali skala takpa kot bagi aku. takla obses. dan kpd sapa hok tak minat lgsg ngan korea nih, janganlah pndang jelek sgt dkt org yg suka korea. jgnla tuduh kami pun gay. sakit pulak hati kite nih.

ini adalah contoh wajah etnik korea yg bakanya bercampur dengan omputih.

onyonyonyonyo 



6 comments:

  1. Tak pernah minat tengok drama korea, tapi bila dah start tengok Running Man, memang tak pernah stop lah. Haha.

    ReplyDelete
  2. pernah tgk running man sekali jak.. hehe
    tp still tak faham konsep show tu hehe..

    ReplyDelete