assalamualaikum..
hai buat apa sensorang depan lappy tuh? tengah baca blog ecan ka..? atau depan baca blog ecan.? atau belakang baca blog ecan? atau mungkin juga di antara baca blog ecan? haa kan kan. dah banyak hari aku sembelit. pastu tadi makan pisang. pastu terus lega. maka sekarang aku kepisangan. yeay! sembelit hilang hati pun girang. *utk keluarga dan kawan. keropok moni..*
harini aku nak cakap pasal asal usul penciptaan blog aku. memanglah tindakan aku menaip entry ni seolah2 seperti aku sedang membajet ada orang yang akan baca blog aku. elelele bajet yuyu lettew. konon2 nak jadi FL lettew. tapi ketahuilah bahawa mmg ada orang yang baca pun, wlaupun seciput umat. kenapa mesti nak nafikan hakikat yg dah terang2an tak mampu di sembunyi lagi. orangnya ialah anda. terima kasih terima kasih sila duduk.
dulu an an an dari kecik2 lagi, aku adalah orang yg suka luahkan perasaan. aku jenis tak boleh simpan lah kalo aku tak puas hati atau marah atau happy atau sedih etc etc. mesti luah. harus luah. walau apa pun terjadi, walau lautan api harus ku renangi aku sanggup kerna bagiku wajiblah utkku meluahkan perasaan. mcm nak mampos kalo aku simpan. so aku suka tulis. kalo aku geram aku tulis. tarik ikut dan kertas apa yg ada dekat, then pegang pensil ala-ala nak tikam orang pastu tulis. puas hati kot bila boleh keluarkan apa yg ada dalam hati aku sambil tekan-tekan kat atas kertas tu. mmg toreh sepuas hati. dah tulis2 pastu conteng habis kertas tu sambil nangis atau jerit. puas haku puas.
masa dah gadis2, seiring dengan peningkatan umur, aku mula beli buku yg comels utk tulis2. apa yg ada dlm hati aku semua tulis. aku suka orang tuh, aku benci orang nih. semua aku tulis. corat-coret diari kehidupan mak yam lah lebih kurang. sampailah berlaku satu detik hitam bersejarah. aku tertinggal diari dekat koop masa aku singgah lepas balik dari prep malam. dan dalam diari yg aku tinggal tu ada aku tulis pasal orang2 yg aku suka. masa tu form2 lebih kurang. nafsu menggedik begitu buas dalam dri aku. bangang gila kot. masa dah hilang tuh bagi aku biarlah hilang terus. takmo jumpak dah kat mna2. takmo tgk dah. malu gila tahap nak mati kalo jumpak balik. tak sanggup tengok apa yg orang dh baca dalam tuh. dan tanpa disangka2 satu hari mmber aku bagi diari tu kat aku, dia cakap ada SENIOR FORM4 bagi. HOLYSHIITT!!!!!! lepas 2 bulan weeehh. memang diari aku dia dah explore habis. tak guna kau seniorita!!
dan masuk form4, ada kursus buat blog dan lama web. aku yg sememangnya sangat pisang masa tu join ja lah. kemain eksaited lagi aku masa tuh sebab ada blog. boleh hias2, boleh boh lagu, boleh buat tulisan kaler2, lagi best dari diari aku. balik dorm habis canang kat semua orang yg aku ada blog. bahagia cuma Tuhan dengan aku yg tahu. perangai suka luah aku sangat ketara bila first entry dlm blog tu aku tulis dengan menjamban dan memangkukhayunkan orang. hina tawu. pastu seminggu kendian aku lupa paswed. yeay! kembali cari buku untuk ditulis.
pastu tak lama pastu aku pun buat blog baru. gara2 dah lupa mcm mna nak hias2 bagai nih, aku jadi tak lalu malah jijik tengok blog sndri. kosong kosong kosong~. bosan tawu. loser. makanya sekali lagi buku jadi penyelamat aku utk meluah perasaan. yeay sekali lagi! cerita bersambung dengan kisah aku buat blog masa habis SPM. blog baru pulak sbb blog yg kedua tu pn dah lupa paswed. punyalah aku karang jiwangnya tahap boleh muntah masakan orang gaji tadi, padahal sedap sbb chef. pastu tak lama kendian aku lupa paswed lagi. YEAYYY!! dah 3 blog lupa paswed. dan akhirnya taon lpas ku tikah tolong buat blog ni kat aku. dan alhamdulillah sampai skrg aku masih tak lupa2 paswed nih. ni kira blog paling lama lah aku boleh bertahan. harap kekal smpai ke jinjing pelamin. byep
p/s 3 : kery dgn ardika penah jumpak blog lama aku. tahap babai punya malu rasa nak menggelepar bawah peti ais mak aku.
sekian, terima kasih sbb sudi baca. lain kali janganlah malu2 baca lagi walaupun pisang :)
spesis pisang paling annoying di dunia |
happy blogging :)
ReplyDelete:)
Deleteskrg daa mcm diary on9 kan hehe
ReplyDeletesama laa..
dulu my pun macam tu gak..
selesa gak tulis diary kt buku tp kekadang teringin nak share dgn orf lain..
maka..
buat laa blog hehe..
p/s :
awak..
saya tgh cari blogger baru yg bminat nak tuka templates blog
jd simple..
hehe nak try main dgn coding2 html :)
if awk bminat, saya boleh tlg..
sb gatal tgn nak main dgn coding sbnrnya :)
ok :)
tu la..skrg blog ni la jadi tmpat tulis2 semua. dh jd mcm diari dah wlaupun byk yg kena tapis an. diari yg kita share2
Deletehay ecann!!!
ReplyDeletecam ley teka ja org tuh~!!
haha sapa sapa..~ btw, hg sapa?
DeleteSama la kite memang tak leh kalau pendam sorang2. rase macam nak marah je 24jam. btw, jemput jugk ke entry baru Eka http://eykaee.blogspot.com/2012/06/blog-post.html
ReplyDeletehuhu tak lama kena strok
Deletelulus karangan 350 haha like like
ReplyDeletekarangan..hahhaha nasib baik like. kalo tak aku cepok
Deleteheee....dah baca....
ReplyDeletethanks sudi baca :)
DeleteAssalamualaikum...
ReplyDeleteHaha lawak dan xsangka juga boleh jumpa blog lama awak tu.
Btw ada juga cari2 blog lame tu dlu but then xjumpa terus.
Ada kah tiba2 tuan dia igt password?
Haha nice knowing you.
waalaikumussalam
Deletestill lagi tak ingat paswed la. biarla hilang. tak sanggup dah kalau ada lagi orang lain baca hahaha
haha... punyalah byk blog
ReplyDeletehihi...
hope yg kali ni x ilang tau
inshaallah akan jaga gila2! sayang sgt blog yg nii wuwuwuwuwuuu
Delete